Saturday, June 04, 2011

Nostalgia

Assalamualaikum...

Masa kecik-kecik dulu, saya selalu sangat tengok kartun. Kebanyakan kartun waktu tu semua dalam bahasa melayu. Tu yang best. Ni saya kongsikan kartun yang saya minat masa kecik dulu.

1) Doraemon

Siapa yang tak kenal doraemon? Saya minat doraemon sejak berumur...errrr....mana ingat. Kalau tanya soalan pasal doraemon, senang ja nak jawab. Doraemon dalah bahasa melayu paling bes, waktu dulu la. Sekarang ni suara doraemon dah kurang bes. Minat terhadap doraemon masih x hilang walaupun dah masuk 19 tahun. Saya berjaya download beberapa episod doraemon dalam bahasa Melayu. Susah dah nak cari memandangkan di youtube tidak dibenarkan upload sebab kartun ni dipelihara hak ciptanya. Dah berapa tahun cerita ini ditayangkan di tv. Rasanya dah lebih 20 tahun. Dahsyat..

2) Ultraman


Superhero idaman setiap kanak-kanak. Ultraman diatas ialah dari jenis ultraman jack. Ultraman yang paling sempoi la sebab dia bertukar tanpa sebarang alatan. Pastu bila menang komfem terus terbang. Kesian gak kat pelakon dia sebab terpaksa berpanasan di dalam kostum.  Satu lagi macam mana dia boleh lawan, sedangkan mata sedang bernyala. Tidak silaukah beliau semasa berlawan? Kalau saya ultraman, dah lama sasya bukak kaca mata tuh. Pelik juga sebab semua ultraman simpan rahsia diorang. Diorang tak kasi tau sesiapa pun yang diorang ultraman. Bagus2, sebab diorang tak riak.


3) Maskman ( hikari sentai kalau dlm jepun)


Zaman ni tak panggil power rangers. Panggil maskman ja. Kartun ciptaan jepun. Memang bes walaupun dialih kepada bahasa melayu. Saya masih boleh ingat beberapa scene. Ayah saya pun selalu teman saya tengok kartun ni. Walaupun tak masuk akal, saya tetap tonton jugak. Hehehe...


4) Flashman


Ni pun feveret saya jugak. Baju diorang nampak kelakor bebenor. Saya bes cara diorang guna serangan terakhir guna senjata paling kuat, meriam katak namanya. Raksasa komfem mati sebab terlebih ketawa lepas dengar nama senjata tuh.

5) Mighty morphin power rangers


Power rangers yang paling bes la. Walaupun saya x paham langsung apa diorang cakap, saya masih boleh layan. Saya belajar BI dari diorang la. Saya minat heroin dia, ranger pink. Comel oooo....power ranger lain x minat. Kih3...

6) Dragonball


Kartun ni mula tayang masa nak masuk sekolah dulu dan tamat semasa tingkatan 2 kalau tak silap. Memamng terpengaruh gilar ngan kartun ni. Kadang-kadang tu termimpi dapat super power macam goku. Bila dah terjaga komfem sambung tidur balik dengan harapan dapat sambung mimpi tuh. Kartun yang paling tak logik la. 


7) Sailormoon


Kartun ni lebih sesuai untuk perempuan. Tapi x bermakna laki tak boleh tonton kan? Kartun ni banyak mempengaruhi hidup saya sehingga suatu malam tu saya bermimpi kawin dengan usagi(heroin kartun ni). Baru kawin kejap dah gaduh. Dia ada laki lain la tuh. Hehehe...saya masih ingat lagi tagline dia. "dengan kekuatan bulan, aku akan menghukum mu..". 



Banyak lagi sebenarnya kartun yang saya suka. Malas dah nak taip. Lain kali kita bincang lagi pasal topik ni. Assalamualaikum...

3 comments:

NadJoliey said...

x sangka ko mengaku tgk Sailormoon.. I loike.. hhhahaha.. pernah tgk juga dlu..suma2 yg ko sebut neh..

zudien said...

my feveret tuh...bes tgok masa dia bertukar...hehe

NadJoliey said...

PERGHHH... Masa bertukar lagi tuh!! Gataiii.. Rasanya sy ingat scene itu.. EEE!!!