Tuesday, November 01, 2011

All About Me

Assalamualaikum...

Tajuk entri kali ni lebih kurang macam tajuk entri sebelum ni iaitu 'Facts about me'.
Cuma kali ni nak tambah sikit-sikit ja takut ada yang tercicir.

  1. Saya jarang puji orang. Memuji ni memang langsung x pandai. Kiranya kalau saya puji tu kira memang puji betul-betul la...bukan bodek.
  2. Only certain people can make me to talk. Saya ni lagi suka diam dari bercakap.
  3. Saya suka makan petai. Uih, ulam feveret tuh. Lagi-lagi kalau masak sambal tumis udang dan petai. Memang 3 pinggan gak la baru mau kenyang.
  4. Tak pandai buat keputusan sendiri kalau hal tu melibatkan orang lain. 
  5. Suka tengok benda ngeri-ngeri. Misalnya gambaq atau video orang kena langgar ka...kena potong ka..gambaq hantu pun kira feveret la.
  6. Buta fesyen. Saya ni kalau berpakaian pakai ikut suka ja, Yang penting tutup aurat. Kaler matching ka x matcing tu lantakla..
  7. Saya pemalu. Malu semalu-malunya. Especially dengan girls. Masa sekolah dulu tengok perempuan pun x. Hebat kannn? Sekarang? macam tu gak kot....ekeke
  8. Saya sayang haiwan especially kucing. Kalau boleh nanti dah kerja nak bela kucing dua ekor. Bila isteri kerja(berangan), boleh la bermanja ngan kucing kan...
  9. Saya x suka no 9. Sebab tu malaih nak tulis apa saya suka kat no 9.
  10. Saya suka warna hijau. Menyejukkan mata dan juga menenangkan hati. Tapi kebanyakan barang saya prefer warna biru. 
  11. Saya minat kartun. Macam dragonball, naruto, hattori kun, doraemon dan sebagainya. Dengan ini barula boleh awet muda. Kan?? nampak saya macam umoq berapa? 14 ada kot?? hihi

Banyak ni ja la kot. Sekian, assalamualaikum..

No comments: