Sunday, August 07, 2011

Sukan

Assalamualaikum...

Di sini saya ingin berkongsi tentang beberapa sukan yang saya pernah ceburi, dan ada diantaranya saya dikatakan agak mahir la, tapi biasa-biasa ja...

1) Lari pecut
Sejak darjah satu lagi, tiap kali ada sukan mesti saya akan sertai. Dapat la juga pingat. Kadang-kadang perak, kadang-kadang gangsa. Emas pernah la dapat beberapa kali. Akhirnya sampai la ke peringkat daerah tapi kalah. Tak sangka pelari lain tinggi-tinggi belaka.. Sampai la sekolah menengah. Terus berhenti dari sukan ni. Pernah la masuk sekali masa tingkatan 5. Disebabkan lama dah tak berlari, baru sampai 100 meter dah semput. Hehe...

2) Badminton
Bila dengaq pasal badminton, terus teruja. Saya minat permainan ni sejak berusia 4 tahun lagi. Masa tu sudah didedahkan dengan permainan ni. Ayah pula selalu bawa ke dewan bersamanya untuk teman dia bermain dengan kawan-kawannya. Masuk sekolah rendah, saya rajin lawan di kampung. Masa tu mana ada skill2 lagi. Kemudian masa sekolah menengah dah jarang main. Kadang-kadang ja main dengan kawan di seberang. Kalau rajin pergilah kampung di sebelah. Di sana saya agak digeruni la...haha...Lepas habis SPM saya ikut abang saya, yang 10 tahun lebih tua untuk bermain dengan kawan-kawannya di dewan Pajak Song. Ada yang 20-an dan ada juga yang 40-an. Makin tua, makin banyak pengalaman. Kadang-kadang boleh juga menang. Kena tengok juga la partner dengan siapa. Di maktab ni langsung tak pernah main badminton. Jadi saya tidak tahu sekarang saya di tahap mana.

3) Bola sepak
Sukan ni antara sukan yang saya paling minati. Sesuai la untuk lelaki. Macam biasa, mesti mula dengan bola plastik. Dah masuk darjah 3 baru cuba bola betul. Masa darjah 5 dulu, dapat mewakili sekolah, tetapi hanya bermain sebagai simpanan. Haha....at least dapat sijil. Masuk ja sekolah menengah, komfem main sukan ni sewaktu PJ. Selalunya ambil posisi sebagai pertahanan. Boleh relaks sikit. Kemudian, bila dah masuk tingkatan 4, dah dipaksa menjadi penjaga gol. Sangat menyeksakan kerana terpaksa menerpis dan menangkap bola yang kadang-kadang tu amat menyakitkan. Semester lepas GERKO kami bola sepak. Macam biasa, saya akan jadi pertahanan. Nasib baik la tak kena jadi keeper. Hahaha...

4) Tenis
Saya cuba menceburi permainan ini masa semester 1. Mula-mula ingatka mudah. Kalau nak tau, saya boleh servis macam pemain sebenar setelah belajar satu semester. Betapa susahnya nak servis pun. Apatah lagi nak balas pukulan. Credit to Ardie Cakke, kerana banyak memberi tunjuk ajar. Bekas pemain daerah la katakan...Credit jugak kepada En Razali dan sorang lagi partnernya kerana menjadi coach sambilan peribadi saya. Petang-petang kalau turun gelanggan mesti dia ajak lawan. Haha...kalau geng dengan dia komfem menang.

5) Bola baling
Bola baling merupakan permainan kegemaran saya, baru-baru ini. Sebelum ini, langsung tak pernah cuba main. Permainan yang agak mencabar, terutamanya jika anda seorang penjaga gol. Betapa sukarnya nak menerpis bola yang dibaling bertalu-talu. Tapi, entah kenapa, bila ada bola datang, terasa macam badan ni bergerak sendiri untuk menerpis bola tersebut. Harap-harap lepas tamat GERKO bola baling nanti, saya masih dapat mengasah bakat dalam sukan ini. Huhu...


Ada lagi sukan yang belum kasi masuk dalam entry nih. Bola tampar, takraw dan lain-lain. Lepas ni kalau rajin saya sambung la...Assalamualaikum...

3 comments:

mish nufa : ) said...

majulah sukan untuk negara ;)

zudien said...

malasla bersukan untuk gemuk~ :P

mish nufa : ) said...

perli nampak =='