Sunday, December 04, 2011

Kebetulan

ASSALAMUALAIKUM..

Semalam buat kali pertamanya sejak 11 tahun terpisah, kami keluar bersama untuk....hmmm....plan mau onton wayang, tapi tak jadi sebab tiada movie yang bes. Kami keluar berempat, tetapi seorang lagi bertolak berseorangan dan kami akan berjumpa di Sunway Carnivall. 

Lepas sampai di sana, kami pun berkumpul dan saya sangat terkejut, rupa kawan baik kepada kawan baik saya tu, rupanya sepupu saya sendiri...ekeke...punya la kebetulan. Kalau tau dari awal lagi dia dah tanya pasal saya ni. Takda la tunggu 11 tahun baru boleh jumpa kan?? Hehehe....


Mala tu pula kami buat barbeque. Ajak dua famili ja datang, tapi yang datang macam 4 famili. Punya la ramai. Makanan risau juga kalau tak cukup tapi teringat kisah Rasulullah dulu, makanan yang sikit boleh bagi makan ramai orang. 




Malam tu tolong bakar, sambil tu boleh rasa. Tak sampai waktu makan lagi dah kenyang...Alhamdulillah...


ASSALAMUALAIKUM...

No comments: