Wednesday, November 30, 2011

Lagu Kita

ASSALAMUALAIKUM...

Nak tau satu benda x? Hihi...saya dah x dengar lagu jiwang. Sebab apa? Sebab nak nangis. Mak aih, punya la sebak bila pasang. Semalam siap main-main teka lagu lagi dengan abang. Tapi masa main tu tak sedih sangat pun la...sebab asyik dok kena gelak dengan abang ja. Kureng asham betoi. Tengok-tengok kakak lagi pakar kot dalam meneka tajuk lagu dan penyanyi. Xpa2.....

Nak kongsi sebuah lagu ni. Memang gila bes. Sayu ja dengaq. Lagu ni memang pengubat jiwa la sesiapa yang ada jiwa macam saya neh. Hihi...

Istikharah cinta. Cuba play dan hayati liriknya. Menusuk ke kalbu kot. :')
Dah tiada orang untuk berkongsikan lagu ni, jadi saya ingin kongsikan dengan pembaca blog ini..thanks for supporting me! 

Lagu yang hampir membuatkan saya menangis... :'(

Ni satu lagi lagu. Memang sesuai dengan keadaan saya sekarang... :')

BTW, lupa nak ucapkan kepada beberapa orang kawan sejati saya. Thanks Bro Nad, Farah juga kerana menyuport dari belakang...Ekeke...ada sorang lagi. Bro Azwan Lai Azhary. Thanks bro! Walaupun kita hanya kenal di FB, tapi kita dah macam adik-beradik. Sanggup telefon aku dari Sarawak semata-mata nak mendengar luahan hati aku! Thanks bro!! :')

Ooppss, lupa plak member first saya masa skolah dulu. Amin. Hahaha...walaupun dah 11 tahun tak jumpa, kita masih lagi boleh rapat kan? Hihihihihi...aku lagi jiwang dari hang tau!!!


ASSALAMUALAIKUM...

Jalan-jalan cari jalan~

ASSALAMUALAIKUM...

Dah lama tak bersiar-siar di Penang. Lebih kurang beberapa bulan dah. Jadi semalam rancang dengan Mr A untuk pergi ke Komtar untuk melakukan penyerveyan kamera, henpon dan sebagainya. Hihi...duit pun dah ada. Alhamdulillah, ingat nak simpan untuk something tapi tak jadi. Oleh tu, ada la duit untuk beli apa-apa....
Kali ni memang paling letih memandangkan langsung tak makan dan terus pergi dari jam 11 sampai jam 5. 
Ada orang tu nak tukaq henpon....ekeke...Asked my opinion which handphone to buy? Haha...dia lagi pakar...why asked me? Hihi

Dah survey lens...memang kat sini mahal. Paling murah rm680. Kalau kat TS dulu dapat rm670. Jimat rm10 kan? Bleh buat topup. Ekekeke....

BTW, tadi sempat snap beberapa keping gambar. Saja mau share kat sini..

Dilarang membawa anjing, burung, kucing dan lembu. Haiwan lain takpa kan??

Kapal apa ntah...memang slalu nampak bila naik feri

Banyak kan kereta? sebijik kereta rm7. Dapat 30 buah dah rm210. Untung ooo...

Feri ke Pulau Tikus...syurga bagi kucing?

Komtar

Komtar jauh sikit...hehe....ni la bangunan kebanggaan kami....tapi x setinggi KLCC

Perangin Mall...banyak la anak mami datang sini...Ardie, ko nak cari anak mami kan? ramai ooo yan comel2..


Petang tu pergi pla rumah maksu. Kat sana ramai kawan yang masih lagi bersekolah. Ekeke...kalau nak jadi cikgu, kena kenali budak2, baru la boleh mesra dengan depa...
ASSALAMUALAIKUM..



Tuesday, November 29, 2011

FACEBOOK

ASSALAMUALAIKUM...

Aku sangat menyesal....atas keputusan aku untuk membuat akaun FB. Kalau dulu hidup aku bahagia ja. Tiada langsung masalah. Tapi bila dah ada FB ni, 90% masalah aku semua disebabkan FB.
Buang masa aku...
Buang duit aku...
Melingkupkan minda aku...
Menambahkan dosa aku...
Mengurangkan masa aku dengan Allah...
Merosakkan hidup aku...

Ya Allah, ampunkanlah hambaMu ini...


Entahla kalau lepas ni masih bukak FB lagi...masih ada sedikit kegunaan untuk kelas....

ASSALAMUALAIKUM...

Masalah

ASSALAMUALAIKUM...

Memang dah jadi lumrah manusia, bila ada masalah, baru cari Allah kan? Habis tu masa sedang gembira? Menagapa Allah dilupakan?

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya mengingati Allah hati menjadi tenteram."( Surah Al-Ra'd 13 : Ayat 28)

Mengingati Allah itu sendiri merupakan ubat penawar yang paling mujarab untuk jiwa dan senjata paling ampuh untuk menghadapi serangan-serangan zaman ini. Seorang Pakar Jiwa Dr Riel Karienji pun ada menyatakan "Sebenarnya para doktor penyakit jiwa telah menyedari bahawa keimanan yang kukug dan pegangan yang teguh terhadap ajaran agama oleh seseorang adalah satu jaminan untuk menyembuhkan mereka dari penyakit gelisah, tegang perasaan, penyakit saraf dan lain-lain."





 Pernahkah manusia bersyukur atas nikmat yang Allah beri? Mahukah anda tergolong dalam golongan orang yang kufur nikmat? Allah berfirman dalam Surah Al-Nahl ayat 78, " Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibu-ibu kamu,(dalam keadaan) kamu tidak mengetahui sesuatu apa pun. Lalu ia telah jadikan untuk kamu pendengaran, penglihatan dan akal fikiran, supaya kamu merasa bersyukur (di atas nikmat-nikmat tersebut)."

Jadi, pesan saya di sini, sentiasalah bersyukur atas nikmat yang Allah beri. Nescaya Allah akan tambahkan lagi nikmat ke atas kita. InsyaAllah...

ASSALAMUALAIKUM..

^_^

ASSALAMUALAIKUM...

Xleh tido semalam. Tapi still mampu terlelap la. Alhamdulillah, dapat jawapan melalui mimpi. Thank you Allah.

I'm weak
I'm fool
I'm stupid
I'm naive
I'm idiot

That's why right?

Wow! kbye


ASSALAMUALAIKUM...

Answer

ASSALAMUALAIKUM...

Ya Allah, I need the answer....I will do anything to get the answer....
Should I......? or not?
Hmmmmm.....

Dah lama mencari jawapan, tapi tak dapat-dapat. Mungkin ini balasan atas dosa saya yang lalu. 



ASSALAMUALAIKUM...

Monday, November 28, 2011

Plan

ASSALAMUALAIKUM...

Haha...sedang merancangkan satu plan yang agak 'keji' sejak dua malam yang lalu. Harap-harap berjaya la kali ni. Kalau berjaya, I will be the happiest man ever! InsyaAllah...tapi kalau gagal, habislah....terpaksa menunggu lagi~ I hate waiting....

Risiko yang bakal dihadapi... 
Malam ni kot plan itu akan dilaksanakan. Hehehe....can't wait...

ASSALAMUALAIKUM....

Sabar

ASSALAMUALAIKUM...

Saya masih bersabar menempuh dugaan ini. Saya anggap dugaan ini sebagai ujian Allah terhadap hambaNya. Allah takkan berikan ujian yang hambaNya tidak mampu tanggung. 

Ujian yang Allah berikan itu datang dalam pelbagai bentuk. Sama ada kita dipermainkan, dihina, dimaki, , dikecewakan dan dikhianati oleh hamba Allah yang kita kasihi, sayangi, kita hormati dan sanjungi. Itu semua adalah kasih sayang Allah terhadap kita.

Tak semua orang mampu bersabar. Mengikut formula sains, sabar is directly proportional to keimanan. Semakin tinggi iman, semakin tinggi kesabaran anda. Percayalah, setiap kesabaran tu ada balasannya nanti...InsyaAllah.. 

Oh, kasih...bersabarlah sayang...saat indah kan menjelma jua....
:')

ASSALAMUALAIKUM...

Sunday, November 27, 2011

:(

ASSALAMUALAIKUM...

Grrrrrrrrr...............hurmmmmmmmmmmm.........grrrrrrrrrrrrrrrrrr........jeles...........marah..........geram.......................................grrrrrrrrrrrr.........grrrrrrrrrrrr........gggggrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.......darnnn...

Sabar.....sabar......fuh....lega....
maqah sebab apa? ada la...grrrrr.......

ASSALAMUALAIKUM..
ASSALAMUALAIKUM

Oleh sebab banyak waktu kelapangan, di sini saya ingin berkongsi sejarah pendidikan saya iaitu dari darjah 1 sampai la masuk IPG ni

Darjah 1
Saya tidak dihantar ke tadika. Oleh itu, ketika berusia 7 tahun saya terus dihantar  ke darjah 1 di SK Penaga. Ayah saya juga mengajar di situ. Kelas kami agak pelik. Ketua kelas, penolong ka semua tidak dilantik. Oleh kerana saya ni agak 'baik' dan 'skema' dan juga anak cikgu, semua tugas menjaga kelas diserahkan kepada saya. Haha...bila siap ja kerja sekolah, cikgu bagi pembaris panjang dan saya perlu berdiri di hadapan kelas. Siapa yang berjalan terus saya pukul. Kejam tak? Ekekeke...Masa tu cikgu kelas namanya Cikgu Khozari. Rasanya last time jumpa dia masa tingkatan 5. Tak sangka dia masih ingat nama saya. Ekeke...

Darjah 2
Masa ni saya dah sebati dengan jiwa seorang murid sekolah. Cikgu kelas kali ini perempuan, Cikgu Hasnida kalau x silap. Muda dan yang pentingnya, dia cantik. Wooot...wooot....haha...juga pemurah. Dapat highest dalam subjek BM, trus dia kasi hadiah. Bila dapat top 3 dalam kelas pun komfem dapat hadiah. Habis semua hadiah saya bolot masa tu. Cikgu tu juga selalu tumpang kereta yang saya tumpang. Hihi..paham? Saya pun menumpang untuk ke sekolah. Jadi masa dalam kereta tu mesti dia dok sebelah saya...then borak-borak la...(padahal saya diam ja, pemalu la katakan...) Masa ni juga saya dilantik jadi pengawas. Then, lepas sebulan sudah letak jawatan...haha...malas

Darjah 3
Saya bertukar kelas. Kali ini kelas paling pandai. Mak aih, result terus jatuh. Susah dah nak skor. Semua pandai-pandai. Nak dapat nombor belas-belas pun bukan main payah. Then, masa darjah 3 ni ayah saya dan kakak pindah ke sekolah lain. Saya ja yang masih stay. Masa dalam kelas saya asyik kena buli dengan kawan. Disebabkan tak tahan, saya pun bertukar ke SK Permatang Bertam. Sekolah ni budaknya lagi pandai. Makin susah kot nak skor. Haha....asyik dapat nombor puluh-puluh ja. Masa ni dapat dok tepi pompuan. Perghhh..pengawas yang paling garang. Saya pun takut sebenarnya. Tapi lama-kelamaan ok ja. Masa darjah 3 ni la first time kena demerit. Sebab tak siap kerja. Tu la first and last time kena demerit. Hehehe...

Darjah 4
Masa darjah 4 saya dilantik jadi Pen Ketua kelas, tu pun masa dah tengah tahun, sebab penolong sebelum ni naik pangkat jadi pengawas. Jadi penolong tapi kerja apa tamau buat. Dok main pokemon ja dengan kawan sebelah. Masa darjah 4 ni asyik kena buli ja. Tapi saya ok ja...dah selalu sangat dah...hehe....Tak banyak kenangan pun masa ni...

Darjah 5
Darjah 5 ni la paling banyak sejarah. First time dapat nombor last. Punya la takut nak gitau parents tapi last2 kantoi jugak. Jenuh kena berleter dengan cikgu kelas dan parents. Bukan apa, tak bleh nak fokus dalam kelas sebab dok kat belakang skali, dah tu kena kacau lagi dengan member-member. Lepas komplain baru la dapat pindah dok depan. Lepas tu, result ok la sikit, tapi still agak teruk...haha..

Darjah 6
Darjah 6 ni lain sikit. Dah mula kena rajin. Parents dah hantar ke tuisyen, tuisyen kaliber dan tuisyen sekolah. Masa ni dapat sir yang paling degeruni dalam kalangan murid. Sir nadzmi namanya. Perghhh....jawab salah pun kena katok dengan buku. Pernah la kena sekali...tu pun cari pengalaman. Satu lagi sir ni sangat kedekut markah. Nak dapat A dalam BI tu macam mustahil la. Masa darjah 6 ni, result saya makin ok. Then sampai la trial UPSR, saya terkejut sebab dapat 4A 1B. Paling tinggi la. Tiada yang dapat 5A. Then baru la parents nampak harapan nak skor UPSR. Last2 dapat gak 5A dalam UPSR...Alhamdulillah...30 orang kot dapat 5A. PM bagi sorang rm500 kat kami...hihi

Tingkatan 1
Macam biasa, mesti ikut footstep kakak. Dapat skolah yang sama lagi dengan dia. SMKA Al-Irshad. Ada apply MRSM, tapi tak dapat. Kecewa gila masa tu. Masa tu taktau lagi betapa gahnya Skolah Irshad nih dalam kalangan sekolah di Penang dan juga SMKA di Malaysia. Hihi...masuk kejap, then dapat tawaran pi skolah berasrama penuh kat JITRA. Masuk sana 2 minggu, tak dapat sesuaikan diri then patah balik. Hehe...punya la malu nak tunjuk muka kat skolah lama. Masa tingkatan satu ni la saya dapat pengalaman gagal dalam exam. Skali gagal dalam BI, dua kali gagal dalam sejarah. Lepas dua kali gagal, saya terus benci sejarah. Haha...dah gagal tu, komfem dapat nombor seratus lebih. Hihi...last year ja baru lulus dan x dapat la nombor beratus dah...hepi ooo masa tu...

Tingkatan 2
Masa ni lebih kurang ja macam tingkatan 1. Belajar pun masih malas lagi. Masa ni la paling enjoy. Banyak merapu dengan kawan-kawan. Ish, malas nak cerita...memang truk gila kami...

Tingkatan 3
Masa kali pertama masuk kelas, terkejut gila. Terpisah dengan semua kawan baik. Kiranya saya keseorangan dalam kelas. Pi mana pun sorang-sorang ja. Yang lain semua budak asrama. Saya tak banyak bergaul dengan dorang...Masa ni pencapaian akademik pun tak brapa baik. Rasanya masa trial PMR dulu dapat 4A ja kot...5 lagi tak ingat. Mak saya bukan main kuciwa lagi...kata tiada harapan dah ni nak dapat bagus. Saya pun apa lagi, hilang semangat juga...terus tidak bercakap dengan emak. Then masa dapat result, dapat la elok sikit, 7A 2B, macam biasa, sejarah dengan Arab dapat B. Masih kecewa...tapi bersyukur la...

Tingkatan 4
Alhamdulillah, dapat jugak masuk aliran sains. Ingatka kena ambik akaun. Tak minat ooo...masa tingkatan 4 ni, saya rajin la sikit kot. Dapat kawan baru, semangat pun baru la. Tapi result still biasa-biasa ja...tapi xdak la sampai dapat nombor ratus2 dah. Sampai la exam final, saya demam. Perghhh...BM daripada tak pernah tak dapat A trus dapat B. Punya main kecewa. Haha...tapi nda pa la...

Habis ja tingkatan 4 saya kehilangan nenek. Punya la sedih...setiap hari menangis...sebab tu saya benci budak tingkatan 4...ekeke..nda da la...

Tingkatan 5
Masuk tingkatan 5, saya masih malas ke sekolah. Selalu la ponteng skolah sampai satu hari tu kena panggil cikgu kelas. Kenapa kerap ponteng? Hehe...ada la alasan yang diberi...
Lepas tu terus saya rajin ke sekolah. Result saya masa first exam masih lagi macam dulu...tiada peningkatan...masa mid year exam entah semangat pa ntah mai, bleh skor kot. First time la sejak dok skolah tu bleh dapat top 5. Ekeke...terkejut gila....first time la excited nak bagitau parents. Sejak tu baru la parents bagi harapan tinggi nak skor dalam SPM. Lepas tu, result saya terus konsisten. Thanks to all my frends...dorang banyak gila beri tunjuk ajar...Masa trial, dapat gak la 9A, 1B dan 1C. C tu komfem la BIO. Punya la benci Biologi...Dah dapat result macam ni, expect gak la nak dapat tinggi. Kakak pun bleh dapat 11A, ada gak la simpan cita-cita nak kalahkan dia..ekeke....impossible kot. Dia ambil 12 subjek. Saya cuma 11. Then masa SPM, kecewa jugak sebab still sama. Hihi...Alhamdulillah...yang lainnya kali ni Arab yang B, bukan Add Math.

Result SPM dah dapat, yang tinggal, tunggu tawaran ja. Yang ni la paling susah. Macam2 tawaran la ada. Biasiswa tak la harap sangat. Len la kalau dapat straight A. Ada apply untuk UPU, Matriks, Mara, Yayasan Mara, dan Guru. Memang first choice yayasan MARA la sebab mau ikut kakak juga pi Jepun. Saya sangat kecewa bila x dapat panggilan interview untuk guru. How can?? kos saya pilih tu ramai mintak kot? Perghhh..terkilan...member lain yang mintak semua dapat kot. Mula-mula mesti dapat Matriks dulu. Dapat la di KMPP, dekat gila dengan rumah...ahaha...then mau tunggu UPU dulu. Mintak asasi perubatan tapi tak dapat. Kecewa la tapi memang patut tak dapat memandangkan BIO B. Arab cukup makan ja. Dapat la Engineering elektrik di Universiti Teknologi Malaysia. Orang kata itu la Uni terbaik di Malaysia. Tapi sebab kena pinjaman, terus tolak. Haha...dah tu terpaksa la masuk KMPP. Masuk first day dah fikir nak keluar. Lepas dah dok dua minggu dapat panggilan kedua untuk masuk IPG, interview di KMPP jugak. Luckily, dapat highest kot markah interview. Mana saya dapat tau? Pensyarah tu bagitau kawan ayah saya, then dia pla gitau ayah saya. Ekeke...memang konfiden sangat la dapat masuk IPG masa tu. Studi di KMPP pun main2 la. Dah baget dapat tempat lain. Target dapat la yayasan MARA ni sebab yang pergi interview dulu macam tak ramai ja. Dah tu memang x dapat. Haha...kecewa. Dekat satu bulan, dapat la tawaran biasiswa MARA, buat engineering di UNITEN. Bagus memang la bagus, memang terus la keluar KMPP. Sempat ambil elaun...tapi x banyak...ekeke
Syarat biasiswa tu tak ketat, dapat 2.50 keatas ja. Seminggu lepas tu, dapat la IPG, memang pilihan saya mestilah UNITEN tapi parents mendesak saya untuk pilih guru. Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa kan? Kena la ikut jugak. Senang2 saya terpedaya dengan janji dorang mau bayar duit muka kereta saya nanti..hihi...

Alhamdulillah, saya dah boleh terima bidang Perguruan nih...hihi...

Assalamualaikum..

Hepi

ASSALAMUALAIKUM...

I'm so happy today~ ^_^
5 rumah kenduri kot hari ni. 4 Kali makan nasi, sekali makan mi rebus. Sampai rumah yang keempat dah rasa muak nak telan nasi. Oleh sebab teringat azam tahun baru iaitu nak bagi gemuk, saya habiskan juga nasi di dalam pinggan. Disebabkan ni, terpaksa miss majlis ilmu oleh Ustadz Ali Setan. Kenal x? Pernah berlakon dalam filem Ali setan dulu. Hehehe..

Bha, dok tingu orang tu update blog tapi belum ada pun...GEMO la...
Petang ni InsyaAllah.....joging di stadium...sambil-sambil cuci mata...melihat rumput padang yang kehijauan...ekekeke..

ASSALAMUALAIKUM..

Saturday, November 26, 2011

COMEL~

ASSALAMUALAIKUM...

^_^ comelnya dia.....comelnya mereka....Puss in the boot and the gangs~

Bagi siapa yang belom menonton movie Puss In The Boot ni, tak rugi kalau anda menontonnya. Bagi peminat-peminat kucing macam Yassin dan Nadiah, anda harus menonton ni. Comel gilaaa...awwww....suka2

Matanya la yang paling perrrrrrghhhhhhhhhhhh la ....
cair satu pawagam masa babak puss menggoda~ termasukla saya...awww...comel gila kucing
Banyak juga babak romantik antara kucing. Tapi masih sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Rating yang saya bagi, 4.5/5. Jalan cerita menarik, 3d mantoppppp, sound perghhhh....


ASSALAMUALAIKUM...

Surat untuk Juliet

ASSALAMUALAIKUM..

