Friday, October 07, 2011

Seram.....

Assalamualaikum...

Agak boring ketika ini, jadi saya nak kongsi la pengalaman saya melihat hantu...hihi....

Kejadian ni berlaku masa darjah 5. Saya ketika berumur ini, tidur dengan abang di bilik(dah pandai berdikari). Tapi di bilik kami tiada jam. Jadi setiap kali nak tengok jam, saya terpaksa buka pintu dan lihat di ruang tamu. Suatu pagi tu kan, saya bangun sebab nak tengok jam. Padahal takdak sebab pun nak tengok jam. Dah jadi habit. Abang la suruh tengok jam. Pastu kan saya buka la pintu. Lampu semua tutup jadi keadaan agak gelap. Pandang-pandang ke ruang tamu kan, tiba-tiba nampak macam seorang wanita berpakaian serba putih(cuci pakai daia kot), duduk di ruang tamu sambil menghadap televisyen. Saya agak terperanjat tapi tak takut la. Memang dah selalu dengar cerita hantu. Hihihi...

Pagi tu saya bangun awal dan terus tengok di ruang tamu. Namun, satu apa pun takda...memang betul la apa yang saya nampak masa tu...

Assalamualaikum,..

No comments: