Monday, May 30, 2011

30/5/2011

Assalamualaikum..

Pagi- Selepas Subuh, saya sambung tidur. Tak sangka mimpi saya kali ni best. Saya bermimpi kawan-kawan di maktab. Kami pergi berkhemah di dalam hutan. Saya tak ingat secara detail. Tapi ada banyak aktiviti la. Bukan maktab saya saja ada, kawan di maktab sebelah pun join mimpi saya. Tapi ini rahsia. Kih...kih...kih...

Petang- Tiada program. Hanya buat sedikit aktiviti mengemas di luar rumah dan dalam rumah. Aktiviti berjoging di stadium terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. 

Malam- Tiada aktiviti seperti biasa. Plan mahu lepak di Kiosk tapi turut dibatalkan. Tadi ada seekor ular senduk masuk ke rumahku. Terkejut kakak saya yang dalam pantang itu apabila ular tersebut berada dalam biliknya. Sebenarnya ular itu sudah lama berada dalam rumah. Saya sudah terserempak ketika di dalam bilik air. Cuma ingatkan hanya mengkarung kerana hanya nampak ekornya. Nasib baiklah ayah dan saya cepat bertindak. Saya dengan sepantas kilat menangkap ular itu menggunakan tangan, dengan bantuan pisau sabit. Kih3...Ular itu telah ditewaskan dengan mudah. Malangnya kejadian itu tidak sempat dirakam. Huhu...

Begitulah kisahnya....

Asslamualaikum...

Saturday, May 28, 2011

Hari pertama cuti

Assalamualaikum...
Hari pertama cuti agak membosankan. Aku gagal menggunakan nikmat masa lapang dengan baik. Pengisian bermula lepas solat Jumaat. Balik saja solat jumaat aku hanya bermain PES2011. Semalam final champion league dan aku dah menang pun..kemudian jam 6 baru la ada aktiviti. Aku pi stadium untuk berjoging. Ajak la member sorang ni...aku dah habis 4 pusingan baru la dia datang. Pastu aku sambung lagi 3 pusingan. Memang puas hati la kali ni. Niat hamba nak berjoging sambil cuci mata berjaya. Memang hasilnya memberangsangkan semalam...kih3...ramai sungguh muslimah yang ingin menguruskan badan....

Balik berjoging terus ku singgah di kedai mamak. Order itu milo ais, tapi teh ais yang sampai. Mamak tak paham bahasa melayu ka? Lepas isya' aku blank. Tidak tahu apa nak dibuat. Aku hanya berkeliaran di dalam rumah mencari sesuatu untuk mengisi masa terluang tapi gagal. Nak online tak boleh....aku ada juga pi ghost hunting dengan kamera aku. Miss Dayang cakap boleh tapi tiada pun....aku snap banyak-banyak satu pun tarak jumpa.....Mungkin kena buat blog pasal benda lain nih...Hari ni aku pi tengok kungfu panda in 3D. Ada jugak la benda nak buat....anyway, tiada langsung gambar dalam entry nih, almaklumla....henfon dah dikebas orang, susah nak ambil gambar di mana2...

Assalamualaikum,...

Thursday, May 26, 2011

Penat~

Alhamdulillah....
 Saya tiba di rumah tepat pada jam 8.30 malam. 2 jam naik kereta dengan ayah, kemudian dia meninggalkan saya di Tapah untuk membawa pulang satu lagi kereta kakak yang perlu dibawa pulang untuk diservis. Penat drive sampai 2 jam 30 minit. Kereta berjenama perodua Viva berkuasa 1000cc saja tapi mampu memotong mercedec...gila laju saya bawak!!! 

Itu saja kot nak kongsi, nantikan blog baru saya!

Assalamualaikum...

:'(

Assalamualaikum....

3 MINGGU!!! Pergh...lama gila..mana tahan..sedih gilar. Terpaksa meninggalkan kawan-kawan especially 4S. Walaupun 4S kurang menjalankan aktiviti kebelakangan ini, saya tetap SAYANG 4S!! 

Cuti ni ingat mau buat satu blog baru. Tapi belum tahu nak buat pasal apa. Rasanya nak buat blog tentang hantu. Tengok la try snap-snap gambar kat mana-mana, balik periksa la. Mungkin boleh jumpa jugak. Hari tu dah pernah tertangkap sekali, jadi mungkin boleh jumpa lagi. Miss Dayang cakap, kamera 14MP dan keatas boleh mengesan hantu. Hehe...Jom try...
Atau ada cadangan lain? gambar binatang diseksa?(saya pun x sanggup), gambar makanan?(sedap..)
atau gambar lelaki macho malaysia?? kui3

Assalamualaikum..

Wednesday, May 25, 2011

perghhh...

Assalamualaikum...

Berita mengejutkan...HENPON GUA HILANG BEB!!! Baru ja guna dua tahun...masih laku lagi tuh... :(

Gambar-gambar dalam tu la yang berharga...x sempat copy lagi...macam mana mau kasi tau parents...mati la gua...

Assalamualikum..

Huhu

Assalamualaikum...

Patutla dari tadi tak boleh studi. Memang timing tak kena la. Waktu paper sains 2 pulak la penyakit datang. Patutla dok pening dari tadi. Nak studi apa pun tak boleh. Harap-harap esok pening hilang. Badan masih panas. Harap-harap tidak menjejaskan prestasi masa jawab exam nanti. Waktu tingkatan 4 dulu pun saya demam ketika jawab paper bm. First time dapat B oooo...huhu...susunan muka surat jawapan pun jadi tak betoi. Habis kena marah....

Assalamualaikum..

Monday, May 23, 2011

Plan untuk cuti

Assalamualaikum

InsyaAllah, dalam masa beberapa hari lagi akan bermulanya cuti hujung semester. Berkuatkuasa pada 28 Mei 2011 cuti akan bermula. Tapi saya mungkin akan minta cuti lebih awal iaitu pada hari Jumaat. Hehehe...jangan jeles. Antara program yang akan diisi pada cuti ini ialah :

  1. Menaikkan berat badan 2kg dengan menambahkan jadual makan.
  2. Menyihatkan badan dengan berjogging di stadium sambil mencuci mata...kih3
  3. Menyibukkan diri bermain dengan anak buah.
  4. Menonton beberapa movie dengan kawan(itu pun kalau disponsor)
  5. Menyiapkan tugasan yang diberi oleh Dr Faridah(banyak lagi gambar yang belum dibuat)
  6. Meningkatkan kemahiran fotografi
  7. Menghafaz 1 juzuk Al-Quran kalau boleh(please remind me of this).
  8. Kurangkan mengonline(itu pun sebab terpaksa).
Kesimpulannya bila buka semester baru ni akan ada diri saya yang 'baru' la. Itu ja target saya untuk semester ini.

Assalamualaikum,,

Sunday, May 22, 2011

The power of google translator

Assalamualaikum

Ni entry lepas yang digoogle translate kan...klakar..

There are a few facts about me that made my friends do not believe. The fact is also supported by some evidence but not included here. 

CAUTION!
YOU WILL BE POSSIBLE shriek OUT TO phlegm.

  1. I strongly eat. One day when the rumahla tu, I will eat several times so the watermelon stomach be unanimous. Often I would spend for food at home. Surely you do not believe it? Agency still maintains. There is a secret behind it.
  2. I am 19 years old. Ha, this is one more fact that hard people want to believe. Ic instructions if not, should remember those still in school. If you want to watch a puppet show 18 have to be willing not ic. Ish3 ... Common la, younger ladies ... do not Jar.
  3. I am a man who likes to be alone. X believe it? school hours if you go down anywhere I will be alone. Feel more comfortable moving? xlah, because nothing that I am willing to close ngan.
  4. I love to sing. seldom hear me sing it? la, la ... shame x nice voice. He asked all the time. It feels too much I know. Sometimes karaoke pi ngan friends. Hehehe ...
  5. I'm single. Seriusly, ni la the fact that I most like, and many do not believe (perghhh. .. have you being laughed until wet dekah laptop screen). True la, 10 people asked, already answered, but all x believes. These people must be answered like this:
        • Uish, xkan la kot ...
        • Planners must hang ni ...
        • Hang jiwang been xdak the maw?
        • There awek but kui3 September ....


Many ja tu la kot. There are more but I have forgotten. Remember my order, Believe your friend before these people lost confidence in you. Assalamualaikum ...

Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, walaupun baru dihimpit beberapa perkara yang menyakitkan hati, ada juga berita gembira untukku. Saya bakal menjadi Pak Cik buat kali kedua. Tahniah diucapkan kepada kakak saya yang baru saja melahirkan seorang anak lelaki yang sihat walaupun tidak cukup bulan. Mestila anak lelaki akan ikut jejak langkah Pak Cik mereka. Sekarang saya dah punya dua orang anak saudara lelaki. Ada geng la nak tengok bola lepas nih...Oh yeah!!

Assalamualaikum..

Topik Sampingan

Assalamualaikum

Girls are too sensitive..discuss

Assalamualaikum..

The shortest entry ever!

Saturday, May 21, 2011

Assalamualaikum...

Kali ni bagi salam dekat tajuk lagi. Kali ni hanya mau bincang sedikit pasal persahabatan. 
Salah satu kebaikan bersendiri ialah anda tidak akan melukakan sesiapa. Berbanding mempunyai banyak kawan, anda mungkin akan melukakan hati mereka tanpa anda sedari. Oleh itu, saya memilih untuk bersendiri mulai dari sekarang supaya tidak akan melukakan sesiapa lagi. 

Sekian, assalamualaikum...

Friday, May 20, 2011

Percaya

Assalamualaikum

Ada beberapa fakta mengenai diri saya yang membuatkan kawan-kawan saya tidak percaya. Fakta tersebut juga disokong oleh beberapa bukti tetapi tidak boleh disertakan di sini. 

AWAS!!
KEMUNGKINAN ANDA AKAN KETAWA TERBAHAK-BAHAK SAMPAI KELUAR KAHAK.

  1. Saya kuat makan. Satu hari tu kalau di rumahla, saya akan makan berkali-kali sehingga perut jadi sebulat tembikai. Selalunya saya yang akan menghabiskan makanan di rumah. Pasti anda tak percaya kan? Badan still maintain. Ada rahsia di sebaliknya.
  2. Saya sudah berumur 19 tahun. Ha, ni lagi satu fakta yang susah orang nak percaya. Kalau tak tunjuk ic, mesti orang ingat masih sekolah. Kalau nak tonton wayang 18 punya mesti mau tunjuk gak ic. Ish3...Biasa la, awet muda...jangan jeles ladies.
  3. Saya seorang lelaki yang suka menyendiri. X percaya kan? waktu sekolah dulu kalau pergi mana-mana pun saya akan berseorangan. Rasa lebih selesa bergerak? xlah, sebab tiada yang sudi rapat ngan saya.
  4. Saya suka menyanyi. Jarang dengar saya menyanyi kan? ala, malu la...suara x sedap. Tanya la semua lagi lama. Rasanya banyak juga yang saya tau. Kadang-kadang pi karaoke ngan kawan. Hehehe...
  5. Saya single. Seriusly, ni la fakta yang aku paling suka dan ramai tidak percaya(perghhh...mesti anda sedang ketawa berdekah-dekah sampai basah skrin laptop). Betul la, 10 orang tanya, dah jawab tapi semua x percaya. Mesti diorang jawab macam ni :
        • Uish, xkan la kot...
        • Mesti hang tipu ni...
        • Hang jiwang pun xdak orang maw?
        • Ada awek tapi sep....kui3


Banyak tu ja la kot. Ada lagi tapi saya dah lupa. Ingatlah pesanan saya, percayailah rakan anda sebelum diorang hilang kepercayaan terhadap anda. Assalamualaikum...


Kalaulah saya ada power macam ni...

Assalamualaikum...

Pernahkah anda terfikir mau ada super power? Jika saya diberi peluang menerima super power, antara power yang akan saya pilih ialah :-

  1. Pandai tanpa belajar(kalau belajar jadi bodoh kot, terbalik..).
  2. Boleh baca hati orang(especially girl la...hehe).
  3. Boleh terbang sama laju dengan kapal air asia(boleh la hantar kawan balik Sabah).
  4. Boleh nampak dalam(jangan salah faham...maksudnya boleh nampak isi kandungan buku tanpa buka buku tersebut. Bolehla baca buku di kedai secara percuma. Hehehe...
  5. Lebih cekap mengira daripada Casio fx570 natural display.
  6. Lebih kacak daripada mercedes benz mahupun ferrari.(power ka nih)
  7.  Power untuk rasa bersyukur atas nikmat yang Allah beri.

Jika boleh pilih salah satu, akan ku pilih pilihan yang no 7 ja...hehe...bersyukurla dengan apa yang kita ada.

Assalamualaikum...

Thursday, May 19, 2011

Top Pic of Mine

Assalamualaikum

Kali ini den nak kongsikan gambar-gambar feveret den. Nampak indah di mata sendiri, di mata orang, siapalah yang tahu.

Kenapa den suka gambar ni? Sebab nampak keakraban laki2 kelas den...Waktu ni rambut den pendek...

Gambaq ni memang nampak lain..nampak suci ja muka...hehe

Gambar ni pun den suka sebab.....sebab....emmm.....nampak smart! pada mata sendiri la..

Sampingan ja nih....den sayang anak buah eden....I luv you...

X suka pun gambar ni....nampak gedik ja...
Den ada kenangan buruk ngan gambar ni....ada sorang kawan fb....'gay'..
minat kat den pa...bengong punya orang...
Den sayang gambar ni....ada minah  fb dari indon puji eden...kui3...kawan bek den kat sebelah tu...rindu
Gambar ni pun feveret gak la...time ni kami ada program merdeka. Malam tu tetiba terlintas mau buat rambut spiky. First time tuh....ada pompuan trus ushar...kui3...perasan...
1000 kali bergambar pun xkan dapat macam ni. Gambar den paling sayang.  Walaupun hanya posing main2 time nih. Credit to Yassin..my bes photographer. Den suka satu lagi sebab macam Yusuke Urameshi dalam Yu Yu Hakusho
Gambar ni yang kedua den sayang. Gambar ni diambil selepas  penat berlari dan den x mekup langsung time ni. Hehehe...1st time x sikat rambut.
Den suka gak gambar ni. Kantoi belek gambar ni masa kelas Miss Dayang. Siap suruh tunjuk kat dia lagi..Ish3
Pizza Hut.........delicious...

Indah di mata sendiri....di mata anda? anda yang nilai
Entri kali ni semua gambaq eden ja. Entri yang berikutnya eden akan summarisekan semua gambar yang berlaku masa semester dua nih.

Assalamualaikum..

Wednesday, May 18, 2011

Bahaya

Assalamualaikum...

Diariku telah dinodai~ wakaka...
Lepas ni kena berhati-hati semasa menulis entri...
Biarkan apa yang ditulis dalam blog ini menjadi rahsia antara saya dan anda. Boleh?





Assalamualaikum...

~Baru~

Assalamualaikum...

Blog berwajah baru....yang paling ketara gambar aku la...Hahaha...besar gila. Sekali mau buka page ni dah guna 10MB barangkali. Ramai tegur gambar tu. "Kenapa muram ja?" Ala, tengah 'kontol' la kononnya...wakaka...
Mesti ada yang tertanya-tanya siapakah gadis bertudung biru di belakang. Jawapannya,.....biarlah rahsia...wakaka...x kenal pun. Salah seorang pelanggan KFC waktu tu tapi boleh tahan...haha...
Wallpaper pula gambar biji kopi. Tujuannya supaya Nadiah tak rasa mengantuk kalau baca blog ni. Hahaha....

Assalamualaikum...

Monday, May 16, 2011

Cinta Monyet

Assalamualaikum...

Berikut merupakan kisah cinta monyet aku sewaktu zaman persekolahan dulu. Boleh dikatakan cinta kera la. Tak sampai tahap monyet lagi. 

Waktu tu aku darjah lima. Untuk pengetahuan, kelas aku berkongsi dengan murid darjah tiga. Kelas aku pada waktu pagi dan dia pada waktu petang. Pada suatu pagi yang hening, burung-burung berkicauan, angin sepoi-sepoi bahasa, awan menutupi matahari, bulan tidak kelihatan (bila nak start neh?) semasa aku menyeluk bawah meja aku nampak ada pesanan ringkas. Sebelum ni tiada. Aku pun baca.

"Meja terlalu semak. Kemas la sikit!" Macam len ja ayat ni. Lupa dah...

Aku pun balas la. Tak ingat dah tulis apa. Lepas tu dah tak tulis di bawah meja lagi. Tulis atas kertas ja. Tapi bak kata siti NurHaliza, "cintaku bukan di atas kertas....." Kami pun berbalas-balas surat. Sampai la beberapa bulan. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berjumpa selepas aku habis kelas. Aku pun apa lagi. Sebelum ni pergi sekolah tak pernah berminyak rambut. Kali ni aku beli byrelcream dan sikat ala-ala gaya leonardo dicaprio dalam Titanic(seriusly). Walau bagaimanapun, petang tu aku tak jadi jumpa kerana terlalu malu. Apa boleh buat, first time. Ayah aku pun mengajar di sekolah yang sama. Jadi takut terkantoi.

Masuk darjah 6, aku sekelas dengan kakaknya. Takut juga aku kalau kantoi dengan kakaknya. Waktu ni baru la aku berpeluang untuk jumpa dengannya. Rupa bleh tahan tapi budak-budak kan, taste aku time dulu lain. Hahaha.....

Berakhirlah kisah cinta kera aku...Itu la kali pertama dan terakhir aku jumpa dia.

Waktu di zaman sekolah menengah tiada cinta monyet. Cuma ada cinta bertepuk sebelah tangan. Nak dengar ka?

Waktu tingkatan satu nih, aku masih lagi comel(Perasan). Kelihatan seperti masih sekolah rendah but I don't care. Ada la sorang pompuan ni, putih melepak dan berkaca mata. Aku perasan la dia selalu tengok aku. Mungkin sebab aku comel kot waktu tu(perasan tahap kedua). Aku buat tak tau ja, sebab tak minat pun. Kemudian tiba-tiba aku dengar dia dah pindah. Waktu aku pi tuisyen, aku jumpa budak kelas dia kat sekolah baru. Dia pun cerita la pasal pompuan ni. Rupa-rupanya dia memang memendam perasaan pada aku(perasaan tahap tiga). Sampai di sekolah baru dia tidak lagi berkaca mata. Lawa.....
Tapi waktu tu aku memendam perasaan pada seseorang nih. Aku cari la nombor henfon dia. Akhirnya aku dapat dan ayat bertama aku macam ni. "Hai, leh kenal?"

Jawapan dia sangat menyakitkan hati aku. Memang dia maki perabis la. Budak hingusan la...bodoh la...dan sebagainya. Sampai mau kasi tau ayahnya lagi. Aku senang ja. Aku balas balik la. "Hg cermin diri hg sama. Dah la gemuk(memang gemuk sikit). Lepas tu di kelas aku buat tak tau ja. Haha...Sekarang ni dia selalu kena putus dengan BF dia. Balasan la tuh.

Waktu tingkatan dua berulang lagi. Kali ni dengan orang lain pulak. Macam-macam perkara 'gila' aku pernah buat tapi tak nak cerita di sini, nanti member aku baca malu la...Walaupun masih memendam sesuatu terhadapnya, aku masih mengharap sampai sekarang. Wakaka...

Waktu di maktab...eh, ni pun nak cerita ka? mana boleh...haha...Eh, cerita ja la. Macam menarik ja. Waktu ni la paling banyak cinta bertepuk sebelah tangan. Biasa la, umur sudah meningkat, waktu ni la hormon untuk kahwin makin aktif. Hahaha....Setakat ni ada 3 orang yang aku pendam perasaan nih.(shhhh....rahsia....). Lagu pun ada nih...

"Aku tak tahu antara tiga, pilihan yang nyata......seorang inginkan cinta, seorang lagi inginkan kerjaya...."

Tu ja la kot cerita pasal cinta nih. Lepas ni tulis benda yang lebih berfaedah. Kui3...

Assalamualaikum...


Sunday, May 15, 2011

Hurm...

Assalamualaikum...

Entah kenapa kebelakangan ini ceramah agama yang aku dengar semua mempunyai tajuk yang berkaitan cinta dan perkahwinan. Adakah ini kebetulan atau ada hikmah di sebaliknya? Mungkin lepas ni terus ambil kursus kahwin. Lepas ni senang la sikit kalau nak kahwin.

Nak fokus pun x boleh selagi memikirkan pasal hal-hal nih. Apa-apa pun, harap boleh LULUS untuk sem depan.

Assalamualaikum..

Saturday, May 14, 2011

Awas! Entri membosankan~

Assalamualaikum...

Awas, jangan baca entri ni kerana amat membosankan dan juga mengandungi unsur-unsur keperasanan. Hanya suka-suka :)

Pernahkah anda jatuh cinta pandang pertama? Pernah kan????? Komfem la pernah....Begitu juga dengan saya.
Saya 'cair' dengan sorang nih. Kejadian berlaku pada Khamis lalu.

Jam menunjukkan pukul 6 petang. Saya dan Arif terus bergegas ke stesen bas, lalu menahan beberapa buah teksi. Satu teksi pun tak mau berhenti. Akhirnya setelah 15 minit menanti dapat juga teksi jenis Proton Saga. Dipendekkan cerita, saya dah sampai di Stesesen bas Pudu. Pergi saya ke kaunter Transnasional. Saya berjaya mendapatkan tiket jam 8.30. Lama lagi nih. Tanpa segan silunya saya main laptop di depan orang ramai. Niat hati nak online, tapi tiada wifi student di situ. Yang lain semuanya berpassword.

Jam sekali lagi telah menunjukkan pukul 8.30 malam. Bas yang bakal saya naiki kelewatan. Jadi saya terpaksa menunggu lagi. Di sini lah kisahnya bermula. Semasa tunggu ni ada la sorang pompuan dok sebelah, sheksi la jugak, but not my taste, asyik main dengan rambut ja. Pastu guna kamera depan fon untuk picit jerawat, rasanyalah. Malas nak toleh tengok. Nun dekat di sana, saya terpandang seorang muslimah yang perghhhhhh.....lima bintang saya bagi. First time la perempuan yang saya rate dapat lima bintang. Sebelum ni paling tinggi pun dapat 4 bintang setengah (ka empat setengah bintang?). Sesekali saya terpandang wajahnya, dia pandang balik. Ok, main tengok-tengok ja. Ingat mau ambil gambar senyap2...wakaka....jahat. Takut nanti dia kata stalker plak. Waktu nak tunggu bas di depan bas, saya berdiri di sebelahnya, mana tau, kot-kot dapat chance. Saya sedikit kecewa bila tengok dia asyik memegang henfon dan berSMS. Komfem ngan bf dia nih. Tapi takpa, saya sambung mengusher. Semasa menunggu bas juga, saya bertemu dua orang sahabat baru. Sorang muka macam Awal Ashaari, dan sorang lagi macam 'blur' ja. Naiknya kami di atas bas, kami duduk betul-betul di belakang pompuan tadi.

Rupanya yang sorang ni seusia dengan saya dan merupakan bekas student KISAS. Dia kenal la beberapa orang member saya. Semasa di atas bas, AA (Awal Ashaari) cuba la mengorat pompuan tuh. Macam mana ntah ayat dia. Haha....direject. Kemudian AA rekemenkan saya. Tak berapa dengar ayatnya. Dia mengangguk tanpa segan silu. Saya jua yang malu. Lepas tengok reaksinya, semua pakat buat hal masing-masing. Sahabatku semua tidur. Saya hanya mampu melelapkan mata sebentar. Mungkin sebab petang tu dah tidur. 4 jam setengah perjalanan, akhirnya saya tiba ke destinasi. Jam 2 pagiiii!!!!!!! Kami berpisah di Tol Juru, di mana kami terpaksa ditransitkan ke bas lain. Huhu.....

Bosan kan? Saya dah bagi amaran tadi jangan baca. Kui3x....
Nanti kalau rajin saya tulis novel pasal nih. Boleh la dapat paling kurang 200 muka surat kot.

Assalamualaikum...


Jodoh

Assalamualaikum..

"Jodoh tidak datang bergolek..." kata seorang ustad. Kebanyakan orang menyalah tafsirkan pernyataan bahawa " jodoh sudah ditentukan Allah". Jodoh pun macam rezeki, walaupun Allah dah tetapkan rezeki kita, kita perlulah berusaha untuk mendapatkannya. Bagi kaum Hawa bolehlah mereka menunggu lelaki masuk meminang, tapi kaum Adam tidak boleh menunggu perempuan yang masuk meminang. Hurm...

Malas nak hurai panjang2.....

Assalamualaikum...


Thursday, May 12, 2011

Diriku begitu berharga~

Assalamualaikum....

Saya sangat bersyukur sebenarnya dapat mengikuti kursus perguruan di IP Teknik sebenarnya. Sebelum ni, saya tak pernah rasa diri begitu dihargai sewaktu zaman persekolahan dulu. Dulu, saya low profile ja. Kawan saya tak ramai dan ada plak perempuan, dah satu sekolah 5 tahun tapi masih tak tahu nama saya. ish3...
Cikgu pun ada la beberapa orang (3-4 orang) ja yang kenal saya tapi kenal pun masih silap panggil nama saya.
Senior lagi la. Sorang pun saya tak kenal dan mereka juga tak kenal saya. Tapi ada la beberapa senior pompuan yang kenal dan suka ganggu saya. Tu pun sebab diorang kawan kakak saya.

Sampai saja di IPT ni semua itu berubah. Saya punya kawan yang ramai dan baik-baik tak kira kos apa....
Saya punya senior yang baik-baik dan macam abang sendiri la...kalau jumpa ja mesti tegur dan bertanya khabar...x kira la sem berapa...even ydp sem lepas dan sem ni...semua baik-baik belaka dengan saya...
saya punya lecturer yang sentiasa tanya pasal kelas...dan kali ni ramai yang ingat nama saya....


Sori xdak penutup...malas mau tulis..

Assalamualaikum..

Wednesday, May 11, 2011

Pilihan

Assalamualaikum...

Cuma nak cakap, lebih menguntungkan menjadi kawan saya berbanding jadi orang yang saya suka (kekasih). Jangan salah faham pulak, tiada tujuan tersembunyi saya menulis entri ini. Bak kata pepatah, berkasih biar satu, berkawan biar beribu. Jika diberi dua pilihan sama ada kawan atau kekasih, saya akan memilih kawan dahulu. Pada saya kawan lebih berharga. 



Assalamualaikum...

Tuesday, May 10, 2011

10 Interesting facts about me V3

Assalamualaikum...

Kali ni den nak berkongsi perkara menarik ja pasai den. Xdak lagi benda buruk-buruk. Antaranya :


  1. Den suka dan cinta teknologi macam henfon, komputer dan gajet2 lain.
  2. Den ni mudah suka pada seseorang, dan juga mudah melupakannya, kecuali den betoi2 suka la.
  3. Den ni pemarah dan pendendam, tapi den juga mudah memaafkan.
  4. Den suka pada haiwan terutamanya kucing. Pernah bela 14 ekor kucing sekali gus. Den juga suka pada orang yang penyayang pada kucing.
  5. Den suka makan petai walaupun bau dia PERGHHHH!!! lagi kuat daripada one drop perfume. 12 km pun masih boleh bau.
  6. Den tak pernah kawan dengan perempuan sehinggalah den masuk maktab. Mungkin sebab den ni pemalu waktu sekolah dulu.
  7. Den suka memancing. Tak kira la segala jenis memancing termasuk memancing ikan dan memancing awek.
  8. Den suka minuman panas. Den jarang minum ais sebab tekak den sensitif. Senang sakit tekak.
  9. Den paling sayang anak buah den yang sorang nih. X sangka den rupanya seorang yang penyayang. X sabo nak ada anak sendiri.


  10. last but not least, den minat pasai hantu-hantu nih. Selalu nampak hantu waktu dulu. Tapi tak mau la mintak supaya jumpa ngan hantu..
Tu saja pasai den ni. Pasni den cerita perkara yang tak menarik pulak pasai den.

Assalamualaikum..

Monday, May 09, 2011

About me...v2

Sebenarnya saya tak nak kabor pasal diri sendiri, sebab lebih banyak yang anda tahu pasal saya, anda akan dapati saya jenis yang membosankan. Tajuk entry dah pun ditulis, jadi apa leh buat....

  • Saya suka tengok anime jepun...naruto, bleach, doraemon dan sebagainya...childish kan??? 
  • Saya kaki tengok wayang....tiap2 kali cuti komfem jejakkan kaki ke wayang beberapa kali..(kuar ngan laki saja ok??)
  • Saya kuat makan....x caya?? tanya la keluarga di rumah. Sekali makan nasi tambah 3 kali. X gemuk pun?? jangan jeles...sy sendiri xtau sebab apa..
  • Saya tak pernah kapel di sekolah mahupun di mana-mana....(sbb x laku)
  • Saya sangat minat politik walaupun membosankan...tapi keadaan x mengizinkan...masih belajar kan...
  • Saya minat bersukan walaupun tiada bakat...(lompat2, main bola, lari2...main badminton dan tenis)
  • Saya pernah masuk wad ketika melawat orang sakit di hospital...jatuh longkang hospital, memalukan..)
  • Saya sangat sensitif...kalau kena marah, sure x tegur dah.
  • Saya tidak memounyai kawan ramai yang sebaya di kampung...tapi kawan saya ramai di kampung sebelah....cuma semuanya berumur dalam lingkungan 5-16 tahun...

Banyak tu ja kot setakat ni...nantikan 'About me v3'...

Assalamualaikum..



Penigkatan~

Assalamualaikum...

Setelah meletakkan sedikit usaha, aku berjaya menambahkan berat badan. Sekarang dah 51kg....haha..
Waktu cuti nanti komfem la naik lagi 2kg. Sikit lagi mau potong berat Nadiah. (Jangan terasa, gurau sja bha....)
Doakan saya berjaya!

Assalamualaikum,,,

Sunday, May 08, 2011

Please~

Assalamualaikum...

Exam makin dekat. Mood study belum datang. Waktu macam ni la perlukan seseorang untuk memberi inspirasi. I am really needing some moral support. :'(


Sekaian,
Assalamualaikum...

Pesanan

Assalamualaikum

"Kahwin kerana Allah, bukan kerana nafsu"

Seseorang berpesan kepadaku. Ingin ku hurai sedikit sebanyak tentang nih.

Nabi saw bersabda:

1. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana kehebatan dunianya , Allah hanya menambah kehinaan padanya.

2. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana hartanya, Allah hanya menambah kepapaan kepadanya.

3. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana keturunannya, Allah hanya menambah kerendahan padanya.

4. Sesiapa yang mengahwini wanita hanya kerana untuk menjaga pandangannya, memelihar farajnya atau untuk menyambung silaturrahim, Allah akan memberkati lelaki tadi pada isterinya dan memberkati isterinya pada lelaki tersebut."

Sebagai seorang muslim, tujuanku berkahwin adalah seperti nombor 4. InsyaAllah.....

Assalamualaikum...

Saturday, May 07, 2011

Entry ketiga

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, aku dah agak keputusan yang aku buat pada beberapa bulan yang lalu merupakan pilihan yang amat tepat sekali. Tenqiu Foxy dan Joliey sebab terus menasihati saya supaya buat keputusan tuh. " Although he/she forgets me, I can't still forget him/her. Because you know why? Friendship last forever."

InsyaAllah, selagi hayat masih dikandung badan, aku takkan berhenti membantu kawan dan mendoakan mereka. 

Satu lagi pesanan untuk seseorang nih...
Bak kata Betty- "A heart breaking isn't always as loud as a bomb exploding.. Sometimes it can be as quiet as a feather falling.. And the most painful thing is, no one really hears it, except you.."

"If you lose hope in other people, then they will lose hope in you. However, if you continue to love them and be there for them, then they will always be there for you."

Aku copy ja benda nih...tapi sesuai dengan keadaan ni la...xpa kan? hehe


Assalamualaikum...

Mood Sedih :(

Assalamualaikum...

Life is so weird. No matter how hard I try, people still don't like me. 



Awwww~

Assalamualaikum...

THANKS Nadiah!!! From no hope to 20%....that's enough for me...

Satu lagi, HATE you Nadiah!!! berani ko remove sy!!

Assalamualaikum...

(Pendek gilarrrrrr entry nih!)