Friday, June 03, 2011

Semester 2


Assalamualaikum,

InsyaAllah, kali ini saya ingin merenung kembali detik-detik semasa semester 2 yang lalu. Kebanyakan gambar diambil dari facebook.

Ni masa awal semester. Buktinya semua berambut pendek kecuali Ardie la. Yang tengah tu paling bergaya. Siap dengan  apron sekali.
Masa ni kami on the way ke KFC. Sebab pa ntah. Langsung tak ingat. Utara + selatan = utan
Macam biasa la, waktu dulu kami memang rajin berposing.  Sekarang ni dah jarang, mungkin dah nampak kematangan kami. Hehe...

Masa ni saya sedang berlatih mengajar sains dalam BM. Susah nak ajar sebab murid tak beri tumpuan. Ish3...


Arip tengah install pa ntah kat netbook Jong. Baru saya perasan, waktu tu rambut saya sangat serabai.
Larian 'mesra'. Mesra la sangat~ Kelas kami la nampak paling mesra. 
Rangers sains. Ranger merah mestilah ketua kan? Hehe...ada lagi gambar ranger beraksi, tapi tiada diupload.
Saya cuba menyalurkan tenaga kedalam tembikai supaya lebih senang dipotong...
Besday Arip, saya la yang rasmi kek tuh...hehe....siapa yang beli, dia la yg rasmi...

Tinggal separuh ja kek. Thanks to us, kek berjaya dihabiskan akhirnya.
BerKFC lagi, cuma kali ni lebih meriah.....thanks to Puan Mahzam. 
timing yang x kena...mata pedih...hehe
posing paling mantopppp!!! waktu besday Nadiah plak tuh. Kalau x silap Farah yang blanja kami makan..hehe
Hari perjumpaan 4S. Mula-mula makan baskin robin, pastu sambung makan di KFC. Makan ja aktiviti kami...
Tekun menyiapkan KKBI Bio. Memang gila la, bagi sebulan, tinggal 2 hari baru mula buat.  Saya tak pandai lukis kartun, jadi lukis la anime, lebih  mudah.
X bagi tumpuan dalam kelas...hehe.....susah bila dok belakang..
KFC jerr....sebab apa kami makan di sini? lupa la...saja-saja rasanya.

Baru perasan, bila saya senyum, kelihatan lebih muda 10 tahun. Pasni takmau dah la senyum.
Muram? not in a good mood that time. Sebab pa ntah? rasanya sebab putus....tali kasut. Kih3...


Posing terakhir kali sebelum kami, 4S diberi ujian mengejut oleh Yassin. I always hate test..

Gambar sewaktu kem. Baru perasan rupaku semakin gelap. Mungkin kesan pemanasan global.


Sekian sajalah yang mampu dikongsi. Lepas ni nak upload gambar-gambar masa kecil, kalau berkesempatanlah...

Assalamualaikum...

No comments: