Friday, November 11, 2011

N o t h i n g

Assalamualaikum....

(menguap.....)Jam baru pukul 5. Semalam kata mau bangun jam 5, tapi x jaga pun. Time xnak jaga baru la terjaga...haishhh....mungkin  sebab tadi mimpi pasai seseorang..namanya Khairul Anwar tapi saya dan juga kawan yang rapat dengannya panggil Kayon. He is my first friend that I know, and also my neighbour. He's one year younger...Yeah...I'm old...but people said that he looks older than me... T.T

Kami mula kenal masa berumur 4 tahun. Mungkin lebih awal dari tu tapi terlupa. Bayangkan sejak kecik main sekali, sampai la saya habis SPM. Lepas tu jarang sudah berjumpa. Kami pi sekolah Arab yang sama, tapi sekolah kebangsaan x sama. Lepas balik sekolah, jam 2 kami pi mengaji Al-Quran di rumah jiran. Balik ja mengaji kami terus berbasikal ke sekolah Arab...sama-sama. Di sana kami ni sekelas. 2 tahun sekelas dengan dia memandangkan saya daftar lewat. Rugi....banyak benda yang x belajar. Saya juga sekelas dengan kakak sendiri dan juga kakak kawan saya ni, yang setahun lebih tua daripada saya. Susah kot nak bersaing....

Dulu kalau buat benda baik mesti buat bersama....buat jahat pun bersama....hihi....dulu pecahkan tingkap jiran saya. Nasib rumah tu tiada berpenghuni. Buat baik berpada-pada, buat jahat sekali-sekala. ^_^
Seumur hidup saya, tahun ni kali pertama x beraya di rumahnya...masing2 sibuk...huhu...

K A Y O N 

Tadi mimpi pi kedai 'Paksu Nazar'. Kedai yang paling banyak nostalgia kami berdua. Tiap2 hari singgah kot lepas balik sekolah Arab. Tapi dalam mimpi tadi kedai tu dah diusahakan oleh orang lain...pelik sungguh mimpi tuh. 

Banyak tu ja kot...kalau jumpa gambaq kami masa kecik2 dulu boleh la tunjuk. Sekarang ni tiada di rumah...


Assalamualaikum.....

No comments: