Monday, August 29, 2011

Detik sebelum raya2~

Assalamualaikum....

Semalam saya dan 2 orang lagi sahabat berkongsi misi untuk mencari baju raya. Jam 2 lagi saya telah ke kompleks Kailan, seperti tahun-tahun sebelum ini. Kompleks kailan amat sesak terutamanya bila dekat dengan musim perayaan. Misi kali ni adalah untuk mencari baju melayu warna 'pink'. Awal-awal lagi mataku dah tertarik pada sepasang baju melayu, di dalam butik. Tahun lepas sudah masuk di kedai yang sama, tetapi batalkan hasrat kerana terlalu mahal. Tahun ni agak murah la. Dapat diskaun gi tu~ Kemudian, Paan mengajak untuk mengushar di kedai lain dulu. Kami pun pusing la satu kailan.

Pusing punya pusing, last2 kedai first yang menjadi pilihan. Hahaha....selepas tu, paan yang masuh belum dapat hasil, mengajak saya masuk ke sebuah lagi butik. Masuk-masuk ja mataku terus tertarik kepada beberapa pasang baju melayu yang baru. Warna? perghhhh.....kualiti kain? perghhhh....harga? paling perghhh....tunggu dah keja nanti baru beli situ.

Dah tu, kami terus beredar dan pulang ke rumah masing-masing. Petang tu jam 4 Palok datang ambil di rumah. Kami bercadang untuk berbuka di luar. Kami ke Pulau Pinang, sebab nak makan seafood tepi pantai. Jauh gila kami pi. Last2 dah 2 jam di Pulau Pinang satu restoran pun tak dapat. Ada tu memang la cuma dah penuh. Akhirnya, kami kembali ke seberang Perai. Lagi sejam berbuka, satu kedai pun tak dak kosong. Kami berbuka dengan roti jerrr...Alhamdulillah...Selepas itu, kami pi shopping di Pacific dan Sunway. Dapat la beli t-shirt 2 pasang, tu pun lari buget. Salah dorang punya sistem harga la....ingat bagi harga sebelum diskaun...tak pasal2 rugi duit saya~ T-T

Jam 10 tu kami kembali ke restoran sebelum ini. Pesan set punya, tapi disebabkan ikan telah habis, kami terpaksa pilih menu lain...huhu...kami pesan chicken chop setiap orang dan bihun tomyam sebagai makanan sampingan...


Assalamualaikum...

No comments: