Thursday, November 24, 2011

My great brothers

Assalamualaikum...

Entry ni patutnya dibuat awal semester 1. Masuk ja semseter 1, ada 3 orang senior yang menjaga saya macam adik diorang sendiri. Biar saya kenalkan. 

Juan Labu Toyyib


Saya kenal dia melalui FB. Tu pun kawan yang tunjuk. Senior sekolah menengah dulu, dan juga senior di maktab. Masuk ja maktab masa tu langsung tak kenal sesiapa. Kemudian, masa pi surau jumpa la dia ni. Terus salam dan tanya dia sekolah Irshad ka dulu? Hihi...betul la, takut silap orang. Kemudian, saya terus glamer dalam kalangan senior dengan gelaran 'junior mat nor'. Uish na....Mula-mula dulu tiada motor, dia la tolong belikan makanan. Siap bawak makan satay Kajang. Makin terselerlah sifat seorang abang masa kem tarbiyyah Islamiyyah. Bukan main risau lagi masa saya kena prank dulu. Haha...Saya juga selalu tumpang dia balik Penang. 

Epiey Naccho


Ni senior sains yang paling baik dengan saya. Saya rapat dengan dia masa dia jadi JPP EXCO makanan. Dia la yang tuang lauk ke dalam pinggan saya. Sebab saya ni 'peramah'...uwekkkk...saya selalu senyum masa jumpa dia. Then, dia dapat tau saya ni junior abg Mat, dia cuba la mendekati saya. Awal-awal lagi dah banyak nasihat dia bagi. Setiap hari ada ja makanan sampai kat bilik. Pizza, nasi ayam dan sebagainya. Penat kot makan. Hihi...
 Dia banyak berkongsi rahsia ngan saya. Rahsia saya pun cuba dikoreknya. Banyak menolong saya dalam kewangan dan juga pelajaran. Saya dapat highest dulu pun sebab malam tu struggle dengan dia. Hihi...sekali tu ja la. Semester ni malas mau ulas, komfem result teruk.
Suka bila diusik dengan 'Foxy'. Ekeke...ada something ka neh?? Hihi..Beliau merupakan pelajar cemerlang sains batch beliau.

Abang Farid


Ni sorang lagi. Sangat mesra dan peramah. Kenai dalam FB then selalu jumpa di surau. Masa tu la mula mengenalinya. Bukan main pemurah, bagi semua buku rujukan yang dia ada. Jimat duit nak beli buku. Selalu juga bincang mengenai kelas. Mengumpat tu jarang-jarang la...hihi...
Bagi pinjam raket tenis lagi masa mula-mula join gerko. Hihi...



Disebabkan kesuntukan bateri, x dapat la nak menulis lagi panjang. Apa-apa pun, diorang ni akan jadi senior terbaik sampai bila-bila. Time sekolah dulu x pernah la rasa nikmat nak ada senior macam diorang ni. Thanks brothers!! :')

Assalamualaikum...

No comments: