Monday, May 16, 2011

Cinta Monyet

Assalamualaikum...

Berikut merupakan kisah cinta monyet aku sewaktu zaman persekolahan dulu. Boleh dikatakan cinta kera la. Tak sampai tahap monyet lagi. 

Waktu tu aku darjah lima. Untuk pengetahuan, kelas aku berkongsi dengan murid darjah tiga. Kelas aku pada waktu pagi dan dia pada waktu petang. Pada suatu pagi yang hening, burung-burung berkicauan, angin sepoi-sepoi bahasa, awan menutupi matahari, bulan tidak kelihatan (bila nak start neh?) semasa aku menyeluk bawah meja aku nampak ada pesanan ringkas. Sebelum ni tiada. Aku pun baca.

"Meja terlalu semak. Kemas la sikit!" Macam len ja ayat ni. Lupa dah...

Aku pun balas la. Tak ingat dah tulis apa. Lepas tu dah tak tulis di bawah meja lagi. Tulis atas kertas ja. Tapi bak kata siti NurHaliza, "cintaku bukan di atas kertas....." Kami pun berbalas-balas surat. Sampai la beberapa bulan. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berjumpa selepas aku habis kelas. Aku pun apa lagi. Sebelum ni pergi sekolah tak pernah berminyak rambut. Kali ni aku beli byrelcream dan sikat ala-ala gaya leonardo dicaprio dalam Titanic(seriusly). Walau bagaimanapun, petang tu aku tak jadi jumpa kerana terlalu malu. Apa boleh buat, first time. Ayah aku pun mengajar di sekolah yang sama. Jadi takut terkantoi.

Masuk darjah 6, aku sekelas dengan kakaknya. Takut juga aku kalau kantoi dengan kakaknya. Waktu ni baru la aku berpeluang untuk jumpa dengannya. Rupa bleh tahan tapi budak-budak kan, taste aku time dulu lain. Hahaha.....

Berakhirlah kisah cinta kera aku...Itu la kali pertama dan terakhir aku jumpa dia.

Waktu di zaman sekolah menengah tiada cinta monyet. Cuma ada cinta bertepuk sebelah tangan. Nak dengar ka?

Waktu tingkatan satu nih, aku masih lagi comel(Perasan). Kelihatan seperti masih sekolah rendah but I don't care. Ada la sorang pompuan ni, putih melepak dan berkaca mata. Aku perasan la dia selalu tengok aku. Mungkin sebab aku comel kot waktu tu(perasan tahap kedua). Aku buat tak tau ja, sebab tak minat pun. Kemudian tiba-tiba aku dengar dia dah pindah. Waktu aku pi tuisyen, aku jumpa budak kelas dia kat sekolah baru. Dia pun cerita la pasal pompuan ni. Rupa-rupanya dia memang memendam perasaan pada aku(perasaan tahap tiga). Sampai di sekolah baru dia tidak lagi berkaca mata. Lawa.....
Tapi waktu tu aku memendam perasaan pada seseorang nih. Aku cari la nombor henfon dia. Akhirnya aku dapat dan ayat bertama aku macam ni. "Hai, leh kenal?"

Jawapan dia sangat menyakitkan hati aku. Memang dia maki perabis la. Budak hingusan la...bodoh la...dan sebagainya. Sampai mau kasi tau ayahnya lagi. Aku senang ja. Aku balas balik la. "Hg cermin diri hg sama. Dah la gemuk(memang gemuk sikit). Lepas tu di kelas aku buat tak tau ja. Haha...Sekarang ni dia selalu kena putus dengan BF dia. Balasan la tuh.

Waktu tingkatan dua berulang lagi. Kali ni dengan orang lain pulak. Macam-macam perkara 'gila' aku pernah buat tapi tak nak cerita di sini, nanti member aku baca malu la...Walaupun masih memendam sesuatu terhadapnya, aku masih mengharap sampai sekarang. Wakaka...

Waktu di maktab...eh, ni pun nak cerita ka? mana boleh...haha...Eh, cerita ja la. Macam menarik ja. Waktu ni la paling banyak cinta bertepuk sebelah tangan. Biasa la, umur sudah meningkat, waktu ni la hormon untuk kahwin makin aktif. Hahaha....Setakat ni ada 3 orang yang aku pendam perasaan nih.(shhhh....rahsia....). Lagu pun ada nih...

"Aku tak tahu antara tiga, pilihan yang nyata......seorang inginkan cinta, seorang lagi inginkan kerjaya...."

Tu ja la kot cerita pasal cinta nih. Lepas ni tulis benda yang lebih berfaedah. Kui3...

Assalamualaikum...


13 comments:

Ibnu Yunus said...

Eih.. kesiannya. Haha. Nddap, ndapa.. kau 'deserve' yang terbaik

zudien said...

pengalaman mematangkan kita...

NadJoliey said...

Tragik neh yg jawab bkin panas.. hahhaha!! tp paling PERGH! juga la statement minat 3 orang 2.. ATOK EEEIIII!!! and I think I can guess those 3~~~ nanti masuk junior, berganda2 la 2..

zudien said...

ko mungkin tau sorang saja....haha...
Harap2 junior tahun depan tiada yang cun...

oh, siapa said...

HAHAHAHAHAHAHA , gila la ko ni . lawak kot HAHAHAHAAHAHHAHA

zudien said...

Oh, siapa, siapakah anda?

NadJoliey said...

manada sorang? OHH!! ada simpanan?? maksudnya lebih drpd 3 suda la neh??? GAHHH.,....

zudien said...

Mana da simpanan...tiga2 ni cuma menjadi harapan jerrrr...itu jerr....

NadJoliey said...

Nda, maksud sy, I have 3 names in mind.. Kalau ko cakap hanya 1 ja sy tau, konfem2 la yang SATU ITU. Ertinya, ada dua yang lain sy x tau.. Maksudnya, ko ada minat 3+2=5, 5 orang d maktab neh!!! sebab yg 2 orang dalam fkiran sy tuh pun orang yg ko minat jua~~~

zudien said...

Mana da....ada 3 orang, tapi ko tau satu ja...sekarang nih

NadJoliey said...

PERGH.. tukar la tuh, ni yg sy bersemangat mau korek rahsia ni.. HAHAHAHAHA!

Ibnu Yunus said...

Cantik gila gambar

zudien said...

Nadiah- try if you can...
Yassin- mesti lambat loading...