Tuesday, August 09, 2011

Klasmate~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ni saya diberi ilham untuk perkenalkan klasmate saya kepada pembaca sekalian. Biar saya mula mengikut senarai nama kelas.

Ardie Bin Cakke

Pada mula kami bertemu, nampak kami ni sangat berbeza. Macam tak ngam la. Tapi setelah seminggu berorientasi, barulah saya selesa berkawan dengannya. Sangat berbakat dalam sukan. Saya akui, saya amat cemburu dengannya. Perwatakannya yang agak kool dalam kelas menjadikan dia sangat femes dalam kalangan kami. Sekarang ni, kami bagaikan isi dengan kuku.

Chu seat lee (Kelly)


Antara orang terawal yang saya kenal. Kelihatan sentiasa tenang. Memang perwatakannya tenang tidak kira masa dan di mana. Hanya mampu tersenyum bila melihatnya. Agak selesa bila berkawan dengannya. Semester ini langsung tidak sekumpulan dengannya. Sem lepas ada la.

Elly Wong

Seorang yang sangat kelakar di kelas kami. Bukan sebab dia pandai buat lawak, tapi sebab yang natural. Saya dan Yassin selalu mengusiknya. Nampak garang....(garang ka?) tapi agak peramah. Sem ni banyak satu kumpulan dengannya...

Farahida Ibrahim A.K.A busu


Ulasan kali ni panjang sikit sebab dia ni ahli kumpulan 4S(4Shin Chan). Nampak garanggggg....grrrrrrr....tapi sebenarnya pemarah. Eh, silap eja, peramah. Paling glamer di kelas kami. Dia juga sangat kelakar dan kebanyakkannya spontan jerrr....Dia salah seorang private advisor saya dan juga gossiper aktif. K-pop menjadi kegemarannya...makanan kegemaran Baskin Robin.

Irene


1st time jumpa nampak blur. Dalam keblurannya itu sebenarnya dia ni terrer math. Tu yang saya sangat respect. Boleh jadi seorang guru yang berjaya tapi perlu perbaiki cara berkomunikasi dengan orang semasa presentation.

Jong


Jong, antara chinese girl yang paling femes di maktab. Merangkap penolongku. Nampak macam suka main-main, tapi semasa buat kerja dia la yang paling serius. Juga seorang atlet. Mewakili rumah temenggung semester lepas, sama rumah ngan saya la...Lepas ni kita wakil rumah sama-sama kalau saya layak~

Maiyu A.K.A bendahari kelas


Berwatakan bersahaja. Pantang disebut 'duit', trus tanya pasal duit kelas. Hahaha...gurau ja. Kawan indian saya yang pertama seumur hidup saya.  Bukan agak tapi memang peramah.

Yassin


Pengasas kumpulan 4S. Sangat tenang perwatakannya. Tetapi di sebalik ketenangannya tu macam-macam yang dia fikir. Mempunyai otak seorang jenius. Sangat matang walaupun masih join saya melayan detektif conan dan Shin Chan~ Makanan kegemarannya nasi bujang. Disebabkan itulah dia suka hidup membujang. Agaknyalah....Walaupun berfikiran lebih matang dari saya, dia masih lagi dianggap adik dalam kumpulan 4S~


*Bersambung di Part 2


2 comments:

Ibnu Yunus said...

Macam lebih-lebih ja kapsyen kau tu...

NadJoliey said...

Manada melebih2 tuh Yassin.. Memang itulah kebenarannya~~~ HEY! KENA BERENTI NGAM2 NAMA SY LEPAS TUH! :')