Tuesday, June 28, 2011

Suka-suka punya update..

Assalamualaikum...

Dah lama den x update sampai dapat aduan daripada seorang member. Terpaksa gak la den update. Den tidak mahu masukkan apa-apa gambar lagi sebab petang ni baru nak pi snap dengan Paeh. Oh, yeah...dah lama tidak beraksi!!

Assalamualaikum...

Saturday, June 25, 2011

Balik~

Assalamualaikum...

 Minggu ini saya balik. Nak ambil printer ja. Habis ja solat Jumaat terus bertolak. Dipendekkan cerita, saya sampai di stesen bas Pudu pada jam 3.30. Saya pergi ke kaunter tiket transnasional. Dia bertanya ke mana saya mahu pergi. Saya jawab Penang. Dia pun terus bagi tiket ke Penang. Malangnya tiket itu ke Pulau dan bukannya ke tempat saya. Malas mahu tukar. Saya buat tak kisah ja. Nanti turun di hentian Juru la. Lagi 2 jam baru bas bertolak. Saya pun duduk la di tempat menunggu. Tiba-tiba datang seorang Pak cik berpakaian agak pelik la. Dia tanya berapa lamakah perjalanan dari Penang ke sini. Kemudian kami terus berbual panjang. Pak cik yang mahu dipanggil abang itu rupa-rupanya seorang pekerja di TV3. Sudah 20 tahun dia bekerja di situ. Dia ada menunjukkan foto-fotonya bersama beberapa artis seperti dato siti dan sebagainya. Dia juga pernah membawa artis melancong dan antaranya nubhan, stacy, dan beberapa orang lagi. Dia mengajak saya membuat kerja 'part-time' dengan tv3 kalau ada kelapangan. Boleh la kot jumpa artis-artis nih. 5 jam dah dapat rm100. Siap boleh ajak member lagi. Tak tahulah sama ada boleh dipercayai atau tak.

Assalamualaikum..

Thursday, June 23, 2011

gambar HDR






Assalamualaikum...

Tahukan anda apakah yang dimaksudkan dengan HDR? gambar High Dynamic Range membolehkan gambar dilihat dengan lebih detail. Cuba anda bandingkan gambar ini.

Ni gambar sebelum jadi HDR
Ni gambar ditanggap menggunakan perisian HDR camera.

Boleh nampak perbezaan yang ketara bukan? Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kelemahan gambar HDR. Gambar ini akan kehilangan warnanya yang asal. Lihat gambar di bawah.

Sebelum

Selepas..

Ada kecacatan yang ketara berlaku. Inilah kelamahan terbesar perisian ini. Berikut merupakan gambar-gambar lain yang  menggunakan HDR.



Sekian, assalamualaikum...

Wednesday, June 22, 2011

3PP

Salam

Bermulalah tugas sebagai ketua secara rasminya...huhu..1st day pun dah terasa penatnya. Sampai basah baju akibat peluh. Makan pun tak sempat. Kena cari pensyarah di sinun dan sinin.....Tapi keletihanku terubat seketika dengan pengumuman keputusan peperiksaan sem lalu. Saya LULUS....itu sudah cukup membanggakan. Dapat la saya menyambung pengajian di sini. Hehe...

BTW, junior2 kali ni tak ramai. Malas mau komen pasal ni, nanti ada orang kata bukan-bukan plak..kih3...

Wasalam....

Sunday, June 19, 2011

3PPISMP Sains

Assalamualaikum..

perghhh...berhabuk blog den nih. Smalam den penat sangat nak tulis blog pun. Jam 9 bertolak, pukul 3 baru sampai. Nasb baik ada orang teman balik skali, tak la bosan sangat. Sampai ja di maktab, terus kemas bilik. Kali ni dapat rumate yang sama, tetpi bilik yang sedikit dha'if.....syukur...Dah, malas nak tulis pulak. Sambung le kali plakn.

Assalamualaikum....

Thursday, June 16, 2011

Kebingungan

Assalamualaikum...

Bingung......Sabtu dah nak balik. Naik bas pulak tu. Ingat nak naik kereta. Tak jadi naik kereta sebab nak teman kawan balik naik bas sorang-sorang. Barang punyalah banyak. Beg baju ada dua, terpaksa kurangkan menjadi 1. Beg laptop, kamera (mungkin tinggal kamera), dua helmet, kurangkan menjadi 1, kasut lagi, hurm.....macam mana nak bawa balik ni. 

Tu baru satu hal. Satu lagi duittttttt punya pasalllllll....haha....elaun dah abis tapi blom lagi bayar bil wimax. Cepatla masuk wahai elaun bulan 7. Macam2 nak beli nanti...kasut dan segalanya

Hal yang berikutnya tentang sem depan. Siapalah rumate saya tahun depan. Harap-harap yang sekepala...x lupa pula result exam. Boleh lulus ka ntah...tahun depan mesti sibuk. X suka pegang jawatan nih. Harap2 ada orang lain mau menggantikan..

Assalamualaikum...

Sunday, June 12, 2011

3 hari punya percutian







Assalamualaikum..

Khamis- Kami bertolak selambat jam 6 petang. Mula-mula plan mau pergi pagi tetapi saya terpaksa pergi dahulu ke Ipoh untuk mengambil motorsikal kakak. Perjalanan bermula jam 9 pagi dan kami tiba tepat jam 11. Kami singgah di rumah kawan ayah untuk berborak-borak. Diorang hanya bersembang tentang politik. Haha...menarik. Pastu saya dan kawan yang ikut bersama mulakan perjalanan pulang, dengan motor. Mula-mula kami singgah di kedai motor untuk tukar minyak enjin dan sebagainya. Semuanya berjumlah rm42. Habis duit.....:(

Dipendekkan cerita, kami pulang dengan selamat. Perjalananku bermula semula, dan kali ini saya ke Seremban. Kami yang pergi terdiri daripada abang, kakak ipar, anak mereka,  mak cik saya, sepupu saya dan saya sendiri. Dipendekkan skali lagi cerita, kami tiba pada jam 11 malam. Kami bermalam di rumah adik kakak ipar saya. Rumahnya dilengkapi streamyx. Boleh la online free. Rumah tu dekat dengan bandar enstek. Kalau saya pindah ke sana nanti, boleh juga la singgah-singgah di sana.

Jumaat- pagi tu selepas Subuh saya sambung tidur, sampaila jam 11 agaknya. Semalaman tak tidur, nak cover balik la. Lepas tu, kami muslimin bersolat di masjid berdekatan. Sesudah menunaikan kewajiban, kami bertolak ke masjid untuk majlis pernikahan. 

Pengantin lelaki merangkap sepupuku. Sama umur dengan abang. Dulu diorang  kawan baik di kampung. Bertuahnya dia dapat kawin doktor.

Sedang melafazkan akad..gugup

Pengantin perempuan....doktor di mana ntah

Nampak tenang walaupun gugup...seharian berlatih

Awwww.....perkara paling dinanti-nantikan...

Tengok betul-betul, saya bukan fokus pada pengantin tetapi pada orang lain....(mood cair). Rsanya ada hubungan persaudaraan jugak jadi x bleh la....huhu. 24 jam mata x lekang memerhatikannya....kih3...

Malam tu kami pi restoran Haji Samuri. Kali kedua makan memang mantopppp la!!!





Sabtu -
Sedondon...eh, sedindin lagi sedap...



Sayangnya gambaq saya yang tiada....keluarga sebelah bapa mereka...merangkap abang emak saya
 

Wednesday, June 08, 2011

Lagu spesel untuk Nadiah

Assalamualaikum...

Janji tetap janji. Saya buat jugak lagu ni. Dikarang secara spontan ja. Saya hanya mampu tulis lirik ja, nyanyi xtau la...kih3

Penyayi : Belum ada
Lirik oleh : Zudien Jiwang

Bila kau sedih
Aku berduka
Bila kau senyum
Aku tertawa 
Kau tempat ku berkongsi
segala kisah suka duka
Tika malam menjelma
Kopi menjadi teman setia
Kau jua tempat ku bergoli
Oh Nadiah....
Yang ku harapkan
hanyalah senyumanmu yang ikhlas...


Perghhhh....pecah otak jugak nak cipta lagu ni. Lagu ni hanya sesuai untuk ko sorang ja. Kih2...


Assalamualaikum..

Lagu untuk blog

Assalamualaikum....

Kali ini hati telah terbuka untuk meletak lagu di blog. Lagu ni terpilih kerana ia paling sesuai untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini. Pasni nak letak lagu nasyid la. Lagi bes...

Assalamualaikum..

Tuesday, June 07, 2011

7/6/2011

Assalamualaikum...

Hari ni banyak jugak program. Pada jam 12 saya dan member(dirahsiakan) pergi Sunway Carnivall Mall tapi masih belum rancang mau buat apa. Sampai di parking moto sana kami menyimpat helmet di tempat yang disediakan kerana takut pisang berbuah 2 kali...kenapa takut? kan bagus, leh makan lagi pisang. Hehe...benda tu pun ada orang curi...kebulur sangat ka..

Masuknya kami di sana, seperti selalu, kami akan survey kedai Apple. Bes masuk tempat orang kaya tuh...kih3...kebanyakannya orang Cina ja yang jadi pelanggan....dorang kaya. Lepas tu, kami pi tengok wayang. Xmen First class...

Secara keseluruhannya saya bagi 4.5/5 bintang. Professor X memang cool dan stylo. Nak jadi macam dia. Magneto pun hebat, boleh tarik besi dan sebagainya, dan paling hebat dalam menarik perhatian wanita..hehe
Heroin blue la...macam avatar ja. X cun la...(dengan nada kecewa). Benci gilar sorang mamat india yang dapat seat belakang. Mula-mula masuk dah bising. Ingat nak marah tapi kalau gaduh nanti susah plak. Tiada geng nak gaduh. Dorang lebih ramai. Nasib baiklah auntie sebelah berani tegur. Diam dibuatnya.

Lepas habis kami trus pi jalan-jalan. Saya singgah sebentar di watson. Mau beli syampu ngan minyak rambut ja. Malangnya hanya berjaya mendapatkan minyak rambut. Beg plastik pun x dapat memandangkan Penang mengharamkan penggunaan plastik. Malu la nak pegang minyak rambut tu. Nak mintak plastik, jadi terpaksa menggunakan taktik sulit. Dengan mata yang sayu dan nada kecewa.....trus cashier tu bagi plastik. Hehe...mulalah kawanku perasan. Saya pun turut perasan. "Aku kenyit mata kat kakak tu tadi, trus dapat..."

Kemudian, kami pun pulang...malas nak hurai lagi...sekian...

Assalamualaikum..

Monday, June 06, 2011

Entry yang ditunggu-tunggu

Assalamualaikum...

Akhirnya setelah sekian lama blog ini diwujudkan, akhirnya saya berkesempatan untuk mengupload beberapa gambar semasa kecil. Mula2 saya ingin memohon maaf kerana gambar tak jelas sebab scanner tak berfungsi, belum install lagi...ambil guna kamera ja..:(

Rasanya masa ni ada kat Zoo Taiping kot. Ingat warna baju masa tu. Memang hepi tapi xtau macam mana nak ekspres. Sebab tu muram ja. Yang kiri tu kakak no 3...beza setahun ja..

Masa ni dekat taman permainan bersama keluarga. Emak kot yang ambil gambar masa ni. Yang kanan tu kakak no 2. Yang tengah tu mestilah saya...

Saya sedang bergaya dengan kereta pertama buatan Malaysia, Proton Merah Saga..hehe...
Kakak saya pulak menaiki modenas keris....3 tayar...untuk keselamatan..

Gambar ni dah sedikit cacat...edit pun x hilang...hua...nanti  bakal anak saya komfem muka macam ni, kalau ikut bapa la...kui3..Amin..


Banyak tu ja dapat kongsikan...album koleksi gambar saya dah hilang...seharian cari tak jumpa...

Assalamualaikum...

5/5/2011

Assalamualaikum...

Semalam seperti biasa, tiada aktiviti menarik. Teman hang out saya masih belum pulang dari Sabah. Saya meluangkan 4/7 waktu saya bermain 'Megaman Star Force 3 : Black Ace'. Memang menarik game ini sebab rpg. Sebelum ni pun dah 3 judul game ni yang saya sudah habiskan. Petang tu saya teman kakak untuk melatih skill memandu kereta. Dah bertahun-tahun dapat lesen tetapi masih takut nak memandu. Semalam nyaris-nyaris terlanggar pagar jiran. Hehehe...nasib baik saya pantas bertindak...hanya bagi arahan...

Ok la, takat ni saja...ada perjuangan perlu diteruskan...sayonara

Assalamualaikum...

Saturday, June 04, 2011

Nostalgia

Assalamualaikum...

Masa kecik-kecik dulu, saya selalu sangat tengok kartun. Kebanyakan kartun waktu tu semua dalam bahasa melayu. Tu yang best. Ni saya kongsikan kartun yang saya minat masa kecik dulu.

1) Doraemon

Siapa yang tak kenal doraemon? Saya minat doraemon sejak berumur...errrr....mana ingat. Kalau tanya soalan pasal doraemon, senang ja nak jawab. Doraemon dalah bahasa melayu paling bes, waktu dulu la. Sekarang ni suara doraemon dah kurang bes. Minat terhadap doraemon masih x hilang walaupun dah masuk 19 tahun. Saya berjaya download beberapa episod doraemon dalam bahasa Melayu. Susah dah nak cari memandangkan di youtube tidak dibenarkan upload sebab kartun ni dipelihara hak ciptanya. Dah berapa tahun cerita ini ditayangkan di tv. Rasanya dah lebih 20 tahun. Dahsyat..

2) Ultraman


Superhero idaman setiap kanak-kanak. Ultraman diatas ialah dari jenis ultraman jack. Ultraman yang paling sempoi la sebab dia bertukar tanpa sebarang alatan. Pastu bila menang komfem terus terbang. Kesian gak kat pelakon dia sebab terpaksa berpanasan di dalam kostum.  Satu lagi macam mana dia boleh lawan, sedangkan mata sedang bernyala. Tidak silaukah beliau semasa berlawan? Kalau saya ultraman, dah lama sasya bukak kaca mata tuh. Pelik juga sebab semua ultraman simpan rahsia diorang. Diorang tak kasi tau sesiapa pun yang diorang ultraman. Bagus2, sebab diorang tak riak.


3) Maskman ( hikari sentai kalau dlm jepun)


Zaman ni tak panggil power rangers. Panggil maskman ja. Kartun ciptaan jepun. Memang bes walaupun dialih kepada bahasa melayu. Saya masih boleh ingat beberapa scene. Ayah saya pun selalu teman saya tengok kartun ni. Walaupun tak masuk akal, saya tetap tonton jugak. Hehehe...


4) Flashman


Ni pun feveret saya jugak. Baju diorang nampak kelakor bebenor. Saya bes cara diorang guna serangan terakhir guna senjata paling kuat, meriam katak namanya. Raksasa komfem mati sebab terlebih ketawa lepas dengar nama senjata tuh.

5) Mighty morphin power rangers


Power rangers yang paling bes la. Walaupun saya x paham langsung apa diorang cakap, saya masih boleh layan. Saya belajar BI dari diorang la. Saya minat heroin dia, ranger pink. Comel oooo....power ranger lain x minat. Kih3...

6) Dragonball


Kartun ni mula tayang masa nak masuk sekolah dulu dan tamat semasa tingkatan 2 kalau tak silap. Memamng terpengaruh gilar ngan kartun ni. Kadang-kadang tu termimpi dapat super power macam goku. Bila dah terjaga komfem sambung tidur balik dengan harapan dapat sambung mimpi tuh. Kartun yang paling tak logik la. 


7) Sailormoon


Kartun ni lebih sesuai untuk perempuan. Tapi x bermakna laki tak boleh tonton kan? Kartun ni banyak mempengaruhi hidup saya sehingga suatu malam tu saya bermimpi kawin dengan usagi(heroin kartun ni). Baru kawin kejap dah gaduh. Dia ada laki lain la tuh. Hehehe...saya masih ingat lagi tagline dia. "dengan kekuatan bulan, aku akan menghukum mu..". 



Banyak lagi sebenarnya kartun yang saya suka. Malas dah nak taip. Lain kali kita bincang lagi pasal topik ni. Assalamualaikum...

Telefon kegemaran

Assalamualaikum....

Entri kali ni saya nak berkongsikan sedikit tentang kecanggihan telefon bimbit era ini dan juga merupakan idaman saya. Hehe....


1) Iphone 4
 
Smartphone tercanggih era ini. Design cukup menarik. Tapi yang lebih menarik ialah OS di dalam. Berkamera 5mp saja tapi kualiti macam kamera digital. Pernah mengendalikan telefon ni selama 5 minit ja dan dapat membuat kesimpulan bahawa henpon macam ni tidak mesra pengguna. Sangat susah nak digunakan. Cuma saya sangat minat henfon ni sebab banyak game HD yang disediakan. 

2) LG Optimus 2X


Design dah macam Iphone. Bezanya perisian dalam. Henfon ni dihidupkan oleh Android 2.2 Froyo dan boleh dinaik taraf menjadi Android 2.3 Gingerbread. Kamera 8mp mengalahkan Iphone. Apa yang paling menarik dalam henfon ini terbina Tegra 2 chipset. Chip tersebut membolehkan game-game berkualiti tinggi dimainkan menggunakan henfon ini. Grafik mengalahkan sony PSP.

3) Sony Ericsson Xperia Arc


Tengok design pun dah terpegun. Memang sangat nipis berbanding model lain. Apa yang menarik tentang henfon buatan sony ialah kualiti bunyi yang dimainkan dan juga kameranya. Grafik juga boleh tahan. Setanding dengan telefon lain. Dikuasakan oleh Android 2.3. Berdasarkan pengalaman menggunakan Android, memang puas hati. Cuma kurang mesra pengguna. Susah nak install game dan lain-lain.


4) Samsung Galaxy S II


Henfon keluaran terbaik Samsung. Mempunyai CPU yang paling pantas di dunia buat masa ini. Ia menggunakan perisian Android 2.3 gingerbread. Ia juga dilengkapi memori simpanan dalaman dan juga boleh diupgrade dengan menambahkan memori sd.

5) Nokia N8


Henfon Nokia yang paling canggih pernah dicipta oleh syarikat tersebut. Kameranya saja dah mampu menarik perhatian orang. 12 megapixels dan juga mempunyai sensor yang paling terbesar pernah dipasang dalam telefon. Kualiti gambar yang terbaik jika dibandingkan dengan telefon lain. Kameranya juga ada penapis cahaya. Ia berfungsi untuk menapis cahaya matahari yang berlebihan supaya hasil gambar tidak silau. Menggunakan perisisan symbian^3. Sebagai pengguna symbian selama 5 tahun, saya rasa symbian paling mesra pengguna. Apa yang kurang pada henfon ini cumalah CPU. CPUnya hanya 680mhz.

Sangat berharap untuk memiliki kesemua henfon diatas...hehe...tamak. Ada salah satu pun dah cukup la...

Assalamualaikum...

Friday, June 03, 2011

Semester 2


Assalamualaikum,

InsyaAllah, kali ini saya ingin merenung kembali detik-detik semasa semester 2 yang lalu. Kebanyakan gambar diambil dari facebook.

Ni masa awal semester. Buktinya semua berambut pendek kecuali Ardie la. Yang tengah tu paling bergaya. Siap dengan  apron sekali.
Masa ni kami on the way ke KFC. Sebab pa ntah. Langsung tak ingat. Utara + selatan = utan
Macam biasa la, waktu dulu kami memang rajin berposing.  Sekarang ni dah jarang, mungkin dah nampak kematangan kami. Hehe...

Masa ni saya sedang berlatih mengajar sains dalam BM. Susah nak ajar sebab murid tak beri tumpuan. Ish3...


Arip tengah install pa ntah kat netbook Jong. Baru saya perasan, waktu tu rambut saya sangat serabai.
Larian 'mesra'. Mesra la sangat~ Kelas kami la nampak paling mesra. 
Rangers sains. Ranger merah mestilah ketua kan? Hehe...ada lagi gambar ranger beraksi, tapi tiada diupload.
Saya cuba menyalurkan tenaga kedalam tembikai supaya lebih senang dipotong...
Besday Arip, saya la yang rasmi kek tuh...hehe....siapa yang beli, dia la yg rasmi...

Tinggal separuh ja kek. Thanks to us, kek berjaya dihabiskan akhirnya.
BerKFC lagi, cuma kali ni lebih meriah.....thanks to Puan Mahzam. 
timing yang x kena...mata pedih...hehe
posing paling mantopppp!!! waktu besday Nadiah plak tuh. Kalau x silap Farah yang blanja kami makan..hehe
Hari perjumpaan 4S. Mula-mula makan baskin robin, pastu sambung makan di KFC. Makan ja aktiviti kami...
Tekun menyiapkan KKBI Bio. Memang gila la, bagi sebulan, tinggal 2 hari baru mula buat.  Saya tak pandai lukis kartun, jadi lukis la anime, lebih  mudah.
X bagi tumpuan dalam kelas...hehe.....susah bila dok belakang..
KFC jerr....sebab apa kami makan di sini? lupa la...saja-saja rasanya.

Baru perasan, bila saya senyum, kelihatan lebih muda 10 tahun. Pasni takmau dah la senyum.
Muram? not in a good mood that time. Sebab pa ntah? rasanya sebab putus....tali kasut. Kih3...


Posing terakhir kali sebelum kami, 4S diberi ujian mengejut oleh Yassin. I always hate test..

Gambar sewaktu kem. Baru perasan rupaku semakin gelap. Mungkin kesan pemanasan global.


Sekian sajalah yang mampu dikongsi. Lepas ni nak upload gambar-gambar masa kecil, kalau berkesempatanlah...

Assalamualaikum...