Thursday, October 20, 2011

Komik

Assalamualaikum...

Dulu kan, masa kecik-kecik saya suka lukis kartun. Misalnya doraemon, ultraman dan ninja turtles. Gara-gara itulah saya pernah menyimpan cita-cita untuk menjadi pelukis.

Kalau bleh jumpa lukisan saya masa dulu, boleh la tunjuk. Tapi sure korang gelak punya...
Masa darjah 5 saya mula membuat komik. Penuh satu buku saya lukis. Dari episod 1 sampai episod berapa entah. Komik fantasi. Semuanya disebabkan pengaruh sepupu. Dua orang sepupu saya yang sebaya juga turut membuat komik. Lukisan diorang jauh lebih baik dari saya. Hihi...Masa tingkatan 2, saya buat lagi satu komik. Komik lawan-lawan. Kali ni lukisan lebih mantap...karakter pun lebih kacak. Cuma semua komik yang saya buat tiada watak perempuan. Sebab apa? Saya x pandai lukis perempuan. Hihi...sekarang ni boleh la kot.

Lepas tingkatan 2, saya dah x pernah buat komik. Sibuk la katakan....xdak dorongan daripada mana-mana pihak. 

Akhirnya, masa semester ni, tiba-tiba Yassin cadangkan nama saya untuk buat komik islamik. Pada mulanya nak tolak tawaran nih, sibuk la katakan....tapi sebab dakwah punya pasal....saya setuju la. 2 hari ja sebenarnya nak lukis. Yang lamanya nak letak dialog dan sebagainya. Hasil, kurang memuaskan...hihi...jadila, yang penting pembaca faham apa yang nak disampaikan. Kalau anda nak baca, pi la cari majalah 'PEARL OF IPT 2011'.

m.s last komik tu..haha...4 page ja, x puas...lukisan agak kelakar...x reti la lukis2 nih..bukan amik seni pun kat skolah


Assalamualaikum..

No comments: