Tuesday, August 23, 2011

Cinta selepas bertunang

Assalamualaikum...

Bertunang atau khitbah bermaksud melamar wanita untuk dijadikan bakal isteri. Dalam erti kata lain, meminta persetujuan pihak wanita untuk dijadikan bakal isteri. Antara dalil berkaitan bertunang ini:-

 Hadis Rasulallah saw yang mafhumnya: " tidak halal  bagi kamu penjualan di atas penjualan  orang lain dan tidak halal bagi kamu pertunangan di atas pertunangan orang lain".

dan...

Rasulallah saw bersabda: " Apabila salah seorang dari kamu bertunang, maka jika sekiranya dia boleh melihat wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau kemahuan untuk bernikah / kahwin, maka lakukan

Orang yang dah bertunang dikatakan berdarah manis kerana mudah terjebak dengan gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Tidak perlu dihebohkan kerana dikhuatiri perkahwinan tidak menjadi.

Bertunang tidak menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang merupakan tempoh suai kenal. 


Banyak tu ja dapat huraikan...

Assalamualaikum...



No comments: