Wednesday, August 31, 2011

Raya~



Assalamualaikum...

Raya kali ni agak suram, tanpa kehadiran abang tersayang dan anak buah tercinta...bila la boleh jumpa dia nih...Pagi tadi solat raya, dengan berpakaian pink gitu~
Banyak gambaq yang ditangkap, tetapi hanya satu ja yang puas hati...RAYA+MERDEKA...

dengan sepupu~


Saya dah jatuh hati pada sekor kucing yang bernama 'Peah', 

candid~

Peah ni jantan sebenarnya~ hehe...jangan salah faham...


Sekeping ja gambaq saya. Hehe....yang len semua buruk~ tu pun kira buruk la tuh..

Assalamualaikum..



Monday, August 29, 2011

Detik sebelum raya2~

Assalamualaikum....

Semalam saya dan 2 orang lagi sahabat berkongsi misi untuk mencari baju raya. Jam 2 lagi saya telah ke kompleks Kailan, seperti tahun-tahun sebelum ini. Kompleks kailan amat sesak terutamanya bila dekat dengan musim perayaan. Misi kali ni adalah untuk mencari baju melayu warna 'pink'. Awal-awal lagi mataku dah tertarik pada sepasang baju melayu, di dalam butik. Tahun lepas sudah masuk di kedai yang sama, tetapi batalkan hasrat kerana terlalu mahal. Tahun ni agak murah la. Dapat diskaun gi tu~ Kemudian, Paan mengajak untuk mengushar di kedai lain dulu. Kami pun pusing la satu kailan.

Pusing punya pusing, last2 kedai first yang menjadi pilihan. Hahaha....selepas tu, paan yang masuh belum dapat hasil, mengajak saya masuk ke sebuah lagi butik. Masuk-masuk ja mataku terus tertarik kepada beberapa pasang baju melayu yang baru. Warna? perghhhh.....kualiti kain? perghhhh....harga? paling perghhh....tunggu dah keja nanti baru beli situ.

Dah tu, kami terus beredar dan pulang ke rumah masing-masing. Petang tu jam 4 Palok datang ambil di rumah. Kami bercadang untuk berbuka di luar. Kami ke Pulau Pinang, sebab nak makan seafood tepi pantai. Jauh gila kami pi. Last2 dah 2 jam di Pulau Pinang satu restoran pun tak dapat. Ada tu memang la cuma dah penuh. Akhirnya, kami kembali ke seberang Perai. Lagi sejam berbuka, satu kedai pun tak dak kosong. Kami berbuka dengan roti jerrr...Alhamdulillah...Selepas itu, kami pi shopping di Pacific dan Sunway. Dapat la beli t-shirt 2 pasang, tu pun lari buget. Salah dorang punya sistem harga la....ingat bagi harga sebelum diskaun...tak pasal2 rugi duit saya~ T-T

Jam 10 tu kami kembali ke restoran sebelum ini. Pesan set punya, tapi disebabkan ikan telah habis, kami terpaksa pilih menu lain...huhu...kami pesan chicken chop setiap orang dan bihun tomyam sebagai makanan sampingan...


Assalamualaikum...

Sunday, August 28, 2011

Detik sebelum raya~

Assalamualaikum...

3 hari sebelum raya, insyaAllah...bangun2 tidur terus ja capai penyapu dan juga alatan-alatan lain untuk mulakan sesi mengemas. Kerja mengemas dilakuka berseorangan disebabkan kekurangan tenaga pekerja dan bermula di bahagian depan ruang tamu. Agak letih sebenarnya kerana terpaksa mengangkat perabot-perabot kayu. Kerja mengemas ini ditangguhkan selepas masuk waktu zohor.

Kemudian, petang tu buat pa aaa...owh, TIDURR!!! memang bes. Bangun-bangun baru solat asar. Kemudian menunggu waktu berbuka terus~

Malam tu malaih nak cerita la. Ada la pi jumpa kawan lepas tarawih.

Assalamualaikummm...

Thursday, August 25, 2011

Random moment~






Esok balik~

Assalamualaikum...

Esok balik. Hari ni sangat malas ke kelas. Ibarat beruang yang menunggu habis musim sejuk. 


Tidoq lagi bes kannnn???

Waktu ni la rasa masa berjalan dengan begitu lambat....Planning untuk cuti dah ada...

Sabtu - shopping dengan member den...
Ahad - Pergi perpustakaan negeri...buat esemen..
Isnin - kemaih rumah yang berselerak tu...
Selasa - raya la~


Assalamualaikum..




Wednesday, August 24, 2011

Rambut~

Assalamualaikum....

Entri kedua. Tetiba rajin neh...semangat nak balik kot~ Lepaih gunting rambut, terus tukar fesyen. Saja nak cuba-cuba. Haha....bertahan selama 2 hari saja nampaknya fesyen baru nih. Kena tegur dengan Puan Sab tadi~ saja main-main. Lagipun den dah mula rindu rambut fesyen dulu~ masuk ja maktab nih dah 4 fesyen rambut pernah cuba.  Try simpan rambut amacam??? buat macam David bechkam zaman dulu2 ka...macam justin bebel ka....

Assalamualaikum...

Catatan hari ini~

Assalamualaikum...

Hari ni paling sibuk la dalam minggu nih~
Pagi-pagi lagi dah ada presentation. Dah la BI, mana la pandai speaking...pastu ada presentation kimia pulak...semua sibuk tengok laptop masa den tengah bentang. Hahaha....bagus la, takdak la orang nak tanya soalan. Petang tu plak tak sempat nak rehat. Terus solat di perpustakaan.

Cheese~



Petang tadi pun, masih ada lagi pembentangan. Agak penat la....
Balik ja tu, macam biasa kami lalu jalan pintas, berbukit2 gak la. Tiba-tiba tergelincir. Haha...nasib baik xdak sapa nampak kecuali Arip. Kalau tak jatuh saham. Nak naik balik bukan senang..
BTW, hepi hari ni~


Assalamualaikum...

Tuesday, August 23, 2011

Nervous~

Assalamualaikum...

Hari ni lepas kelas BM, tiba-tiba terus fikir pasal nervous. Tiap-tiap kali pergi depan, Puan kata saya amat tenang. Itulah yang menghairankan saya. Saya nervous bagaikan tulang lutut nak tercabut. 

Antara sebab saya gagal menjadi pemain bola yang baik adalah disebabkan nervous. Bila dapat bola saja, terus kaku. Tak tahu nak buat apa. Tu kalau main betul-betul la. Tapi kalau main sekadar untuk bergembira, ok plak.
Perkara paling nervous bagi saya ialah menjadi seorang imam. Seriusly, perghhhh.....hanya Allah yang tahu.

Saya harap, selama saya berada di sini, dapatlah hilangkan perasaan ni.

Assalamualaikum..

Cinta selepas bertunang

Assalamualaikum...

Bertunang atau khitbah bermaksud melamar wanita untuk dijadikan bakal isteri. Dalam erti kata lain, meminta persetujuan pihak wanita untuk dijadikan bakal isteri. Antara dalil berkaitan bertunang ini:-

 Hadis Rasulallah saw yang mafhumnya: " tidak halal  bagi kamu penjualan di atas penjualan  orang lain dan tidak halal bagi kamu pertunangan di atas pertunangan orang lain".

dan...

Rasulallah saw bersabda: " Apabila salah seorang dari kamu bertunang, maka jika sekiranya dia boleh melihat wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau kemahuan untuk bernikah / kahwin, maka lakukan

Orang yang dah bertunang dikatakan berdarah manis kerana mudah terjebak dengan gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Tidak perlu dihebohkan kerana dikhuatiri perkahwinan tidak menjadi.

Bertunang tidak menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang merupakan tempoh suai kenal. 


Banyak tu ja dapat huraikan...

Assalamualaikum...



PaNaS~

Assalamualaikum...

Panasnya hari ni, bukan disebabkan cuaca. Cuaca mendung bercampur hujan ja hari ni. Gua panas sebab kawan gua beb. Pandai-pandai la kalau nak tegur orang tu. Respek orang lain sama. Kau tak respek gua, gua takkan respek lu balik. 

Panassssss....Panassssss.....Panasssss....

Gua ingat lu dah berubah sejak semester ni. Rupa-rupanya makin teruk. Dah la bulan posa ni. Memaki orang pulak. Raya nanti la aku mintak maaf.


Assalamualaikum...

Monday, August 22, 2011

STRESS

Assalamualaikum...

STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....STRESS....

Ok, Jangan risau. Dah lega dah~

Assalamualaikum...

Sunday, August 21, 2011

FRieNDSHiP

Assalamualaikum...

Maafkan saya jika ada yang terasa dengan entri sebelum ini. Itu hal lama, saya tidak pernah membenci sesiapa terutamanya kawan sendiri. FRIENDSHIP is very3423252 important to me. Cuma tolong jaga persahabatan sebaik mungkin. Persahabatan umpama belon. Kalau sudah terlepas, tak mungkin anda boleh dapatkannya semula. I luv U my frends....


16TH~

Assalamualaikum...

Entry ni bertujuan untuk mengucapkan ahlan wasahlan. selamat datang dan welcome kepada follower ke 16, Farah Athirah A.K.A Stacy. Rajin-rajin la buka blog ni walaupun tiada info yang berfaedah. Hahaha...

Assalamualaikum..

Saturday, August 20, 2011

Just to express~

Assalamualaikum....

*PSSS...AWAS!! JANGAN TERASA DENGAN ENTRI INI.

Teringat kawan di Penang, semuanya baik-baik belaka dan pandai bergurau. Dorang sangat pandai menjaga persahabatan. Setiap kali ajak ke mana-mana pasti tidak pernah menolak kecuali ke tempat-tempat yang tidak berfaedah.

Di sini lain. Ada sorang sahabat ni, walaupun kami nampak rapat depan mata, tetapi sebenarnya ada satu perasaan benci yang tersembunyi. Bila bergaduh tu, hanya kemaafan yang mampu dipinta. Bila dah maafkan, mesti buat balik. Disebabkan dia juga la saya kehilangan beberapa kawan istimewa sebelum ini. Dia sanggup menggadaikan nilai persahabatan asalkan apa yang dia dapat apa yang dia nak. Kadang-kadang tu rasa macam nak lebamkan sebelah mata dia. Nasib baiklah ada iman. Hurm...Saya pun apa kurangnya, hidup 19 tahun di dunia masih belum mampu menjadi sahabat yang baik. Saya cuba menjaga hati kawan. Keaiban kawan juga perlu dipelihara. 

Ok la, tak suka berbicara tentang ni. Mencemarkan blog gurujiwang la plak.

Assalamualaikum...

Friday, August 19, 2011

Feel Happy~

Assalamualaikum...

Saya tak tahu kenapa tapi pagi ni saya agak hepi. Nak kata elaun baru masuk, elaun bulan 8 dah habis. Nak kata esok balik raya, lambat lagi. Hurm...tercari-cari mengapa.

Seharian rasanya baru nak dapat jawapan. BTW, hari ni nak pergi Tapah. Walaupun tak dapat balik kampung, rasa gembira juga la. At least dapat jumpa keluarga. Pi sana nanti komfem tak boleh online. Terpaksa bergantung sepenuhnya kepada sistem yang lama iaitu SMS~

Assalamualaikum...

Thursday, August 18, 2011

PaNDa

Assalamualaikum...

It's a panda~ very cute....jus like me(ayat goli)...

BTW, kelas hari ni sangat meletihkan....hanya gambar ni mampu meluahkan betapa penatnya kami hari ni...

Elly dengan gaya rambut barunya~ comel kan?

Petai cicoh citroen....bergaya~

Kawasan memerhati..ramai yang saya nampak hari ni.. <3

Test zoom~

Yassin, tidak boleh terpisah dengan Hazelnya..ada ja gambar nak ditangkap

Elly Wong lagi~


Satu lagi, bulan Oktober ni akan diadakan karnival bola baling. Kami disuruh buat sekurang-kurangnya 4 kumpulan untuk bertanding nanti. Harap-harap ada la kumpulan yang nak ambil saya nanti...teringin nak main lagi

Assalamualaikum..

Wednesday, August 17, 2011

~Love~

Assalamualaikum...

Baru tadi, kumpulan kami bentang poem 'Love'. Agak romantik poem yang dikarang oleh oyan D’Alessandro.
Love is good and Love is bad
Love is happy sometimes sad
Love is nothing Love is all
but into Love we always fall

Love is tainted, but mostly pure
even thoug it's insecure
Love can break your heart in two
Love can make your dreams come true

Love is kissing with sweet embraces
touching all those erotic places
Love is sweet and Love is kind
even though for some is blind

Love is good and Love is bad
Love is happy sometimes sad
Love is nothing Love is all,
yet Love seems can conquer all!

Benda ni mampu mencairkan hati mana-mana lelaki~
Rasa macam nak deklamasi kan kat seseorang ja. Kecuali yag rangkap ketiga la. Haha...


Assalamualaikum..

Tuesday, August 16, 2011

Hati~

Assalamualaikum...

Hati? dalam bahasa Inggeris kebanyakan orang salah translate menjadi heart. Hahaha...heart tu jantung. Liver baru la hati. 

Bicara pasal hati, rasa terharu pula. Sekarang ni hatiku dipenuhi dengan nilai persahabatan. Percintaan pun ada gak. Tapi rahsia la. :p

Sekarang ni, klasmate la yang paling berharga bagi saya sejak berada di maktab ni. Tanpa dorang, saya tak mungkin survive hingga sekarang. Let the pictures say this la...

Gadis berbangsa India yang sering menjadi temanku untuk bergurau...Kodi paling garang, tapi Mayu lebih Ganas~

Hanya Jong yang perasan gambarnya sedang diambil..

Yassin dimakan oleh raksasa 'busu'. Xdak keja len dah...

Nadiah sempat menunjukkan kekiutannya di depan kamera 9MP (ceh, x malu. Yang ni pun nak gitau~)

Jong pun layan~ suka main2 tapi saya suka dia sebagai penolong...

Semua beredar~ tinggallah saya untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik...


That's all for today~ Assalamualaikum..

Monday, August 15, 2011

Rasa bersalah~

Assalamualaikum...

Semalam saya dikejutkan dengan berita seorang yang saya kasihi dan cukup rapat terlibat dalam kemalangan. Teruk juga katanya. Sakit pinggang. Rasa bersalah pula sebab ajak dia balik Penang. Terpaksa la balik berdua ja dengan abang mat semalam. Huhu...sunyi ja dalam keta.

Satu lagi kalau dapat tahu lebih awal boleh la ziarah dia di hospital dengan Abg Mat. Abg Mat pun pi sorang2 x ajak...huhu...ibunya sudah bertanya pasalku. Takpa la, raya nanti dah janji nak pi rumah dia.

Sebelum ni pun dia balik sorang2. Lepas saja dapat junior, dah tak balik dengan dia. Sori....malu nak ajak. Semalaman ni pikir pasal dia. Komfem tengah sakit. Haisshhh....sekarang ni hanya doa mampu diberi..


Assalamualaikum..

Rasa bersalah~

Assalamualaikum...

Semalam saya dikejutkan dengan berita seorang yang saya kasihi dan cukup rapat terlibat dalam kemalangan. Teruk juga katanya. Sakit pinggang. Rasa bersalah pula sebab ajak dia balik Penang. Terpaksa la balik berdua ja dengan abang mat semalam. Huhu...sunyi ja dalam keta.

Satu lagi kalau dapat tahu lebih awal boleh la ziarah dia di hospital dengan Abg Mat. Abg Mat pun pi sorang2 x ajak...huhu...ibunya sudah bertanya pasalku. Takpa la, raya nanti dah janji nak pi rumah dia.

Sebelum ni pun dia balik sorang2. Lepas saja dapat junior, dah tak balik dengan dia. Sori....malu nak ajak. Semalaman ni pikir pasal dia. Komfem tengah sakit. Haisshhh....sekarang ni hanya doa mampu diberi..


Assalamualaikum..

Jeles~

Assalamualaikum...

More facts about me....saya ni sangat kuat cemburu. Tak kira la dalam pelajaran mahupun percintaan, ada ja rasa cemburu yang terlampau. Semester lepas pun kuat gila cemburu pada klasmate. Semester ni dah kurang sikit. Bukan cemburu tu yang kurang, cuma tidak ketara berbanding sebelum ni. Nasib baik ada 4S sebagai konsultants. Thanks a lot you guys~ <3

Semester ni rasa cemburu makin kuat. Tetapi masih dapat dikawal. Jadi kalau tak nak saya rasa cemburu, pandai-pandaila mencemburui saya dahulu~ haha...gurau ja...

Assalamualaikum..

Sunday, August 14, 2011

Cabaran~

Assalamualaikum...

Post kali ni pendek ja. Saya tak boleh 'like', tak boleh 'post', komen belum lagi. Boleh kot. Hahaha....cabaran oh cabaran. Saya tak kisah pun. Demi menjaga hati orang lain. BTW, tak sabar mau pulang ke KL malam nanti~
T.T

Pagi lepas sahur terus keluar ambik gambar~


Assalamualaikum...

Saturday, August 13, 2011

Pulang~

Assalamualaikum...

Semalam, bertarikh 12 Ogos, merupakan tarikh prakeramat. Saya pualng ke kampung buat kali pertama untuk berbuka di sana. Hepi tidak terkata. Mula-mula rancang dengan Abang Mat mau balik jam 3. Tetapi meeting dia berlanjutan sampai jam 5. Terpaksala dia akur. Kami rancang untuk balik 3 orang, semuanya kos sains. Malangnya, abang Shamim dah pulang terlebih dahulu. X aci betoi. Nasib baikla ada sorang lagi budak Penang mau ikut. Budak Math. 

Perjalanan kami tergantung di awal perjalanan. Jem di KL sampai 1 jam. Baru jalan 4 KM dah setengah jam habis. Perjalanan kami penuh dengan gelak tawa. Abang Mat tak habis-habis bergurau dalam kereta. Kesian orang belakang tidak dapat tidur kerana banyak sangat ketawa. Macam-macam perkara yang kami bincangkan. Abang Mat bercadang berbuka di Sg Buloh memandangkan masa di tol jam dah pun pukul 6. Namun saya masih berkeras untuk berbuka di Tapah. Akhirnya kami berjaya tiba di Tapah lewat 10 minit dari waktu berbuka. Dipendekkan cerita, kami makan, solat dan terus blah. Kesian 'A', dia ingat kami dah tinggal dia masa dia tengah solat. Padahal kami parking di tempat lain. 5 minit kami ketawa dalam kereta.

Abang Mat bawak agak laju, tetapi belum setanding dengan abang saya. 3 jam boleh sampai KL. Jam 10.30, akhirnya saya sampai di Juru. The end~

Thursday, August 11, 2011

Kelas di bulan Ramadhan

Assalamualaikum...

Serisuly, kelas pada bulan puasa memang bes tapi agak memenatkan. Waktu rehat sudah dikurangkan, tetapi tidak menjejaskan kami yang berpuasa ni. Agak tertekan sebab banyak kelas saya perlu ganti nih. Haishhhh.....punya la malas. Tanpa membuang masa anda lagi, saya kongsikan beberapa keping gambar di bawah :










Banyak tu ja kali ni....Assalamualaikum..

Tuesday, August 09, 2011

Klasmate~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ni saya diberi ilham untuk perkenalkan klasmate saya kepada pembaca sekalian. Biar saya mula mengikut senarai nama kelas.

Ardie Bin Cakke

Pada mula kami bertemu, nampak kami ni sangat berbeza. Macam tak ngam la. Tapi setelah seminggu berorientasi, barulah saya selesa berkawan dengannya. Sangat berbakat dalam sukan. Saya akui, saya amat cemburu dengannya. Perwatakannya yang agak kool dalam kelas menjadikan dia sangat femes dalam kalangan kami. Sekarang ni, kami bagaikan isi dengan kuku.

Chu seat lee (Kelly)


Antara orang terawal yang saya kenal. Kelihatan sentiasa tenang. Memang perwatakannya tenang tidak kira masa dan di mana. Hanya mampu tersenyum bila melihatnya. Agak selesa bila berkawan dengannya. Semester ini langsung tidak sekumpulan dengannya. Sem lepas ada la.

Elly Wong

Seorang yang sangat kelakar di kelas kami. Bukan sebab dia pandai buat lawak, tapi sebab yang natural. Saya dan Yassin selalu mengusiknya. Nampak garang....(garang ka?) tapi agak peramah. Sem ni banyak satu kumpulan dengannya...

Farahida Ibrahim A.K.A busu


Ulasan kali ni panjang sikit sebab dia ni ahli kumpulan 4S(4Shin Chan). Nampak garanggggg....grrrrrrr....tapi sebenarnya pemarah. Eh, silap eja, peramah. Paling glamer di kelas kami. Dia juga sangat kelakar dan kebanyakkannya spontan jerrr....Dia salah seorang private advisor saya dan juga gossiper aktif. K-pop menjadi kegemarannya...makanan kegemaran Baskin Robin.

Irene


1st time jumpa nampak blur. Dalam keblurannya itu sebenarnya dia ni terrer math. Tu yang saya sangat respect. Boleh jadi seorang guru yang berjaya tapi perlu perbaiki cara berkomunikasi dengan orang semasa presentation.

Jong


Jong, antara chinese girl yang paling femes di maktab. Merangkap penolongku. Nampak macam suka main-main, tapi semasa buat kerja dia la yang paling serius. Juga seorang atlet. Mewakili rumah temenggung semester lepas, sama rumah ngan saya la...Lepas ni kita wakil rumah sama-sama kalau saya layak~

Maiyu A.K.A bendahari kelas


Berwatakan bersahaja. Pantang disebut 'duit', trus tanya pasal duit kelas. Hahaha...gurau ja. Kawan indian saya yang pertama seumur hidup saya.  Bukan agak tapi memang peramah.

Yassin


Pengasas kumpulan 4S. Sangat tenang perwatakannya. Tetapi di sebalik ketenangannya tu macam-macam yang dia fikir. Mempunyai otak seorang jenius. Sangat matang walaupun masih join saya melayan detektif conan dan Shin Chan~ Makanan kegemarannya nasi bujang. Disebabkan itulah dia suka hidup membujang. Agaknyalah....Walaupun berfikiran lebih matang dari saya, dia masih lagi dianggap adik dalam kumpulan 4S~


*Bersambung di Part 2


Monday, August 08, 2011

Tulisan~

Assalamualaikum....

Tulisan? Hurm...apa kaitan dengan hidup ni? Sejak berusia setahun jagung lagi, kita dah diajar menulis. Mula dengan A dan berakhir dengan Z. Sejak kecik lagi, tulisan saya amatla buruk. Ada bakat nak jadi doktor dah masa tu. Hahaha...

Namun begitu, semakin kita meningkat dewasa, semakin banyak pembaharuan dilakukan terhadap tulisan. Daripada dulu selalu gunakan font lapan belas, sekarang dah boleh kurangkan jadi dua belas. Kenapa gunakan italic? Macam tu la tulisan saya sekarang. Masa tingkatan 2 dulu, tulisan saya senget ke kiri. Thanks to kawan punya kakak, saya membuat keputusan untuk menyengetkan tulisan ke arah kanan. Dia bagi tengok buku dia, nampak la tulisan akaknya masa tu. Nampak cantik juga, tapi biasa la....pompuan kan...Selepas itu mulalah berubah font. Jadi la macam dalam gambar di bawah...






Rasanya tulisan masa SPM lebih cantik dan kemas...huhu...mungkin sebab lepas SPM 5 bulan lebih tak menulis. Satu lagi, kalau ada exam kena tulis esei, masa tu la paling seksa. Satu muka tulis, dah lenguh. Hahaha...Dah takdak idea macam mana nak perbaharui lagi. 2 tahun lebih dah guna tulisan ni. Siapa ada idea boleh la kemukakan di komen~

Assalamualaikum...

Sunday, August 07, 2011

Sukan

Assalamualaikum...

Di sini saya ingin berkongsi tentang beberapa sukan yang saya pernah ceburi, dan ada diantaranya saya dikatakan agak mahir la, tapi biasa-biasa ja...

1) Lari pecut
Sejak darjah satu lagi, tiap kali ada sukan mesti saya akan sertai. Dapat la juga pingat. Kadang-kadang perak, kadang-kadang gangsa. Emas pernah la dapat beberapa kali. Akhirnya sampai la ke peringkat daerah tapi kalah. Tak sangka pelari lain tinggi-tinggi belaka.. Sampai la sekolah menengah. Terus berhenti dari sukan ni. Pernah la masuk sekali masa tingkatan 5. Disebabkan lama dah tak berlari, baru sampai 100 meter dah semput. Hehe...

2) Badminton
Bila dengaq pasal badminton, terus teruja. Saya minat permainan ni sejak berusia 4 tahun lagi. Masa tu sudah didedahkan dengan permainan ni. Ayah pula selalu bawa ke dewan bersamanya untuk teman dia bermain dengan kawan-kawannya. Masuk sekolah rendah, saya rajin lawan di kampung. Masa tu mana ada skill2 lagi. Kemudian masa sekolah menengah dah jarang main. Kadang-kadang ja main dengan kawan di seberang. Kalau rajin pergilah kampung di sebelah. Di sana saya agak digeruni la...haha...Lepas habis SPM saya ikut abang saya, yang 10 tahun lebih tua untuk bermain dengan kawan-kawannya di dewan Pajak Song. Ada yang 20-an dan ada juga yang 40-an. Makin tua, makin banyak pengalaman. Kadang-kadang boleh juga menang. Kena tengok juga la partner dengan siapa. Di maktab ni langsung tak pernah main badminton. Jadi saya tidak tahu sekarang saya di tahap mana.

3) Bola sepak
Sukan ni antara sukan yang saya paling minati. Sesuai la untuk lelaki. Macam biasa, mesti mula dengan bola plastik. Dah masuk darjah 3 baru cuba bola betul. Masa darjah 5 dulu, dapat mewakili sekolah, tetapi hanya bermain sebagai simpanan. Haha....at least dapat sijil. Masuk ja sekolah menengah, komfem main sukan ni sewaktu PJ. Selalunya ambil posisi sebagai pertahanan. Boleh relaks sikit. Kemudian, bila dah masuk tingkatan 4, dah dipaksa menjadi penjaga gol. Sangat menyeksakan kerana terpaksa menerpis dan menangkap bola yang kadang-kadang tu amat menyakitkan. Semester lepas GERKO kami bola sepak. Macam biasa, saya akan jadi pertahanan. Nasib baik la tak kena jadi keeper. Hahaha...

4) Tenis
Saya cuba menceburi permainan ini masa semester 1. Mula-mula ingatka mudah. Kalau nak tau, saya boleh servis macam pemain sebenar setelah belajar satu semester. Betapa susahnya nak servis pun. Apatah lagi nak balas pukulan. Credit to Ardie Cakke, kerana banyak memberi tunjuk ajar. Bekas pemain daerah la katakan...Credit jugak kepada En Razali dan sorang lagi partnernya kerana menjadi coach sambilan peribadi saya. Petang-petang kalau turun gelanggan mesti dia ajak lawan. Haha...kalau geng dengan dia komfem menang.

5) Bola baling
Bola baling merupakan permainan kegemaran saya, baru-baru ini. Sebelum ini, langsung tak pernah cuba main. Permainan yang agak mencabar, terutamanya jika anda seorang penjaga gol. Betapa sukarnya nak menerpis bola yang dibaling bertalu-talu. Tapi, entah kenapa, bila ada bola datang, terasa macam badan ni bergerak sendiri untuk menerpis bola tersebut. Harap-harap lepas tamat GERKO bola baling nanti, saya masih dapat mengasah bakat dalam sukan ini. Huhu...


Ada lagi sukan yang belum kasi masuk dalam entry nih. Bola tampar, takraw dan lain-lain. Lepas ni kalau rajin saya sambung la...Assalamualaikum...