Monday, October 03, 2011

Tekanan

Assalamualaikum...

Oit, rasanya ni dah masuk brapa kali dah saya tulis entri pasal neh. Tapi kali neh agak berbeza. Memang tertekan. Kena marah, semua jabatan black list kelas kami, dan smuanya berlaku masa semester ini, di bawah pentadbiran saya. Haissh....it's all my fault. I cannot manage the class well. Semuanya tunggang terbalik, mula dari hari pertama saya bertugas, sampai la hari ni. Getting worst. 

Kalau nak tau kan, budak sains ni la paling tertekan. Dah la kerja kursus bukan main susah, projek tu projek neh. Nak skor pun susah, yang senangnya nak gagal. Teringat masa mula-mula masuk maktab, semua senior bagi tekanan pada kami. Kos kami banyak fail la, ramai kena tendang la. Hidup dalam keadaan begini memang sukar. Tambahan lagi, semua senior dok expect saya dapat skor kat sini, tak habis-habis dengan result spm dlu. Nak kata bagus xla bagus sangat. Saya bukannya pandai sangat, cuma waktu SPM ada sedikit tuah. Masuk kat sini, sorang pun tak kenal. Betapa payahnya nak buat kawan dulu. Cuba cari orang senegeri, tiada. Cuma Ooi ja. Lepas tu cari pula yang semenanjung. Jumpa la Arif. Saya dah tak ada kawan lain dah. Berkepit dengan dia ja. Setelah beberapa bulan di sini, barulah dapat mesra sikit dengan klasmet lain.

Saya dulu jenis yang pendiam. Disebabkan itu, saya tak ramai kawan. Masuknya ke maktab ni, saya cuba buang sifat tu. Nampak la macam kecoh sikit kan? 


Aih, out of the topic dah neh. Nak cakap hari ni stress. Kena marah, kena booking dewan kuliah last minit, kena perli pedih, kena 'ole' masa main bola(banyak kali kot)...memalukan... :'(

Dah ah, xmau cerita...jom nangis la...

Assalamualaikum..

4 comments:

Azwan Azahari said...

Ala... kesiannya. Takpa, hang dah buat yang terbaik kan...

zudien said...

xdak la baik sgt...aku ni tiada ciri pemimpin...

Azwan Azahari said...

biasa ar. kelas kitorang lagi la, lagi banyak kaum, belom campur cakap belakang yang bahasa entah apa aku pon tak paham, rasa macam nak letak subtitle. Pastu selfish semua, rasa macam nak ku bakar je sorang2. Aku lama lagi nak jadi ketua ni, sem 6 @ 8 maybe... hehehe

NadJoliey said...

Relaks baa Dinn, ko okey baa... Seriously.