Thursday, November 17, 2011

Plan cuti panjang~

Assalamualaikum...

Aihhhhhh......terpaksala menaip sebab terlalu bosan. Member smua hilang pi mana ntah. Dok mesej ngan encik Aziz sorang neh. Tu pun dah x reply dah. Nak taip ni pun bosan sebenarnya, sebab xtau apa nak tulis...nak buat plan time cuti. Lupa plak. Sebulan lebih tuhhhhh...............macam-macam boleh buat...


  1. Karaoke. Ni memang wajib setiap kali pulang ke tanah kelahiran. Kali ni buget hanya cukup untuk 12 lagu ja. Hihi..
  2. Shooting. Ha, ni memang xleh miss. Kalau dah ada lens 50mm bleh gak buat business amik gambaq orang kawin. Xdak modal...Nak try pi shooting kat air terjun ka...pantai ka...xtau la...tgok mood la
  3. Mengemas. Ni pun perkara wajib buat gak. Nak kemaih satu rumah. Nak harap kakak buat mustahil. Adik qajin punggah ja. Siapa lagi yang bleh buat?? Only meeeeeeee........(perasan).
  4. Belajar. Uik? bukan dah abih exam ka? Memang dah abih. Ni bukan nak belajaq pasai ilmu dunia. Nak belajaq pasai ilmu untuk akhirat nanti. Buku dah pinjam dah. Cuma x baca lagi. Hihi...
  5. Mencuci. Ni lain sikit dari mengemaih. Keta-keta kat umah tu komfem basuh sebulan sekali ja. Tu pun ayah yang basuh. Dah anak dia yang paling 'qajin' la kononya ni balik, mestilah dia ni yang kena buat kan?? dapat upah bebbb...bayaq lagi mahai dari basuh kedai. Hihi...
  6. Berkebun. Ni hobi baru dalam perancangan. Tetiba rasa macam nak bercucuk-tanam. Tanah depan rumah tu memang subuq...tapi baik tanam pokok bunga. Bleh gak nanti ambik gambaq. Masalahnya kena ada orang sponsor la nak beli pasu ngan anak pokok.
  7. Nak bagi gemuk. Ni memang slalu dah buat tapi x berhasil. Time balik berat memang komfem naik tapi balik ja IPG nih trus turun balik. Makanan kat sini x berkhasiat kot? Hihi
  8. Nak cari ketenangan. Memandangkan sekarang ni pun masih tertekan, rasanya balik nanti nak pi cari 'ketenangan' yang hilang entah ke mana. Tiap-tiap hari rasa macam hidup x senang ja...
  9. Nak ziarah kubur nenek. :') Hari tu x sempat ziarah masa hari raya korban. Demam punya pasai. Sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Makin hari makin lama dia meninggalkan kami. Tiap-tiap malam teringat. Cara dia memanggil-manggil saya...kadang2 suruh ke kedai...kadang2 suruh urut belakang...cucu kesayangan beliau sebelum dia menghembuskan nafas terakhir... :'( Selalunya setiap pagi akan terdengar alunan suaranya membacakan ayat-ayat suci Al-Quran...sekarang, tiada lagi. Rasanya saya perlu gantikan tanggungjawab yang arwah tinggalkan. Dah, xmau cerita lagi...sedih...
  10. Last but not too last la....Nak menyibukkan diri dengan benda-benda yang bermanfaat. Kurangkan online dan tonton tv. InsyaAllah...nak luangkan masa dengan keluarga...
Assalamualaikum..

3 comments:

NadJoliey said...

OOO MMM GGG.. Lagu Laman Muka Buku lagi tuh.

zudien said...

Lagu jiwang bha...

NadJoliey said...

Silap2. Cinta Muka Buku. Haha.