Tuesday, December 06, 2011

Cikgu

ASSALAMUALAIKUM..

Kira punya kira, pejam celik-pejam celik lagi 4 tahun ja nak bergelar 'Cikgu'. Lambat la pulak. Saya dah tak sabar mau jejakkan kaki ke sekolah berpakaian kameja beserta tali leher dan berseluar slack(padahal hari-hari pakai macam ni di maktab) dan dikelilingi murid-murid yang dambakan ilmu. Paling tak sabar masa hari guru nanti. Hehehe...

Yang merisaukan saya nanti mesti saya tiada kawan memandangkan cikgu-cikgu lain lebih berumur. Saya tak pandai bergaul dengan orang yang lebih tua. Terpaksa la berkawan dengan murid-murid kan? Lagi senang...
Bila dah jadi cikgu nanti, kena la tunjuk contoh yang baik. Bukan depan murid ja tapi seluruh masyarakat. 
Takut kalau dapat sekolah yang guru besar garang. Selalunya yang garang ni perempuan la. Sebab tu kena bagi laki yang jadi guru besar. Diorang lebih pandai mengawal emosi. Ekekeke..sungguh aih.

Kat sekolah nanti komfem bebudak dok mintak FB kan? Ni la payahnya budak zaman sekarang. Sikit-sikit FB. Nanti dok post pelik2 kat wall kita naiya oooo....

Malas nak panjangkan cerita. Tunggu 4 tahun lagi saya post lagi. Masa tu tau dah kot jadi macam mana.


ASSALAMUALAIKUM..

1 comment:

A!n Syahirah said...

nnt bukan setakat fb cikgu la dyeorg mintak.. dengan blog2 sekali.. :)