Friday, July 29, 2011

Anime yang banyak memberi inspirasi~

Assalamualaikum...

ANIME ialah kartun animasi yang berasal dari Jepun. Malaysia sendiri telah mencipta pelbagai kartun tetapi masih belum dapat menandingi kartun dari Jepun. Anime banyak mempengaruhi hidup saya. Antara anime tersebut ialah :-

Slam Dunk banyak mempengaruhi hidup saya terutamanya dalam sukan. Walaupun tidak pernah bersukan, dia boleh menjadi seorang pemain bola keranjang yang agak digeruni. Kemahiran melompatnya juga amat saya kagumi. 





Yu Yu Hakusho. Detektif dunia roh yang terkenal. Wataknya agak sama dengan saya walaupun kedengaran seperti perasan. Hehe...ada sikit sama kan?
Walaupun perangai dia buruk, teman wanita dia masih setia~


Doraemon. Satu kartun yang paling mempengaruhi hidup saya. Saya membesar dengan kartun ini. Kartun ini bisa membuat saya tertawa dan menangis.


*Bersambung di part2

Thursday, July 28, 2011

Hack

salam..
 blog saya baru saja dihack oleh farah...

Saya akan mengupload video terhebat oleh dia~

Wasalam...

Wednesday, July 27, 2011

Thanks!!!

Assalamualaikum...

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbilllion-billion terima kasih kepada sekian-sekian kerana menyambut ulang tahun kelahiran saya pada hari Ahad lalu. Dapat makan di velo sama-sama. Rasanya semester ni kali pertama kita makan beramai-ramai. Hadiah pun dapat~ rasa macam masih kanak-kanak pun ada nih...haha...

Meh nak kongsikan hadiah apa saya dapat. Nama pemberi masih dirahsiakan~

Siapa yang tak kenal watak ni? Sejak kecik lagi saya memang minat. Kali ni kalau saya rindu ko, saya picit ja belakang badan dia...nanti dia tolong nyanyikan lagu Barney~ Aww.....~ sweet~

1st present yang saya dapat. Watak dalam game angry bird. Macam tau-tau ja saya sedang gila game nih. Bleh main baling-baling dalam bilik.

Pergghhhh.....tenang gila tengok benda nih...Kalau stress tengok ni terus hilang. Seriusly... :)
Bha....Stitch. Masa tingkatan berapa ntah saya layan kartun ni. Agak comel dan kebiru-biruan. Pembalut tu biar kat situ sampai nanti ada reunion..ngehehe...



Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada yang terlibat...Rasa macam nak nangis ja walaupun sambut sedikit lambat...

Assalamualaikum..


Sunday, July 24, 2011

Outing

Assalamualaikum...

Semalam, seperti yang dirancang, saya telah pergi ke Sogo bersama Paan(bukan nama real). Ya Allah, punya la ramai di sana. Macam esok nak raya. Mula-mula dah jumpa baju yang berkenan di hati, tapi tak mau beli lagi. Kena cucuk duit dulu. Lepas cucuk duit, baru ja nak ambik baju tu dah ada orang lain ambik. Melepas la sudah~

Susah betul mau beli baju di sogo. Terlalu banyak pilihan sampai tidak tahu nak ambik yang mana. Last2 kami keluar ke Jalan TAR. Makan KFC dlu, pastu baru sambung beli xbleh blah...KFC di sana sangat sempit dan sangat pelik. Macam drive through. Bayar dan order di tempat lain, ambik makanan di tempat lain. Macam menyusahkan ja.

Dipendekkan cerita, Lawatan kami ke sogo berakhir pada jam 5 petang....

Friday, July 22, 2011

Aduh~

Assalamualaikum....

Pagi semalam telah diadakan GERKO bola baling. Kami menganjurkan perlawanan antara kumpulan. Kumpulan saya terdiri daripada 7 orang iaitu saya sendiri(penjaga gol), Aaron(tidak bermain), Ooi Der Chiau(defender), Faez(defender yang bertindak sebagai winger), Akmal(pemain tengah), Rio(penyerang merangkap kapten pasukan) dan Aizat(penyerang utama). 

Melihat prestasi dua pasukan yang bertanding sebelum ini, saya agak takut sebenarnya. Mereka bermain sangat agresif. Kedua-dua pasukan berjaya menjaringkan banyak gol. Adakah kerana penjaga gol yang kurang cekap ataupun penyerang mereka agak professional? Pada pemerhatian saya, kedua-dua penjaga gol iaitu Hazwan dan Arif agak hebat dalam menghalang lawan masing-masih membolosi gol. Akhirnya kumpulan Arif tewas. 

