Sunday, November 27, 2011

ASSALAMUALAIKUM

Oleh sebab banyak waktu kelapangan, di sini saya ingin berkongsi sejarah pendidikan saya iaitu dari darjah 1 sampai la masuk IPG ni

Darjah 1
Saya tidak dihantar ke tadika. Oleh itu, ketika berusia 7 tahun saya terus dihantar  ke darjah 1 di SK Penaga. Ayah saya juga mengajar di situ. Kelas kami agak pelik. Ketua kelas, penolong ka semua tidak dilantik. Oleh kerana saya ni agak 'baik' dan 'skema' dan juga anak cikgu, semua tugas menjaga kelas diserahkan kepada saya. Haha...bila siap ja kerja sekolah, cikgu bagi pembaris panjang dan saya perlu berdiri di hadapan kelas. Siapa yang berjalan terus saya pukul. Kejam tak? Ekekeke...Masa tu cikgu kelas namanya Cikgu Khozari. Rasanya last time jumpa dia masa tingkatan 5. Tak sangka dia masih ingat nama saya. Ekeke...

Darjah 2
Masa ni saya dah sebati dengan jiwa seorang murid sekolah. Cikgu kelas kali ini perempuan, Cikgu Hasnida kalau x silap. Muda dan yang pentingnya, dia cantik. Wooot...wooot....haha...juga pemurah. Dapat highest dalam subjek BM, trus dia kasi hadiah. Bila dapat top 3 dalam kelas pun komfem dapat hadiah. Habis semua hadiah saya bolot masa tu. Cikgu tu juga selalu tumpang kereta yang saya tumpang. Hihi..paham? Saya pun menumpang untuk ke sekolah. Jadi masa dalam kereta tu mesti dia dok sebelah saya...then borak-borak la...(padahal saya diam ja, pemalu la katakan...) Masa ni juga saya dilantik jadi pengawas. Then, lepas sebulan sudah letak jawatan...haha...malas

Darjah 3
Saya bertukar kelas. Kali ini kelas paling pandai. Mak aih, result terus jatuh. Susah dah nak skor. Semua pandai-pandai. Nak dapat nombor belas-belas pun bukan main payah. Then, masa darjah 3 ni ayah saya dan kakak pindah ke sekolah lain. Saya ja yang masih stay. Masa dalam kelas saya asyik kena buli dengan kawan. Disebabkan tak tahan, saya pun bertukar ke SK Permatang Bertam. Sekolah ni budaknya lagi pandai. Makin susah kot nak skor. Haha....asyik dapat nombor puluh-puluh ja. Masa ni dapat dok tepi pompuan. Perghhh..pengawas yang paling garang. Saya pun takut sebenarnya. Tapi lama-kelamaan ok ja. Masa darjah 3 ni la first time kena demerit. Sebab tak siap kerja. Tu la first and last time kena demerit. Hehehe...

Darjah 4
Masa darjah 4 saya dilantik jadi Pen Ketua kelas, tu pun masa dah tengah tahun, sebab penolong sebelum ni naik pangkat jadi pengawas. Jadi penolong tapi kerja apa tamau buat. Dok main pokemon ja dengan kawan sebelah. Masa darjah 4 ni asyik kena buli ja. Tapi saya ok ja...dah selalu sangat dah...hehe....Tak banyak kenangan pun masa ni...

Darjah 5
Darjah 5 ni la paling banyak sejarah. First time dapat nombor last. Punya la takut nak gitau parents tapi last2 kantoi jugak. Jenuh kena berleter dengan cikgu kelas dan parents. Bukan apa, tak bleh nak fokus dalam kelas sebab dok kat belakang skali, dah tu kena kacau lagi dengan member-member. Lepas komplain baru la dapat pindah dok depan. Lepas tu, result ok la sikit, tapi still agak teruk...haha..

Darjah 6
Darjah 6 ni lain sikit. Dah mula kena rajin. Parents dah hantar ke tuisyen, tuisyen kaliber dan tuisyen sekolah. Masa ni dapat sir yang paling degeruni dalam kalangan murid. Sir nadzmi namanya. Perghhh....jawab salah pun kena katok dengan buku. Pernah la kena sekali...tu pun cari pengalaman. Satu lagi sir ni sangat kedekut markah. Nak dapat A dalam BI tu macam mustahil la. Masa darjah 6 ni, result saya makin ok. Then sampai la trial UPSR, saya terkejut sebab dapat 4A 1B. Paling tinggi la. Tiada yang dapat 5A. Then baru la parents nampak harapan nak skor UPSR. Last2 dapat gak 5A dalam UPSR...Alhamdulillah...30 orang kot dapat 5A. PM bagi sorang rm500 kat kami...hihi

Tingkatan 1
Macam biasa, mesti ikut footstep kakak. Dapat skolah yang sama lagi dengan dia. SMKA Al-Irshad. Ada apply MRSM, tapi tak dapat. Kecewa gila masa tu. Masa tu taktau lagi betapa gahnya Skolah Irshad nih dalam kalangan sekolah di Penang dan juga SMKA di Malaysia. Hihi...masuk kejap, then dapat tawaran pi skolah berasrama penuh kat JITRA. Masuk sana 2 minggu, tak dapat sesuaikan diri then patah balik. Hehe...punya la malu nak tunjuk muka kat skolah lama. Masa tingkatan satu ni la saya dapat pengalaman gagal dalam exam. Skali gagal dalam BI, dua kali gagal dalam sejarah. Lepas dua kali gagal, saya terus benci sejarah. Haha...dah gagal tu, komfem dapat nombor seratus lebih. Hihi...last year ja baru lulus dan x dapat la nombor beratus dah...hepi ooo masa tu...

Tingkatan 2
Masa ni lebih kurang ja macam tingkatan 1. Belajar pun masih malas lagi. Masa ni la paling enjoy. Banyak merapu dengan kawan-kawan. Ish, malas nak cerita...memang truk gila kami...

Tingkatan 3
Masa kali pertama masuk kelas, terkejut gila. Terpisah dengan semua kawan baik. Kiranya saya keseorangan dalam kelas. Pi mana pun sorang-sorang ja. Yang lain semua budak asrama. Saya tak banyak bergaul dengan dorang...Masa ni pencapaian akademik pun tak brapa baik. Rasanya masa trial PMR dulu dapat 4A ja kot...5 lagi tak ingat. Mak saya bukan main kuciwa lagi...kata tiada harapan dah ni nak dapat bagus. Saya pun apa lagi, hilang semangat juga...terus tidak bercakap dengan emak. Then masa dapat result, dapat la elok sikit, 7A 2B, macam biasa, sejarah dengan Arab dapat B. Masih kecewa...tapi bersyukur la...

Tingkatan 4
Alhamdulillah, dapat jugak masuk aliran sains. Ingatka kena ambik akaun. Tak minat ooo...masa tingkatan 4 ni, saya rajin la sikit kot. Dapat kawan baru, semangat pun baru la. Tapi result still biasa-biasa ja...tapi xdak la sampai dapat nombor ratus2 dah. Sampai la exam final, saya demam. Perghhh...BM daripada tak pernah tak dapat A trus dapat B. Punya main kecewa. Haha...tapi nda pa la...

Habis ja tingkatan 4 saya kehilangan nenek. Punya la sedih...setiap hari menangis...sebab tu saya benci budak tingkatan 4...ekeke..nda da la...

Tingkatan 5
Masuk tingkatan 5, saya masih malas ke sekolah. Selalu la ponteng skolah sampai satu hari tu kena panggil cikgu kelas. Kenapa kerap ponteng? Hehe...ada la alasan yang diberi...
Lepas tu terus saya rajin ke sekolah. Result saya masa first exam masih lagi macam dulu...tiada peningkatan...masa mid year exam entah semangat pa ntah mai, bleh skor kot. First time la sejak dok skolah tu bleh dapat top 5. Ekeke...terkejut gila....first time la excited nak bagitau parents. Sejak tu baru la parents bagi harapan tinggi nak skor dalam SPM. Lepas tu, result saya terus konsisten. Thanks to all my frends...dorang banyak gila beri tunjuk ajar...Masa trial, dapat gak la 9A, 1B dan 1C. C tu komfem la BIO. Punya la benci Biologi...Dah dapat result macam ni, expect gak la nak dapat tinggi. Kakak pun bleh dapat 11A, ada gak la simpan cita-cita nak kalahkan dia..ekeke....impossible kot. Dia ambil 12 subjek. Saya cuma 11. Then masa SPM, kecewa jugak sebab still sama. Hihi...Alhamdulillah...yang lainnya kali ni Arab yang B, bukan Add Math.

Result SPM dah dapat, yang tinggal, tunggu tawaran ja. Yang ni la paling susah. Macam2 tawaran la ada. Biasiswa tak la harap sangat. Len la kalau dapat straight A. Ada apply untuk UPU, Matriks, Mara, Yayasan Mara, dan Guru. Memang first choice yayasan MARA la sebab mau ikut kakak juga pi Jepun. Saya sangat kecewa bila x dapat panggilan interview untuk guru. How can?? kos saya pilih tu ramai mintak kot? Perghhh..terkilan...member lain yang mintak semua dapat kot. Mula-mula mesti dapat Matriks dulu. Dapat la di KMPP, dekat gila dengan rumah...ahaha...then mau tunggu UPU dulu. Mintak asasi perubatan tapi tak dapat. Kecewa la tapi memang patut tak dapat memandangkan BIO B. Arab cukup makan ja. Dapat la Engineering elektrik di Universiti Teknologi Malaysia. Orang kata itu la Uni terbaik di Malaysia. Tapi sebab kena pinjaman, terus tolak. Haha...dah tu terpaksa la masuk KMPP. Masuk first day dah fikir nak keluar. Lepas dah dok dua minggu dapat panggilan kedua untuk masuk IPG, interview di KMPP jugak. Luckily, dapat highest kot markah interview. Mana saya dapat tau? Pensyarah tu bagitau kawan ayah saya, then dia pla gitau ayah saya. Ekeke...memang konfiden sangat la dapat masuk IPG masa tu. Studi di KMPP pun main2 la. Dah baget dapat tempat lain. Target dapat la yayasan MARA ni sebab yang pergi interview dulu macam tak ramai ja. Dah tu memang x dapat. Haha...kecewa. Dekat satu bulan, dapat la tawaran biasiswa MARA, buat engineering di UNITEN. Bagus memang la bagus, memang terus la keluar KMPP. Sempat ambil elaun...tapi x banyak...ekeke
Syarat biasiswa tu tak ketat, dapat 2.50 keatas ja. Seminggu lepas tu, dapat la IPG, memang pilihan saya mestilah UNITEN tapi parents mendesak saya untuk pilih guru. Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa kan? Kena la ikut jugak. Senang2 saya terpedaya dengan janji dorang mau bayar duit muka kereta saya nanti..hihi...

Alhamdulillah, saya dah boleh terima bidang Perguruan nih...hihi...

Assalamualaikum..

No comments: