Friday, July 22, 2011

Aduh~

Assalamualaikum....

Pagi semalam telah diadakan GERKO bola baling. Kami menganjurkan perlawanan antara kumpulan. Kumpulan saya terdiri daripada 7 orang iaitu saya sendiri(penjaga gol), Aaron(tidak bermain), Ooi Der Chiau(defender), Faez(defender yang bertindak sebagai winger), Akmal(pemain tengah), Rio(penyerang merangkap kapten pasukan) dan Aizat(penyerang utama). 

Melihat prestasi dua pasukan yang bertanding sebelum ini, saya agak takut sebenarnya. Mereka bermain sangat agresif. Kedua-dua pasukan berjaya menjaringkan banyak gol. Adakah kerana penjaga gol yang kurang cekap ataupun penyerang mereka agak professional? Pada pemerhatian saya, kedua-dua penjaga gol iaitu Hazwan dan Arif agak hebat dalam menghalang lawan masing-masih membolosi gol. Akhirnya kumpulan Arif tewas. 

Kemudian tibalah masanya. pasukan kami(pasukan Ayahanda) akan menentang pasukan Dragon. Dengar nama pun dah takut kan? Mereka terdiri daripada Hanan(penjaga gol), Saiful(pertahanan), Syafiq(kurang pasti), Ahmad Izzuddin(pertahanan), Anthon dan Clinton (penyerang). Kesemuanya hebat-hebat belaka. Saya hanya mengharapkan pasukan kami tidak dibelasah dengan teruk. 

Wisel ditiup menandakan perlawanan telah bermula. Penyerang kami terus mengorak langkah ke gawang lawan. Dipendekkan cerita, saya memang tak sangka pasukan saya agak hebat. Suku masa pertama kami berjaya memperoleh 3 gol berbalas 0. Gol kami langsung tak bolos. Mungkin kerana defender kami yang amat hebat iaitu Faez yang juga merupakan bekas pemain sekolah. 

Tapi yang tak besnnya jadi penjaga gol ni......hurmmm......BENGKAK dah ooi!!


6 comments:

NadJoliey said...

Atokkkk eiii! Besar gila bengkak!!!!

zudien said...

baru bengkak di tangan...bengkak di hati sepa la yg tahu...

A!n Syahirah said...

perrgghh.. santek jari ! hehehehe
:P

FarahFoxy said...

xpe..bengkak itu comel~~

NadJoliey said...

sokong farah~~~ haha! bengkak d hati, bgtau laa..

zudien said...

Xpa, bengkak di hati ini sudah diubati~