Saya tau kita ni masih muda kan? Masih sedang belajar. Masing-masing nak belajar bersungguh-sungguh. 
Macam awak cakap, kalau dah ada jodoh tu, takkan ke mana...Hmmm...betul2...tapi saya tak nak la tunggu ja. Kena la usaha kan?? Simpan duit siap-siap...cari ilmu banyak-banyak dan sebagainya. Manusia merancang Allah yang menentukan.
Tapi hati saya memang dah tertutup untuk orang lain. Oleh sebab tu, saya nak tunggu 4 tahun ja lagi.
Masa tu komfem saya sudah sedia 'mental' dan 'fizikal'. Saya janji akan belajar bersungguh-sungguh. :) Lagipun saya ikhlas nak tolong awak supaya tak kena posting jauh-jauh sampai Sabah Sarawak. Janji tetap janji. InsyaAllah, ada rezeki x sampai 4 tahun pun. Kejap ja tu...Tapi andaikata saya pergi dahulu sebelum itu, terserahlah...


1% hope is enough. I promise I won't let you down. :')

ASSALAMUALAIKUM...

Friday, November 25, 2011

Tawakkal menurut Islam

Assalamualaikum...

Kebanyakan kita sekarang menganggap semuanya perlu diserahkkan kepada Allah iaitu bertawakkal. Dari mana dioran belajar konsep ini. Sebenarnya, kita memang perlu berserah kepada Allah, tetapi kita juga perlu berusaha. 


Sebagian orang menganggap bahwa tawakal adalah sikap pasrah tanpa melakukan usaha sama sekali. Contohnya dapat kita lihat pada sebagian pelajar yang keesokan harinya akan melaksanakan ujian. Pada malam harinya, sebagian dari mereka tidak sibuk untuk menyiapkan diri untuk menghadapi ujian besok namun malah sibuk dengan main game atau hal yang tidak bermanfaat lainnya. Lalu mereka mengatakan, “Saya pasrah saja, paling besok ada keajaiban.”
Apakah semacam ini benar-benar disebut tawakal?! Semoga pembahasan kali ini dapat menjelaskan pada pembaca sekalian mengenai tawakal yang sebenarnya dan apa saja faedah dari tawakal tersebut.
Tawakal yang Sebenarnya
Ibnu Rajab rahimahullah dalam Jami’ul Ulum wal Hikam tatkala menjelaskan hadits no. 49 mengatakan, “Tawakal adalah benarnya penyandaran hati pada Allah ‘azza wa jalla untuk meraih berbagai kemaslahatan dan menghilangkan bahaya baik dalam urusan dunia maupun akhirat, menyerahkan semua urusan kepada-Nya serta meyakini dengan sebenar-benarnya bahwa ‘tidak ada yang memberi, menghalangi, mendatangkan bahaya, dan mendatangkan manfaat kecuali Allah semata‘.”
Tawakal Bukan Hanya Pasrah
Perlu diketahui bahwa tawakal bukanlah hanya sikap bersandarnya hati kepada Allah semata, namun juga disertai dengan melakukan usaha.
Ibnu Rajab mengatakan bahwa menjalankan tawakal tidaklah berarti seseorang harus meninggalkan sebab atau sunnatullah yang telah ditetapkan dan ditakdirkan. Karena Allah memerintahkan kita untuk melakukan usaha sekaligus juga memerintahkan kita untuk bertawakal. Oleh karena itu, usaha dengan anggota badan untuk meraih sebab termasuk ketaatan kepada Allah, sedangkan tawakal dengan hati merupakan keimanan kepada-Nya. Sebagaimana Allah Ta’ala telah berfirman (yang artinya), “Hai orang-orang yang beriman, ambillah sikap waspada.” (QS. An Nisa [4]: 71). Allah juga berfirman (yang artinya), “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang.” (QS. Al Anfaal [8]: 60). Juga firman-Nya (yang artinya), “Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah” (QS. Al Jumu’ah [62]: 10). Dalam ayat-ayat ini terlihat bahwa kita juga diperintahkan untuk melakukan usaha.
Sahl At Tusturi mengatakan, “Barang siapa mencela usaha (meninggalkan sebab) maka dia telah mencelasunnatullah (ketentuan yang Allah tetapkan -pen). Barang siapa mencela tawakal (tidak mau bersandar pada Allah, pen) maka dia telah meninggalkan keimanan. (Lihat Jami’ul Ulum wal Hikam)
Burung Saja Melakukan Usaha untuk  Kenyang
Dari Umar bin Al Khaththab radhiyallahu ‘anhu berkata, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Seandainya kalian betul-betul bertawakal pada Allah, sungguh Allah akan memberikan kalian rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali sore harinya dalam keadaan kenyang.” (HR. Ahmad, Tirmidzi, dan Al Hakim. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani dalam Silsilah Ash Shohihah no. 310)
Imam Ahmad pernah ditanyakan mengenai seorang yang kerjaannya hanya duduk di rumah atau di masjid. Pria itu mengatakan, “Aku tidak mengerjakan apa-apa sehingga rezekiku datang kepadaku.” Lalu Imam Ahmad mengatakan, “Orang ini tidak tahu ilmu (bodoh). Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda, “Allah menjadikan rezekiku di bawah bayangan tombakku.” Dan beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda (sebagaimana hadits Umar di atas). Disebutkan dalam hadits ini bahwa burung tersebut pergi pada waktu pagi dan kembali pada waktu sore dalam rangka mencari rizki. (Lihat Umdatul Qori Syarh Shohih Al Bukhari, 23/68-69, Maktabah Syamilah)
Al Munawi juga mengatakan, “Burung itu pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali ketika sore dalam keadaan kenyang. Namun, usaha (sebab) itu bukanlah yang memberi rezeki, yang memberi rezeki adalah Allah ta’ala. Hal ini menunjukkan bahwa tawakal tidak harus meninggalkan sebab, akan tetapi dengan melakukan berbagai sebab yang akan membawa pada hasil yang diinginkan. Karena burung saja mendapatkan rezeki dengan usaha sehingga hal ini menuntunkan pada kita untuk mencari rezeki. (Lihat Tuhfatul Ahwadzi bisyarhi Jaami’ At Tirmidzi, 7/7-8, Maktabah Syamilah)

Wasiat buat awak

Assalamualaikum...

Maaf. Semua ni saya yang salah. Saya yang mulakan dulu. I should not start this at the first place. I'm sorry. How stupid I was. Don't ever blame yourself. This is my problem.

crying every night.. :'(

I gave my heart to you. I don't think I can take it back. Don't worry. I can live without it although I'm not as strong as you are. :')

I learned so many things from you. My joy, my sadness...everything happened, I told you first. I got so many friends after I know you. So many new words...hihi..ekeke..
I started saving money...just for the future

Hopefully next time we meet again, but as husband and wife... :')

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepadaku untuk menanggung rasa ini...
k bye

Assalamualaikum...

Thursday, November 24, 2011

Confession

ASSALAMUALAIKUM..

I am weak. I'm not strong. I admit it. Maybe I;m strong outside but inside I'm too weak. I can't take it anymore. I swear!!

Feel like dying...I lost part of my life....Like I lost something very important. I know I must learn to live with it. I can't...I can't...I can't...Forgive me
I AM WEAK

:'(

ASSALAMUALAIKUM...

:'(

ASSALAMUALAIKUM..

Hurm....hampir menangis lagi. Mak aih, awat nih. Dah la hari ni semua plan x jadi. Saya asyik teringat 'something' ja hari ni. Semakin ku mendekati padaNya, semakin membuat saya ........uih, season one.
Sekarang ni teramatlah bosan...aktiviti berfutsal di kikov dibatalkan. Kecewanya........ >_<

Kalau bela kucing komfem dok pi main dengan depa. Nak main dengan niece, tapi dia keluar. Hehe...Time dia ada malas pla main dengan dia. Lappy ja la jadi teman menghilangkan kebosanan...
Hanya mampu FRUST buat masa ini...


ASSALAMUALAIKUM...

My great brothers

Assalamualaikum...

Entry ni patutnya dibuat awal semester 1. Masuk ja semseter 1, ada 3 orang senior yang menjaga saya macam adik diorang sendiri. Biar saya kenalkan. 

Juan Labu Toyyib


Saya kenal dia melalui FB. Tu pun kawan yang tunjuk. Senior sekolah menengah dulu, dan juga senior di maktab. Masuk ja maktab masa tu langsung tak kenal sesiapa. Kemudian, masa pi surau jumpa la dia ni. Terus salam dan tanya dia sekolah Irshad ka dulu? Hihi...betul la, takut silap orang. Kemudian, saya terus glamer dalam kalangan senior dengan gelaran 'junior mat nor'. Uish na....Mula-mula dulu tiada motor, dia la tolong belikan makanan. Siap bawak makan satay Kajang. Makin terselerlah sifat seorang abang masa kem tarbiyyah Islamiyyah. Bukan main risau lagi masa saya kena prank dulu. Haha...Saya juga selalu tumpang dia balik Penang. 

Epiey Naccho


Ni senior sains yang paling baik dengan saya. Saya rapat dengan dia masa dia jadi JPP EXCO makanan. Dia la yang tuang lauk ke dalam pinggan saya. Sebab saya ni 'peramah'...uwekkkk...saya selalu senyum masa jumpa dia. Then, dia dapat tau saya ni junior abg Mat, dia cuba la mendekati saya. Awal-awal lagi dah banyak nasihat dia bagi. Setiap hari ada ja makanan sampai kat bilik. Pizza, nasi ayam dan sebagainya. Penat kot makan. Hihi...
 Dia banyak berkongsi rahsia ngan saya. Rahsia saya pun cuba dikoreknya. Banyak menolong saya dalam kewangan dan juga pelajaran. Saya dapat highest dulu pun sebab malam tu struggle dengan dia. Hihi...sekali tu ja la. Semester ni malas mau ulas, komfem result teruk.
Suka bila diusik dengan 'Foxy'. Ekeke...ada something ka neh?? Hihi..Beliau merupakan pelajar cemerlang sains batch beliau.

Abang Farid


Ni sorang lagi. Sangat mesra dan peramah. Kenai dalam FB then selalu jumpa di surau. Masa tu la mula mengenalinya. Bukan main pemurah, bagi semua buku rujukan yang dia ada. Jimat duit nak beli buku. Selalu juga bincang mengenai kelas. Mengumpat tu jarang-jarang la...hihi...
Bagi pinjam raket tenis lagi masa mula-mula join gerko. Hihi...



Disebabkan kesuntukan bateri, x dapat la nak menulis lagi panjang. Apa-apa pun, diorang ni akan jadi senior terbaik sampai bila-bila. Time sekolah dulu x pernah la rasa nikmat nak ada senior macam diorang ni. Thanks brothers!! :')

Assalamualaikum...

Wednesday, November 23, 2011

CUTI2


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, semalam banyak juga pengisisan. Padahal banyak habiskan masa dalam kereta. Kena drive sekali lagi dari Tapah ke Penang. Ditemani kakak di sebelah, hilang mood nak nyanyi dalam kereta. Aduh, tapi takpa la, tiada lagu bes dalam radio. Banyak dok ulang pasal bola ja. Muak jadinya.

Tempat penginapan untuk guru. Luar macam buruk, dalam...perghhh....kena apply sebuah nnt..

Kemudian, masa memandu tu banyak la pemandu dari arah bertentangan bagi isyarat lampu tinggi kepada kami. Saya agak mesti ada kemalangan, atau speed trap la selalunya. Laju juga saya bawa, 130km/s, lebih 20km/2 dari had laju. Hahaha...lepaas tu memang betul ada pemeriksaan polis. Diorang dah pasang kamera beberapa kilometer dari tempat diorang buat pemeriksaan. Nasib baik kereta saya lepas.

Pulang ja di rumah, terus ambil kamera. Pusing kampung....gila bes angin bendang. Sejuk, nyaman, segar....

Bunyi kicauan burung memikat pelancong di sini....uik, ada ka?

Model kali ni sangat pemalu...langsung x boleh dekat


rumah burung hantu...jarang la nampak..



Malam tu ada aktiviti yang sangat bes...aktiviti menghilangkan suara...perghhh...xpa la...bukan selalu
InsyaAllah, hari ni akan ada lagi pengisian yang agak menarik....nanti-natikan ye!

Assalamualaikum..

Tuesday, November 22, 2011

Friday, November 18, 2011

Andai wanita tahu... :')

Assalamualaikum...

Tadi jumpa something yang bes kat blog http://ninsyira.blogspot.com/2011/06/andai-wanita-tahu.html
Bila baca keseluruhannya, memang betul apa yang diperkatakan tu...Baca la sendiqi... :')


1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).

2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).

3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).

4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).

5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).

6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).

7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).

8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).

9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).

10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).

11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.

12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).

13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).

14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.

15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.

16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).

17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).

18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh.......lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).
  
19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).

20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).

21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).

22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).

23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).

24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).

25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.

26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.

27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).

28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.

29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.

30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.

31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).

32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.

33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.

34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.

35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.

36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.

37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.

38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.

39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).

40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).

41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.

42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.

43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.

44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.

45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.

46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).

47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).

48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)

49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.

50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.