Kemudian tibalah masanya. pasukan kami(pasukan Ayahanda) akan menentang pasukan Dragon. Dengar nama pun dah takut kan? Mereka terdiri daripada Hanan(penjaga gol), Saiful(pertahanan), Syafiq(kurang pasti), Ahmad Izzuddin(pertahanan), Anthon dan Clinton (penyerang). Kesemuanya hebat-hebat belaka. Saya hanya mengharapkan pasukan kami tidak dibelasah dengan teruk. 

Wisel ditiup menandakan perlawanan telah bermula. Penyerang kami terus mengorak langkah ke gawang lawan. Dipendekkan cerita, saya memang tak sangka pasukan saya agak hebat. Suku masa pertama kami berjaya memperoleh 3 gol berbalas 0. Gol kami langsung tak bolos. Mungkin kerana defender kami yang amat hebat iaitu Faez yang juga merupakan bekas pemain sekolah. 

Tapi yang tak besnnya jadi penjaga gol ni......hurmmm......BENGKAK dah ooi!!


Wednesday, July 20, 2011

Planetarium

Assalamualaikum...

Semalam kali pertama kelas kami mengadakan lawatan (not really) ke Planetarium. Agak gembira setelah hari sebelum tu seharian saya menyetelkan segala urusan (bas dan pengecualian kuliah). Agak lega setelah siap. Ooi Der Chiau (mantan ketua kelas) banyak membantu la...
Xmau cakap banyak lagi, upload gambaq-gambaq semalam. 










Monday, July 18, 2011

Haishhh....

Assalamualaikum..

Tajuk entry yang agak pelik kali ni. Saya cuma ingin membicarakan beberapa ketidak puasan beberapa orang terhadap saya. 

Yang pertama sikap saya yang agak 'dingin' rasanya. Bukannya apa, itu memang perangai saya sejak kecil. Bahkan dengan keluarga sendiri pun jarang senyum, apatah lagi kawan-kawan. Kalau nak saya senyum atau tegur anda, andalah yang perlu mulakan. Bak lirik lagu, "Senyum....tak perlu berkata apa-apa.." InsyaAllah, saya senyum ja balik.

Yang kedua, saya harap anda hargailah jasa saya terhadap anda. Saya bukan mengharapkan balasan, cuma sekadar menghargai pun dah cukup. Walaupun tak banyak berjasa...

Assalamualaikum...

Saturday, July 16, 2011

At last~

Assalamualaikum...

Akhirnya, hati dah terbuka untuk mengupdate blog. Bukan saja tak mau update, tiada cerita menarik untuk dikongsikan bersama. Minggu ni dah mula sibuk semula. Sebagai ketua kelas 3ppismp sains, saya rasa saya dah mulai suka jawatan tu. Hahaha....tiada la rasa berat macam dulu. Sekarang ni saya sedang menjalankan misi 4KG....misi ini patut dirahsiakan. Hanya lelaki kelas saya yang tahu. Harap-harap berjaya. Semester ni rasa lebih takut sebab nak kena maintain result. Abang epiey kata siapa yang pegang jawatan ni komfem result turun...Haissshhh.....

Assalamualaikum...

Sunday, July 03, 2011

:(

Assalamualaikum...

Blog ini ditulis spesel untuk seorang kawan saya yang telah banyak berubah. Dia tidak lagi macam dulu. Sikapnya juga membuatkan persahabatan makin renggang. Saya tidak mahu ulas pasal ni. Ikut suka dia la apa dia mau buat....

Penat pi 'shooting'. Tak mahu la tulis panjang-panjang.
Assalamualaikum...

Saturday, July 02, 2011

Ketandusan idea..

Assalamualaikum...

Sori bebanyak sebab lama tak update blog. Kebelakangan ini terlalu sibuk sehingga tidak mampu memikirkan idea untuk menulis apa. Kali ni rasanya cuma ingin berkongsi serba sedikit tentang aktiviti semalam. Semalam saya dan aih vee(bukan nama sebenar) pergi ke tasik untuk ushar awek. Eh, silap, pi tangkap gambar la. Tak percaya? Ni buktinya.

Bakal menjadi seorang fotografer yang berjaya. InsyaAllah...

Sedikit kesengetan..



Sudah tua tapi stamina mengalahkan diriku ini...huhu

Burung bertenggek. Sayangnya tak boleh zoom jauh. Huhu...kena beli lens baru, duit tiada...

Assalamualaikum..