Saturday, June 25, 2011

Balik~

Assalamualaikum...

 Minggu ini saya balik. Nak ambil printer ja. Habis ja solat Jumaat terus bertolak. Dipendekkan cerita, saya sampai di stesen bas Pudu pada jam 3.30. Saya pergi ke kaunter tiket transnasional. Dia bertanya ke mana saya mahu pergi. Saya jawab Penang. Dia pun terus bagi tiket ke Penang. Malangnya tiket itu ke Pulau dan bukannya ke tempat saya. Malas mahu tukar. Saya buat tak kisah ja. Nanti turun di hentian Juru la. Lagi 2 jam baru bas bertolak. Saya pun duduk la di tempat menunggu. Tiba-tiba datang seorang Pak cik berpakaian agak pelik la. Dia tanya berapa lamakah perjalanan dari Penang ke sini. Kemudian kami terus berbual panjang. Pak cik yang mahu dipanggil abang itu rupa-rupanya seorang pekerja di TV3. Sudah 20 tahun dia bekerja di situ. Dia ada menunjukkan foto-fotonya bersama beberapa artis seperti dato siti dan sebagainya. Dia juga pernah membawa artis melancong dan antaranya nubhan, stacy, dan beberapa orang lagi. Dia mengajak saya membuat kerja 'part-time' dengan tv3 kalau ada kelapangan. Boleh la kot jumpa artis-artis nih. 5 jam dah dapat rm100. Siap boleh ajak member lagi. Tak tahulah sama ada boleh dipercayai atau tak.

Assalamualaikum..

No comments: