Saturday, August 13, 2011

Pulang~

Assalamualaikum...

Semalam, bertarikh 12 Ogos, merupakan tarikh prakeramat. Saya pualng ke kampung buat kali pertama untuk berbuka di sana. Hepi tidak terkata. Mula-mula rancang dengan Abang Mat mau balik jam 3. Tetapi meeting dia berlanjutan sampai jam 5. Terpaksala dia akur. Kami rancang untuk balik 3 orang, semuanya kos sains. Malangnya, abang Shamim dah pulang terlebih dahulu. X aci betoi. Nasib baikla ada sorang lagi budak Penang mau ikut. Budak Math. 

Perjalanan kami tergantung di awal perjalanan. Jem di KL sampai 1 jam. Baru jalan 4 KM dah setengah jam habis. Perjalanan kami penuh dengan gelak tawa. Abang Mat tak habis-habis bergurau dalam kereta. Kesian orang belakang tidak dapat tidur kerana banyak sangat ketawa. Macam-macam perkara yang kami bincangkan. Abang Mat bercadang berbuka di Sg Buloh memandangkan masa di tol jam dah pun pukul 6. Namun saya masih berkeras untuk berbuka di Tapah. Akhirnya kami berjaya tiba di Tapah lewat 10 minit dari waktu berbuka. Dipendekkan cerita, kami makan, solat dan terus blah. Kesian 'A', dia ingat kami dah tinggal dia masa dia tengah solat. Padahal kami parking di tempat lain. 5 minit kami ketawa dalam kereta.

Abang Mat bawak agak laju, tetapi belum setanding dengan abang saya. 3 jam boleh sampai KL. Jam 10.30, akhirnya saya sampai di Juru. The end~

No comments: