Saturday, April 30, 2011

Kelemahan...

Assalamualaikum...

Akhirnya, aku dah sedar...
aku dah jumpa...
2 kelemahan TERBESAR aku...
1) Malu bertanya kalau tak faham
2) Lambat faham...cepat lupa..
eh, 3 sebenarnya...

Masa di sekolah dulu pun macam ni, tapi syukurla time F5 trus berubah...bukan buang sifat malu, tapi ada ramai kawan yang bantu. Sebab tu keputusan aku sangat baik time F5 berbanding F1 sampai F4. Dorang la faktor kejayaan aku, bukan sebab aku pandai, tapi sebab dorang rajin membantu aku...Thanks!!

Assalamualaikum...

Thursday, April 28, 2011

Hurm...

Assalamualaikum...

Perasaan ini....
Makin lama, makin menjadi-jadi...
Rasa semakin berjauhan....
Semakin renggang....
Semakin terpisah....
Macam ada penghalang...
Untuk kami bersama....
Entahla....

Assalamualaikum..

Wednesday, April 27, 2011

USRAH

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, tadi kami ada usrah, dan bertajuk 'Please Evaluate Me'. Orang yang evaluate saya ialah naqib saya sendiri, iaitu abang Ayub dari sem 3 PISMP PBM. Antara komen beliau ialah :-

  • seorang individu yang baik tetapi cuba kerapkan diri ke surau untuk solat berjemaah. (Ulasan sendiri : Memang jarang ke surau...hehe...hanya pergi untuk maghrib saja. Lepas ni cuba pergi dengan lebih kerap. InsyaAllah..)
  • mempunyai personaliti yang menampakkan seorang muslim yang sejati. Boleh menggunakan kelebihan tersebut dalam berdakwah pada rakan sebaya. (ulasan : InsyaAllah, saya cuba menyampaikan segala ilmu yang ada kepada kawan2...dan tegur apa yang salah..)
  • cuba tonjolkan diri dalam bidang dakwah sebab karakter seorang pendakwah itu sudah nampak dalam diri. (ulasan : betul ka???? niat memang ada tapi ilmu belum cukup...)
Banyak lagi sebenarnya yang perlu diperbaiki. Pendapat seorang baru, blum lagi dari orang lain....

Assalamualaikum...

USRAH

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, tadi kami ada usrah, dan bertajuk '

Tuesday, April 26, 2011

26 April 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Jam 6.30pg, aku terus bangun untuk Solat Subuh. Sebelum tu dua kali aku terjaga iaitu pada jam 2 pagi dan 4 pagi namun gagal untuk stay. Lepas solat subuh ada la beberapa aktiviti. Kemudian sempat online kejap. Penat kem belum habis lagi...

Kelas mula jam 10.30, kelas Puan Sab. Di kelas, kami lebih banyak sembang memandangkan kami sudah menghabiskan semua topik. Dia juga menyerahkan semula kertas test 2. Malangnya aku sebab mendapat markah yang sangat rendah, macam x pernah belajar pun. Mungkin sebab aku confius. Malam sebelum test, aku bukak nota daripada pelbagai sumber sehinggakan ada kekeliruan. Aku tak dapat pastikan mana satu sumber yang betul dan mana yang salah. Hurm....test je pun....xpa... :(

Pastu kami rehat sampai jam 2.30 dan sambung kelas basic math. Kami cuma menjawab soalan kuiz yang diberi sebelum ini. Bosaaaannnnnn sebab tak dapat nak jawab...haha...Ada pesanan untuk Foxy, mintak izin jika nak lalu lain kali...hehe...

Kelas kami bersambung di E19 kot. Kelas speaking oleh madam Limby. Kami kena berucap...perghhhhh3x......(dalam kumpulan). Antara ahli kumpulan aku ialah candice, Foxy dan Jong(tiada)...Kami mengundi bagi orang yang akan mewakili kumpulan untuk ke depan. Foxy sangat bertuah kerana terpilih. Kemudian MLBY datang....Betullah kata orang, malang x berbau. Undian dibuat semula dan aku terpilih. You owe me one Foxy~. Ingat mau present yang oral dulu tapi macam tak menarik. Jadi pilih tajuk baru. Gagap gugup semua ada....masih tak boleh buang...huhu

Itu saja kot, nak video? ada...jap2..
upload fail....sori...

Assalamualaikum....

Sunday, April 24, 2011

Sakit...

Assalamualaikum...

Dah hampir genap seminggu bahuku sakit. Tiada tanda-tanda mahu baik pun. Rasanya memang agak serius. Sakit sangat time bersin, batuk dan lari. Langsung xleh buat push-up dah. Huhu...terpaksa henti daripada latihan bina otot. Hehehe....Balik Penang nanti baru pi check kot. 

Aku dikejutkan pagi tadi dengan berita sedih yang menimpa sahabatku. Dia terpaksa pulang ke Johor dengan segera disebabkan toknya meninggal. Al-Fatihah....Sabarla wahai sahabat....
Jadi aku terpaksa berpisah dengannya selama beberapa hari. 

Gambar untuk majlis semalam belum pun diupload lagi. Tunggu ada kesempatan....

Assalamualaikum..

Friday, April 22, 2011

22 April 2011

Assalamualaikum....

Pagi tadi secara tidak sengaja, saya tersedar lagi jam 3. Terjaga pun sebab mimpi hantu. Memang menakutkan. Mungkin sebab saya tidur atas lantai tanpa alas. Memang panas tidur atas katil. Niat mau pergi ke tandas, tapi disebabkan mimpi tersebut saya membatalkan niat saya. PENAKUT!!

Kelas Puan S******** kembali seperti biasa. Kelasnya memang bes. Dia baik tetapi sedikit tegas. Macam mak saya la. Miss her.

Sekarang ni kami di perpustakaan, dan tidak tahu nak buat apa. Duduk di sebelah So, tetapi kehadirannya bagai tidak dirasa. Senyap ja...haha

Mengenai masalah dulu, mungkin belum jumpa penyelesaiannya. Tapi ok la sebab ada kawan-kawan support dari belakang...

Assalamualaikum....

Thursday, April 21, 2011

Masalah...

Assalamualaikum...

1st time jumpa...
Masalah yang tiada jalan penyelesaiannya....
:(

Assalamualaikum...

Wednesday, April 20, 2011

Dugaan

Assalamualaikum....

Ya Allah, besarnya dugaan ni!!!

Ya Allah, bantulah hambaMu ini.....



Assalamualaikum...

:)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah....
Berjaya bangun jam 4, 30 minit lebih awal dari semalam
Sangat tenang rasanya waktu-waktu macam nih
Waktu macam inilah kita paling dekat dengan Allah....

Macam-macam bunyi pelik saya dengar masa pergi tandas. Saya x peduli. Niat dah mau pergi, mesti pergi jugak. Harap-harap esok pun boleh bangun awal...Amin...

Assalamualaikum...

Tuesday, April 19, 2011

Hepi dan unhappy dalam satu masa...

Assalamualaikum....

Pagi tadi macam biasa kami ada PJ. Awal-awal lagi Arif sudah datang ke bilikku untuk pergi bersama. Sampai saja di astaka, kami terus berlari. Peluh setimba. Kemudian, kami masuk ke gim. Ada alat senaman untuk menguji kekuatan otot. Diorang cabar saya. Jadi apa lagi? Coba la...Try2 tak berjaya. Jadi cuba sekali lagi. Kali ni hampir berjaya apabila tiba-tiba saya dengar bunyi tulang bergesel. Tangan kanan saya terkehel. Trus saya lepaskan tangan dari alat tuh dan trus mengerang kesakitan(secara diam2..) Tangan masih boleh digerakkan tapi sangat2 sakit bila cuba angkat sesuatu dan juga buat push up. Satu push up pun saya x mampu buat. :(

Kemudian saya mengelolakan ujian ketahanan otot. 2 ja aktiviti yang kami buat. Langsung x bes. Then, kami ada ujian koordinasi. Lantun bola pada sasaran. Tanganku sakit tapi rasanya masih boleh bertahan. Jadi saya teruskan jua..Sampai giliran saya, saya dengan selambanya baling ke dinding. Rasanya berjaya buat hampir 30 kot dan mengenai sasaran. Dah selalu main game basketball di arcade tp belum pernah buat highscore

Ujian seterusnya melantun bola guna kedua2 tangan. Susah gilar!!! Saya nda pernah main basketball ooo.....cuma layan slamdunk ja...bes anime tuh. Badan pendek, memang x sesuai main bola keranjang. Seterusnya kemahiran menggelecek. Yang ni Paling Susah!!!!
Ditambah lagi dengan halangan, kena guna kedua-dua belah kaki. Paling lemah kaki kiri. Catatan masa pun biasa ja. Kalau player bola komfem lagi laju. 

Ayat pertama yang saya dengar lepas habis ujian neh "Din, I hate you!"
Sampai hati Ran ko marah boyfriend ko sendiri....mentang2 la saya dah jadi kecil(conan). Sob3x....

Terkejut saya bila dengar kena lontar peluru. Dengan tangan yang sakit nih, macam mana mau baling? Ala, lantakla....baling saja. Nasib baik guna bola pompuan. Xla berat sangat. Tapi masih boleh baling. Ewi la paling manang! 9.5m!!!! Dahsyat gila!!! 

Habis ja PJ ada ELP klas Mdm S*******. Lama kami tunggu dia. Yang xbes nya saya pula yang ditanya 'stupid question'(katanya la padahal soalan memang killer). Kalau bab ingat-mengingat ni memang la sy paling lemah :( 

Pastu ada kelas madam L**. Tiada aktiviti menarik. Badan pun penat. Mata dah beberapa kali terlelap. Time balik tu madam tanya, "Why are you looking so tired?". Owh, PJ madam....dia paham. Balik tu cuba tidur tapi x berjaya. PANAS macam OVEN la bilik saya. 

Ada plak kelas Mdm C****. Saya mau duduk di barisan kedua depan sebelah kanan. Tapi Arif ajak duduk bawah pendingin hawa. Saya tolak tetapi dia berkeras. Member punya pasal terpaksala...Masuk ja Ran dia jeling2 tajam. Mesti marah sebab ambil port diorang. Sori!!!!! Skali skala cuba la rasa duduk di tempat lain. Cari pengalaman. Bak kata pepatah, "Jauh pemandangan luas pengetahuan." Datang plak Farah untuk memujuk Arif. Tapi Arif berkeras. Komfem xkan dapat. Saya hanya mampu melihat.....
Aktiviti listening yang sangat.......xtau adjektif apa yg sesuai neh...
Kemudian, Ran dijemput untuk conduct nyanyian. Merdu suaranya....tapi lagu kurang menarik...


Panjang diari saya....boleh buat esei sudah....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah....

Assalamualaikum....selamat pagi...

Berjaya bangun jam 4.30pg dan tiada rasa mengantuk. 
Pasni cuba bangun macam ni setiap hari, 
cuma sunyi ja time pi tandas.....
jangan plak ternampak lembaga2 di luar...haha
pasni x berani dah bangun awal...

Assalamualaikum...

Monday, April 18, 2011

No Facebook

Assalamualaikum...

X sampai hati tengok pompuan menangis....len kali cover2 la sikit depan aku....

Owh, tujuan sebenar aku tulis entri ni cuma nak kasi tau nak stop men FB. Cuba sampai habis exam. Kalau boleh...InsyaAllah...malam ni last

Assalamualaikum....

Tensyen!!!!

Assalamualaikum....

Tertekan!!!

Tertekan!!!

Tertekan!!!

Tertekan!!!

Tertekan!!!

Habis lerrrr.....spoil my mood.... :(

Assalamualaikum...

Sunday, April 17, 2011

I wonder....

Assalamualaikum...

Ku mencari........
Apa yang aku mahir
ku mencari.........
Apa kelebihan aku
ku mencari......
apa yang ada pada aku dan tiada pada orang lain
ku mencari......
diri aku yang sebenar
ku mencari.......
segalanya

I need your help to find all these.....why? because you are my trusted friends...

Assalamualaikum..

Saturday, April 16, 2011

It's time

Assalamualaikum...

Sori la entry langsung x berwarna-warni. Saya jenis yang suka nampak kemas. Pergh!!! perghhh!!! perghhhhh!! Trademark baru saya lepas nih.

It's time...for what???

Masanya telah tiba untuk saya ubah cara saya memandangkan exam hampir tiba. (takut.. :( )
Anda akan lihat diri saya yang lebih serius, berbanding dengan sebelum ni. Terlalu banyak bermain-main. Terasa otak makin lembap dari hari ke hari. Berbanding waktu sekolah dulu, senang ja nak paham benda yang baru belajar. Sekarang dah kurang, ambil masa yang panjang plak tuh. Jeles tengok orang lain yang dapat mengajar kawan-kawan yang lain.... :(

I'll change!!! That's a promise. I will start on this week.

Assalamualaikum...

Friday, April 15, 2011

KuRuS

Assalamualaikum...

Kurus. Pedihnya kata-kata Puan G******. Tapi xpa...haha. Saya sangat kuat makan. Kalau kat rumah tu mesti makan nasi sampai 5 kali satu hari. Tapi metabolisma badan ni terlalu tinggi. Jadi tiada kesan kalau makan banyak pun. Tapi saya tak kisah. Sebab kalau tengok ayah dan abang, dulu-dulu diorang memang kurus. Tapi selepas kawin terus berisi, dalam masa yang singkat. Kesimpulannya, nak gemuk cepat kena kawin cepat!

Assalamualaikum...

Wednesday, April 13, 2011

Great day!




Assalamualaikum...

:-)

Hepinya saya hari ni. Entah kenapa?? Pagi tadi ada kelas ELP Reading. 2 kumpulan bentang. Kumpulan 3 dan kumpulan 1. Kumpulan 3 diketuai oleh Yassin.
No slide....memang dahsyat gila....SPONTAN JA. Yassin banyak membantu...

Kumpulan aku jugak turut bentang. Arif dan Ardie keluh-kesah kerana kumpulan kami tidak buat pun  power point. Masa inilah aku diperlukan. Nasib baik 2 minggu lepas aku sudah buat power point untuk soalan tu (saja buat sebab terlalu bosan). Buat pun ala kadar saja....

2nd round 

Kali ni kumpulan Nadiah plak bentang. Ni gambar depa...


Video pun ada nih!!


WAKTU ELP MDM C****

Bad news for A***. Dia silap buat  summary. Dia persalahkan O** dan D** sbb x kasi tau...Rasanya sudah bagitau dalam kelas dulu...banyak kali dah. "Ada kawan pun x guna...." katanya. That's okay for me. Tapi kali ni saya membalas. "He wasn't paying attention in class, madam...". Madam bersetuju. Sori A***. I'm just joking at that time. :)

WAKTU PJ

PJ!!! Saya suka waktu PJ.....kali ni kami kena bentang lagi....pasal daya tahan otot dan kekuatan otot. Time saya bagi penerangan komfem kurang jelas. Xtau nak terangkan macam mana. Hurm...nasib baik Puan N***** banyak membantu. Segarang2 beliau, blom pernah lagi marah sy. 

Banyak aktiviti kami buat tadi. Bes time juggle. Senang ja rupanya. Thanks Ardie atas tunjuk ajar ko selama ni!!! Kami jugak main lompat2 dalam gelung. Seperti biasa, saya akan sekumpulan dengan Arif. Sehati sejiwa la katakan.....(GOLLLIII!!). Tiba2 nampak Nadiah teduduk, terhantuk rasanya. Tu la, gemo la ko!!! X berhati2...

Last but not least, kami lawan lari pecut tadi. Kecewa saya sebab pendek sangat jaraknya. X sempat nak pecut pun dah sampai ke penamat. :( Masa yang dicatatkan pun kurang memuaskan sebab sy rasa sy boleh buat lebih baik tadi. Tapi tetap bersyukur, pemenang2 untuk lari tadi ialah Saya dan Ardie bagi kategori lelaki, dan Jong bagi kategori wanita. Catatan masa saya dan Ardie ialah 2.7 saat dan Jong 3.2 saat. 
Saya memang suka lari pecut ni. Especially baru2 ni lepas layan EYESHIELD 21. Bes gilarrrr!!!!!(walaupun kebudak2an..)

Sekian saja entry kali ni. Nasihat kali ni : . Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat,tiada nur baginya.(Riwayat Termizi)

Assalamualaikum...



Tuesday, April 12, 2011

My true self....

Assalamualaikum....

Semua yang saya lakukan dalam kelas, langsung x menggambarkan sifat sebenar saya. Kalau diingat kembali zaman persekolahan dulu, itulah sifat sebenar saya. Pendiam, malu bertanya, kalau x paham diam ja....juga tak suka bersosial, lebih suka menyendiri. X suka pegang jawatan, memang x nampak langsung ciri2 seorang pemimpin. Kat rumah pun sama ja. Diam ja sorang2, terperap dalam bilik. Mesti parents xtau macam mana perangai saya di sini. 

Rasa lebih selesa kalau diam. Kalau boleh esok cuba jadi 'serius'. Akan nampak lebih matang terutamanya di mata wanitas( wanita dipluralkan). Mengikut kajian saya, memang perempuan suka lelaki matang. Kan3???
I will learn to be more matured.... 

Nasihat kali ini : "  Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan iaitu wanita(isteri) yang solehah. "
(Riwayat Muslim)

Kelas ELP

Assalamualaikum

Hari ni kena present untuk ELP....aku dah agak mesti aku terkelu time present. Not enough preparation..(Semalam layan Eyeshield 21 smpai jam 2). Jeles aku sama Yassin, Nadiah dan Ewi. Presentation dorang memang perfect. Bila la aku dapat jadi macam depa. 10 tahun lagi mungkin......
Henfon kehabisan bateri. Jadi x dapatlah upload gambar dorang...huhu...sabo je la....nnt try cari dalam internet...haha


Nasihat kali ini : "Mulakanlah setiap pekerjaan dengan niat."

Assalamualaikum..

Monday, April 11, 2011

Entri untuk Nadiah lagi~

Assalamualaikum....
Tolong presen tu kira ko tolong buat kerja la tuh....ingatlah pepatah melayu, "orang memberi kita merasa". Sama jugak "Orang buat kita tolong presen." (Lain bunyinya)

Saya sayang loghat saya. Can't live without it. Harap kawan-kawan memahami. Anda faham ka apa yang saya cakap di dalam kelas selama ni?? Kalau x faham boleh saja saya ubah....

:-)
Very happy today!!!


Assalamualaikum...

Entry hanya untuk Nadiah...orang lain jangan baca...

Assalamualaikum...


SORRRRIIIIIIII!!!!

Sepatutnya saya kasi tau ko apa mau dibuat.....saya selfish...memang tamaha sorang-sorang....saya buat pun sebab masa terlalu banyak dan tiada kerja lain mau buat.....tiada niat lain...nak mendapatkan nama or what...



Assalamualaikum...

No Idea...

Assalamualaikum....

Minggu ni paling bes!!! keluar ngan member Penang dan juga member maktab. Thanks guys sebab sudi keluar!!! Peristiwa semalam masih x dapat kulupakan. Hari ni pun ada perempuan cuba mengambil kesempatan keatasku. Mana maruahmu wahai kaum Hawa?  Dalam keseronokan itu ada juga kerja yang belum disiapkan. BM Kon dan Sintaksis. Susah jugak la mau cari video yang dikehendaki. 3 hari baru jumpa. Tambah lagi dengan drama Maths....huhu...no idea la....

Nasihat kali ini :" Lupakanlah budi yang kamu lakukan kepada orang lain."

Assalamualaikum...

Saturday, April 09, 2011

Alhamdulillah....

Assalamualaikum,...

Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk bertemu rakan2 sekolah lama. Rindu sangat kat depa. Dah 1 bulan x jumpa...haha
Memang bes hari ni, tapi ada juga perkara yang merosakkan mood hepi saya. Ni ada gambar2 kami di sana..kami berempat, tapi seorang dah pulang masa bergambar.

Menunggu KTM....dengan Farhan. Xla bosan sangat.

Pelik la pulak rambut baru saya nih...huhu...miss my hair...

Nemo live action!

Member2 nemo pun ada,..

MERAH gila undang ni!!! macam dicicah sos...

Ikan bermata merah, tampak garang

just keep swimming...

Just keep swimming...

Sedap x digoreng??

kawaiiii!!!

Kucing ni comel!!! Nadiah, mesti ko akan terpegun....

Ni pun comel gak...sempat ku meramas bulunya,..lembut bak sutera.

ni la kucing paling comel saya pernah jumpa...rm3000 lebih harganya..bulunya sebijik macam kapas

Paan dan Naufal....tinggal saya di belakang...huhu

Pay more, earn more...

Pai lagi....ish2..

kelabu ler.....

ni pun sma, x sempat posing

Gambar elok sebab cameraman professional,...


Smart kan??? hehe

Ni pun...I lyke...

Posing x jadi..haha

Gila ke hapa nih???

Sesi mencuba pakaian...

Lagi skali....haha

Posing pelik...




Assalamualaikum...

Entry buat Nadiah~

Assalamualaikum....

Penat melukis, ini ja hasilnya.....Nadiah versi separuh kartun...

Haha.....COMEL kan??? aww~
Gambar asal....


Nasihat kali ini...."jamulah orang ramai dengan makanan dan minuman anda, dan jangan sekali-kali mengungkit tentang apa yang telah anda berikan pada perkara maa’ruf."

Selamat beramal!!

Assalamualaikum....


Friday, April 08, 2011

Sunyi....

Assalamualaikum...

Saya sangat sunyi.... :(
Rumate? Owh, dia pulang...
Jiran? Juga pulang ke Pahang...
Hanya bertemankan bayang2 sendiri.....

Nadiah sedang tidur....(Awal bha....). Patutlah tiada entry baru di blognya. 
Aktiviti kami malam ni...pi TESCO

Time nak buat U-Turn lepas gunting rambut....depan velo ja nih

Isyarat kekanan, menandakan saya akan membelok ke kanan....

Tembikai cap TESCO....pilihan kami

Arif (di kiri) konfius mau pilih tembikai yang mana....las2 saya yang pilihkan...


Sekian, assalamualaikum...

Update~

Assalamualaikum.....


Jumaat                                                                                                                                        8/4/2011


Skema plak entri aku....haha
Macam biasa, hari ni memang bes...tapi x sebes semalam. 

say cheese!!! no, hamburger!!!

Apa yang membuatkan Nadiah tersenyum....CANTIK Nadiah bila senyum....

Cikgu Ooi mengajar tentang otak.....pening kepala otak kami...


Lupa plak, Nadiah benci satu kumpulan ngan aku..Sori Nad, japgi saya tukar ahli kumpulan ngan orang lain...




sikit saja gambar yang aku ada...nnt update lagi..Sila bersabar!!


Assalamualaikum...

Thursday, April 07, 2011

Teguran...

Assalamualaikum....

Marah? bukan marah, aku cuma nak nasihat ja...
Hang dah pun merebut hatinya....jadi jangan la hang buat perkara yang membuatkan dia sakit hati, atau cemburu...x sanggup aku melihat!!! Walaupun hang kawan aku, aku xkan maafkan hang kalau hang buat sesuatu yang melukakan dia!!

That's all...sori kalau terasa...bukan marah, cuma nasihat...

Assalamualaikum...

It's Thursday~

Assalamualaikum...

Hari khamis, hari yang sibuk dan penuh bermakna. Hari ni banyak presentation kena buat. 

Jam 10.30, masih tiada orang yang datang..cuma kami berdua...

Seperti biasa, Farah berjaya membuatku ketawa...

Model korea diimport dari Malaysia...memperagakan BUSANA pulau pinang...



Sejak-semenjak ni jarang mengambil gambar....apa leh buat, henfon 3.2mp ja...x bes mengambil gambar....lepas cuti cari baru la...haha


Assalamualaikum...

Pengakuan....

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk membuat satu pengakuan. 
Saya memang MEMILIH!!!!

Antara kriteria2 yang dinilai...

1) Baik agamanya(solehah)
2) Rupanya (sedap dipandang, berkulit cerah dari saya)
3) Bukanlah daripada keluarga yang kaya ( pompuan kaya=mengada-ngada, suka mintak macam2)
4) Pandai menguruskan rumah tangga ( pandai masak, pandai layan suami, pandai jaga anak2)

Sudah cukup bagi saya kalau perempuan tu dah memenuhi kriteria nombor 1...yang lain tu cuma penghias saja....

Assalamualaikum....

Wednesday, April 06, 2011

About me...

Assalamualaikum....

Ni entry yang ketiga....rajin plak hari ni...cuma nak kongsikan sikit pepatah yang aku buat sendiri, dan berkaitan dengan diriku..

"It's hard to laugh than making people to laugh"

Entah kenapa susahnya nak ketawa....hanya beberapa orang tertentu saja yang bisa buatkanku tertawa dan tersenyum... :)

Assalamualaikum....

Kiut

Assalamualaikum....

Time klas kimia tadi, aku dan Ardie mengambil kesempatan untuk posing gaya-gaya kiut....naj tengok? tengoklah...haha

1st try...

Idea Ardie nih...tp kurang mantap..

my ugly face.... :(

Shhhhhh......

kasih sayang antara sahabat....

Copy from Nadiah...haha..thanks Nadiah 4 the idea..

Mataku terpejam....Tapi masih menyerupai style Nadiah..




Assalamualaikum....

:(

Assalamualaikum...(nada sedih)

Walaupun nampak aku macam hepi ja setiap hari, sebenarnya dalam hati ini macam mendung ja. Mungkin dah jadi sifat aku menyimpan perasaan sebenar dalam hati. Setiap hari begini. Kesedihan dalam hati ni takkan hilang. Banyak cara dah cuba tapi tetap GAGAL. Aku kuat dengki, senang marah orang tapi simpan ja dalam hati, low-self confidence dan macam2 lagi sifat buruk aku. Aku juga suka ngutuk orang...sorila andai hati anda pernah terluka disebabkan aku.. :(


Assalamualaikum..


Bes Pal

Assalamualaikum....

Anda ada kawan rapat??? Saya pun ada...Meh nak kenalkan..

Komfem dia marah letak gambaq dia....haha


Kami menuntut di sekolah sama selama 5 tahun. Tapi yang herannya kami rapat walaupun tak pernah sekelas. Begitu juga kawan rapat aku yang sorang lagi. 5 tahun tak pernah sekelas tapi rapat bagai sekelas 10 tahun, malah mungkin lebih dari tu. Dia ni bakal menjadi seorang cikgu, atau lebih tepat 'ustadz'. Single lagi...macam aku jugak la...haha

Kalau musim cuti, komfem wayang jadi aktiviti harian. Selalu belanja aku, sebab aku jadi drebar (Motor beliau, tapi aku bawak). Dia jugak berkongsi minat dengan aku...iaitu Teknologi seperti henfon, komputer dan games.

Itu ja la setakat ni. Nanti mungkin ada tambahan..sekian..

assalamualaikum...

Tuesday, April 05, 2011

2nd model

Assalamualaikum...

Ni lukisan yg kedua..memakan masa kurang 20 minit...rasanya memang x jadi...x caya cuba bandingkan...




Sori x jadi!!!!

Mungkin kena usaha lebih lagi...haha

assalamualaikum,...