Monday, May 30, 2011

30/5/2011

Assalamualaikum..

Pagi- Selepas Subuh, saya sambung tidur. Tak sangka mimpi saya kali ni best. Saya bermimpi kawan-kawan di maktab. Kami pergi berkhemah di dalam hutan. Saya tak ingat secara detail. Tapi ada banyak aktiviti la. Bukan maktab saya saja ada, kawan di maktab sebelah pun join mimpi saya. Tapi ini rahsia. Kih...kih...kih...

Petang- Tiada program. Hanya buat sedikit aktiviti mengemas di luar rumah dan dalam rumah. Aktiviti berjoging di stadium terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. 

Malam- Tiada aktiviti seperti biasa. Plan mahu lepak di Kiosk tapi turut dibatalkan. Tadi ada seekor ular senduk masuk ke rumahku. Terkejut kakak saya yang dalam pantang itu apabila ular tersebut berada dalam biliknya. Sebenarnya ular itu sudah lama berada dalam rumah. Saya sudah terserempak ketika di dalam bilik air. Cuma ingatkan hanya mengkarung kerana hanya nampak ekornya. Nasib baiklah ayah dan saya cepat bertindak. Saya dengan sepantas kilat menangkap ular itu menggunakan tangan, dengan bantuan pisau sabit. Kih3...Ular itu telah ditewaskan dengan mudah. Malangnya kejadian itu tidak sempat dirakam. Huhu...

Begitulah kisahnya....

Asslamualaikum...

7 comments:

Ibnu Yunus said...

PERGH!!! Lawan ular kot :o

zudien said...

Hanyalah seekor baby snake...piece of cake...

NadJoliey said...

mengkarung le 2.. sy pernah nampak bhgn sesungut ja dlm toilet, sy bgtau mama sy sebab ingat itu lipas.. skali mama sy mo try buang, rupanya lipan.. gahhh......

Ibnu Yunus said...

Nadiah: Sama nii.. saya dulu masa tinggal di Tuaran nampak kelibat ular hitam besar dua ibu jari masa tengah mencangkung di tandas.. terus melompat. WAHAHAHA~takut gila

NadJoliey said...

EHEM!!! Yassin, ko buat sy ketawa terbahak2, terlampau detail cerita ko!!! WAKAKAKKAK! "...masa tengah mencangkung.." PERGH... GAHAHHAHAHA!! Memang lucu ingat balik skrg.. tp, masa SEDANG MENGALAMI tu, pergh.. bkin takut...

zudien said...

bagaimana rupa tahi ko msa tu....warna? bau? kih3...terlalu detail..

NadJoliey said...

ASTAGA! DIINNNN!!! xda yg cakap pasal tuh.. Pergh.. Goliii!!! hahahhahha!