Saturday, December 10, 2011

Cita rasa

ASSALAMUALAIKUM...

Entry kali ni pendek ja. Sakit tangan kot men futsal semalam. Dari jam 10.30 sampai pukul 2 pagi. Gila betoi. First time balik punya lewat. Dah tu kena jadi penjaga gol pulak. Terpaksa menahan rembatan-rembatan kencang member. Hihi..

Cita rasa? cita rasa apa? cita rasa terhadap wanita? Bukan beb...ni cita rasa saya terhadap makanan. Saya ni kan, kalau sekali jatuh cinta pada makanan di satu kedai tu, saya takkan makan di kedai lain kecuali kedai tu tutup. Dah tu mesti pesan benda sama ja. Langsung tak rasa jemu pun. 

Sekarang ni dua kedai dah yang jadi tempat saya melantak dan memenuhi keperluan perut.
Yang di KL iaitu kedai Mek dengan menu Nasi Goreng Ayam dan Bihun Tomyam. The best la yang saya jumpa. Yang kedua kedai dekat dengan rumah di Penaga. Tiap-tiap hari pi kot. Makan lecikang dan nasi lemak bersama kawan baik sambil ushar anak dia. Eh, dak aih. Tu member yang dok ushar. Dah nasihat dia banyak kali dah jangan ushar anak dia. Ushar mak dia dulu. Dapat greenlight dari mak dia baru anak dia pulak. Ekekeke...Betoi la orang pesan kalau minat kat anak mesti ngorat mak dia dulu. Kalau mak dia dah suka tu simpan la duit bebanyak bro then kahwin. Lepas tu jangan lupa ajak saya pulak. Hihi

Ni laici kang. Jangan keliru dengan air cikung. Air cikung macam laici kang tapi tak sedap langsung....


ASSALAMUALAIKUM...


No comments: