Saturday, June 04, 2011

Telefon kegemaran

Assalamualaikum....

Entri kali ni saya nak berkongsikan sedikit tentang kecanggihan telefon bimbit era ini dan juga merupakan idaman saya. Hehe....


1) Iphone 4
 
Smartphone tercanggih era ini. Design cukup menarik. Tapi yang lebih menarik ialah OS di dalam. Berkamera 5mp saja tapi kualiti macam kamera digital. Pernah mengendalikan telefon ni selama 5 minit ja dan dapat membuat kesimpulan bahawa henpon macam ni tidak mesra pengguna. Sangat susah nak digunakan. Cuma saya sangat minat henfon ni sebab banyak game HD yang disediakan. 

2) LG Optimus 2X


Design dah macam Iphone. Bezanya perisian dalam. Henfon ni dihidupkan oleh Android 2.2 Froyo dan boleh dinaik taraf menjadi Android 2.3 Gingerbread. Kamera 8mp mengalahkan Iphone. Apa yang paling menarik dalam henfon ini terbina Tegra 2 chipset. Chip tersebut membolehkan game-game berkualiti tinggi dimainkan menggunakan henfon ini. Grafik mengalahkan sony PSP.

3) Sony Ericsson Xperia Arc


Tengok design pun dah terpegun. Memang sangat nipis berbanding model lain. Apa yang menarik tentang henfon buatan sony ialah kualiti bunyi yang dimainkan dan juga kameranya. Grafik juga boleh tahan. Setanding dengan telefon lain. Dikuasakan oleh Android 2.3. Berdasarkan pengalaman menggunakan Android, memang puas hati. Cuma kurang mesra pengguna. Susah nak install game dan lain-lain.


4) Samsung Galaxy S II


Henfon keluaran terbaik Samsung. Mempunyai CPU yang paling pantas di dunia buat masa ini. Ia menggunakan perisian Android 2.3 gingerbread. Ia juga dilengkapi memori simpanan dalaman dan juga boleh diupgrade dengan menambahkan memori sd.

5) Nokia N8


Henfon Nokia yang paling canggih pernah dicipta oleh syarikat tersebut. Kameranya saja dah mampu menarik perhatian orang. 12 megapixels dan juga mempunyai sensor yang paling terbesar pernah dipasang dalam telefon. Kualiti gambar yang terbaik jika dibandingkan dengan telefon lain. Kameranya juga ada penapis cahaya. Ia berfungsi untuk menapis cahaya matahari yang berlebihan supaya hasil gambar tidak silau. Menggunakan perisisan symbian^3. Sebagai pengguna symbian selama 5 tahun, saya rasa symbian paling mesra pengguna. Apa yang kurang pada henfon ini cumalah CPU. CPUnya hanya 680mhz.

Sangat berharap untuk memiliki kesemua henfon diatas...hehe...tamak. Ada salah satu pun dah cukup la...

Assalamualaikum...

6 comments:

Ibnu Yunus said...

Ayah saya guna SE Satio, 12 Megapixel jugak. WAKAKAKA, cemburu dengan beliau. Anyway, 'handphone' impian saya adalah Samsung Soul..siot indah rekaan dan perisiannya :)

zudien said...

x pernah dgar pun....satio bagus cuma ia guna os symbian yg lama...yg lain smua ok..

Ibnu Yunus said...

Oh.. pro gila. Bolehlah jadi kaunter pertanyaan ni.. cuba Google Samsung Soul. WAKAKA

zudien said...

Dah cek, model dulu punya....tapi spesifikasi memang mantap...sy bercita2 nak cipta henfon sendiri....5G punya...hehe

farahida ibrahim said...

hp kau hilang kan din..knfem kau da tapau iphone kan!!!

zudien said...

macam mana ko tau? aku dapat henfon besa ja....nokia iphone 3310