Monday, December 19, 2011

Blogging

ASSALAMUALAIKUM...

Kadang-kadang saya terpikir jugak. Sampai bila la nak menulis blog nih? Entry baru ada 270 lebih. Gila banyak!!! Terkejut gak la. Lagi banyak daripada Follower. Hihi...tak kisah la. Memang pada mulanya pun nak buat blog ni sebagai diari. 

Soalnya di sini, sampai bila saya mampu menulis? Oh, susah ni nak jawab. Lepas graduate? Lepas beranak empat? Lepas pencen? Entahla....idea pun makin berkurang walaupun entah apa-apa la entry yang saya tulis sebelum nih. 

BTW, rasa tak sabar pulak esok. Sebab apa? Esok gaji kot. Boleh pau ayah sikit, mak sikit, abang sikit, kakak sikit, jadi la banyak. :D Haha...angan-angan ja tuh. Jangan harap la nak dapat duit kan? Kalau dapat nanti kita selebrate kat Leci kang tau~ Eh, lupa lak. Member bek start praktikal hari Selasa ni. Tak dapat dah la nak lepak dengan dia. Takpa, still akan pi walaupun sengsorang. :) Air dia memang murah beb. Teh ais+laici kang+jus oren baru RM4. Kalau kat KL dah jadi RM6.

Eh, lupa plak. Keesokan harinya pula kami dapat result exam. Harap-harap dapat 3.30 keatas~ :D
Amin.... 

ASSALAMUALAIKUM 

No comments: