Saturday, April 02, 2011

Kalah~

Assalamualaikum,,,

Pagi tadi kami ada tournament bola sepak. Aku telah diletakkan di kumpulan F. Tiada pemain 'STAR'. Semua pemain biasa ja. Dan ada yang tak pernah bermain bola. Kami hanya bergantung pada kapten, yang ada pengalaman dalam arena bola sepak.

1st game kami menentang pasukan 'kaki PES'. Aku memang dah target kalah, tetapi sungguh x disangka-sangka, kami seri. 2nd game plak kami menentang pasukan Arif, yang semuanya terdiri daripada kaki bola...sungguh x adil. Walaupun baru rehat 5 minit, kami teruskan perlawanan dengan mereka. Kali ni aku bermain kurang 'garang' berbanding tadi. Sudahku kerahkan segala kudrat dalam perlawanan sebelumnya. Akhirnya, kami tewas 4-1. 

Lepas bermain, kakiku kejang kedua-dua belah. Aku x kisah sangat sebab kami sudah terkeluar dari pertandingan. Kemudian kami dikejutkan dengan kekalahan kumpulan satu lagi. Ini menandakan kami akan berlawan untuk suku akhir. 

Aku terpaksa mencari pengganti disebabkan kakiku. Shamsul pilihan yang ada. Aku hanya mampu melihat pasukan aku 'dibuli'. Apa kan daya, aku x mampu berbuat apa-apa. Mereka sangat mengharapkan aku dapat turun semula ke mantap untuk mengawal bahagian bawah kerana defensive playku yang mantap(kata sesetengah orang la...)

2nd time aku memaksa diriku bermain dengan kaki yang kejang. Banyak jugak serangan yang ku patahkan tetapi nasib tidak menyebelahi. Kami tewas  juga. Kami sedar pasukan kami sangat lemah pada bahagian serangan. Tiada langsung striker. 

Itu saja pengalaman aku kali ni....len kali aku akan tunjukkan skill sebenar aku main bola...permainan aku tidk menjadi tadi...huhu

assalamualaikum...

No comments: