Saturday, December 31, 2011

Perasaan Hati

ASSALAMUALAIKUM....

Sedihnya rasa....mengapa kau pergi...di saat ku memerlukanmu...huhu...
seyesly, bukan nak tacing..tapi memang hidup rasa tak lengap dah tanpa dia...taktau la dia dah curang ka apa. Tapi rasa salah saya jugak sebab tak jaga dia baik-baik. Bila dia menghilang baru nak menyesal.

Tapi seperti lagu Iklim - Patah tumbuh hilang berganti kan???
Nak cari skrang ni bukan senang...kebanyakannya dah berpunya.  Tadi ada ushar2 calon...tak jumpa yang sesuai. Hihihi...

I miss u CASIO.... :')

Nanti saya cari pengganti awak ye~ InsyaAllah...xdak buget lagi

ASSALAMUALAIKUM...

Berani

ASSALAMUALAIKUM...

Perggggggghhhhhhhhhhhhhhh........bila nak dekat hujung cuti ni, baru la nak berani kan??? Ekekeke...
Tadi macam besa saya sembang lagi ngan Mak Cik tuh. Hihi...jangan baca tau. Agak menggelikan. Lepaih ni mesti member kutuk lagi lepaih baca nanti. Ekeke....

Saya : Mak Cik, Coq udang satu.... :D
Mak Cik : Satu set ka dua set?
Saya : Satu ja.
Mak Cik : Dulu skolah Sri Muda ka? (sambil tunjuk belakang)
Saya : Dak aih, Irshad.
Mak Cik : Dulu masuk maktab lepaih habih SPM?
Saya : Ya ya. Guna result SPM.
Mak Cik : Baguih la, anak mak cik yang baru lepaih SPM dah berhenti belajaq dah. 
Saya : Umoq berapa?
Mak Cik : 18 dah.
Saya : (Lega....ingat siapa semalam tuh...ekeke). Yang ni pun anak mak cik?? :D 
Mak Cik : Haaa...
Saya : Umoq brapa mak cik??? (Qenyih panjanggggggggggggg)
Mak Cik : Tahun depan PMR la dia ni...
Saya : T.T......



Wow, haha...terkedu sat....tapi xpa, member x kisah kan??? Dah tolong tanya untuk member ok la...
Untung dapat member macam saya ni kan??? Beza 5 tahun ja beb, sempatla hang nak habih belajaq dan mula mengajaq~


ASSALAMUALAIKUM...

Thursday, December 29, 2011

^_^

ASSALAMUALAIKUM...

Akibat desakan member yang suruh update pasai ni, terpaksa la saya update gak kan? Kawan yang baik akan tunaikan permintaan member. Hihi.....qenyih tak habih lagi nih. Sat2...nak gelak sorang-sorang...ekekeke...=='

Tadi seperti biasa ajak member teman makan. Dia ni ajak bukan mau pun. Terpaksa la merajuk tadi. Last2 ikut jugak...jahat tak saya? Eh, bukan ajak pi disko ka konsert ka..ajak pi makan ja pun, apa salahnya kan? :)

Mula-mula pi ambik duit kat bank dulu. Sampai ja kat bank tu ada la mamat india ni dok promote polish keta. Member punya la larang jangan beli. Tapi sebab benda tuh mampu tolong atasi masalah kekuningan lampu myvi saya, beli jugak la saya. RM15 jer~ T_T Duit simpanan habih truih...huhu. Tapi memang berkesan beb. Agak berbaloi la kalau ada banyak keta myvi. Ekeke...ni takat sebijik tu ja bek takyah beli.

Kemudian gerak la ke kedai makan...tunggu member sorang lagi sampai. Kali ni tak selera la makan. Halwa mata takdak. Ekeke...geli sangat aih ayat. Dak aih, sebab sebelum tu dah makan nasik goreng. Kedai Mazlan, paling femes kat SMKA Al-Irshad. Lepaih azan Asar kami kena chow la. Sempat la sembang ngan Mak Cik tu...ikutilah perbualan kami...ekeke...dialog agak menggelikan

Saya : Mak Cik, bungkuih nasik lemak satu takmau sambai boleh dak? Untuk budak-budak punya.
Mak Cik : Boleh...anak punya ka? =.='
Saya : Aih, anak abang punya.
Mak Cik : Baguih la pak menakan dia nih.
Saya : qenyih sebentar...ekeke
Mak Cik : Sekolah kat mana? (pedih beb ayat nih)
Saya : Tak sekolah dah. Dok maktab. Jadi cikgu.
Mak Cik : Laaa...cikgu. Lama lagi ka?
Saya : Tak lama dah. 4 tahun gi ja..hihi
Mak Cik : Baguih la...laki pun mau belajaq lagi...
Saya : Ni pun kena paksa. Hihi..ayah paksa.
Mak Cik sorang lagi : Aih, belajaq mana boleh kena paksa. Kena ikhlas.
Saya : Mula-mula ja kena paksa, lama-lama suka la.
Mak Cik : Memang padan pun jadi cikgu nih. Nanti murid-murid ngorat hang.
Saya : Blushing~

Lepaih tu teruih qenyih sorang-sorang...sampai kat umah pun qenyih lagi...hihi...lupa tanya soalan penting kat Mak Cik tu. Takpa la, kita simpan lain kali tau...hihi..

ASSALAMUALAIKUM...

LaGu

ASSALAMUALAIKUM...

OK fine, entri yang kedua. Eh, dah masuk 29 Disember la...entri pertama la kiranya. Hihi...macam biasa la, tak sah kalau tak jiwang. Kali ni pun mau kongsi satu lagu. My all time feveret. Lagu yang dilayan setiap malam masa SPM. Hihi...

PESANAN UNTUK KEKASIH-SPRING

Sewaktu kau melangkah
Meninggalkan diriku
Sebaknya rasa di dalam dadaku
Menahan titis air mata

Ingin aku berpesan
Kepadamu kekasih
Sekiranya engkau merinduiku
Hubungilah aku di sini

Jika ada kesilapanku
Maafkanlah diriku oh sayang
Dan izinkan aku bertanya
Mengapa kau berubah hati

Kiranya kau ada penggantiku
Tetapi hidupmu tak bahagia
Relaku memaafkanmu
Dan menerimamu sayang


Walaupun hatiku kau lukai
Namunku masih menyayangi
Kerana sehingga waktu ini
Cintaku masih untukmu

Oh sayang di mana kau berada
Janganlah kau lupakan aku
Ingatlah aku walau sesaat
Seorang insan yang terluka


Hari ni punya la sedih...dapat makan ais kacang, tapi bukan lecikang. Lecikang tutup beb. Haha...sebulan makan di situ, hari ni baru la bleh komfem yang depa memang tutup hari Rabu. Lemah betoi skill deduksi saya kan?? Kenapa saya asyik cakap pasai Lecikang ha? Ada sebabnya...nanti saya bagitau k??? Next entry. BTW, thanks Amin sebab belanja.. ;)
Hang la sahabat dunia dan akhirat. Ekeke...sebulan berjumpa tapi dah macam adik-beradik kan? Macam mana ngan plan kita nak cari calon isteri yang adik-beradik? Ekeke...tak bleh blah betoi...hihi....kami bergurau k?

ASSALAMUALAIKUM...

Wednesday, December 28, 2011

Shopping

ASSALAMUALAIKUM...

Tadi tetiba kawan ajak pergi JUSCO. Mula-mula reply kata takmau pi. Mestilah, kalau tanya time dok buat taik mata komfem jawab 'tak nak'. Hihi...bila dah bangun tu baru la jawab nak.   

Kemudian kami pun bertolak la...lepas Zohor dengan menaiki kenderaan 4 roda( 2 bijik motorsikal). Sampai kat sana macam biasa saya akan 'forever alone' memandangkan salah sorang dari kami pergi menonton Sherlock Holmes. Then sampai la sorang lagi yang agak lewat sebab menyangka kami di belakang beliau masa dalam perjalanan tadi. Ekeke...

Dah tu, kami survey la baju yang nak dibeli. MasyaAllah, susah betul nak dapat yang betul2 muat... T.T
2 jam gak survey last2 beli jugak sehelai. Ekekeke....gembira dan sedih. Gembira sebab baju baru, sedih sebab habis semua simpanan...huhu


ASSALAMUALAIKUM...

~Geli~

ASSALAMUALAIKUM...

Disebabkan semalam ada member cakap dia geli dengar saya cakap pasai cinta, mungkin lepas ni kena cakap melalu lirik kot??? Kalau lirik lagu ni mesti dia tak geli bahkan lebih suka sebab boleh menyanyi sambil baca blog nih. Ekeke...

Mega- Bayangan gurauan

Tak pernah ku alami
Tak mungkin ku hindari
Di himpit perasaan
Bayangan gurauan

Di dalam jaga ku tercari-cari
Di dalam tidur termimpi-mimpi
Siapakah gadis misteri
Melambai dan terus menyepi

Jangan biarkan ku ternanti-nanti
Usah benarkan masa berlalu pergi
Cintamu oh! gadis misteri
Adakah kekal dan abadi

Andai di berikan emas permata
Ku pilih senyumanmu
Andai kupunyai mahligai indah
Ku hadiahkan untukmu

Dalam berjuta bintang berkelipan
Kau bagaikan kejora
Antara ribuan mata menikam
Takkan kubiarkan kau tenggelam

Di dalam jaga ku tercari-cari
Di dalam tidur termimpi-mimpi
Siapakah gadis misteri
Adakah dapat ku kenali
(Belum puas ku temui)


Mendalam betoi maksud dia. Ekeke...All time feveret ooo lagu neh. Oh, siapakah gadis misteri, melambai dan terus menyepi..........layan~


ASSALAMUALAIKUM...

I Wish

ASSALAMUALAIKUM...

Masa keboringan ni la, macam-macam muncul dalam fikiran. Sekarang ni tengah fikir macam ni plak. Ayatnya mula begini....Kalaulah saya..


  1. KAYA
    Perghhhh....kalau kaya la kan, tak masuk dah aih IPG. Masuk meminang ja terus. Haha....Memang la, kalau dah anak jutawan, mesti ada banyak syarikat. Tak payah kerja. Boleh naik kereta besar, rumah besar, bini besar...eh, bini banyak dan sebagainya. Semua kerja bagi orang gaji buat. Hihi
  2. KACAK
    Ni yang paling best. Even kalau korek hidung masa wanita lalu pun mampu buat diorang cair. Kentut pun jadi wangi. Boleh la rebut Lisa daripada Yusry. Grrrrrrrrr.......Takdak aih, komfem la cari orang Korea kan?? Eeeee....my taste still kat gadis Melayu la..(muntah hijau)

    Tara Dae Wong ni pun ok kot? Nak kata gila hensem taktau la, tapi ramai gila pompuan Melayu minat kat dia. Ni yang jeles nih... Huhu
  3. JENIUS
    Kalau jenius la, rasanya takyah dah ambik UPSR. Komfem skor la kan. Masa 6 tahun dah ambik PMR. Lepas tu dalam tahun yang sama nak ambik SPM trus. Ni baru la hebat. PMR 9A, SPM 11 A, dah jadi 20A. Perghhhhhhhhh....
  4. SUARA MERDU BAK BULUH PERINDU
    Kalau merdu la kan, mengaji komfem sedap dengan suaraku yang lunak. Uish na....karaoke? Owh, memang mau pun. Tapi rasa tak baguih la menyalah gunakan suara untuk perkara tak bermanfaat.

Banyak kan yang saya tiada? Walaupun saya tadak itu semua, saya tetap bersyukur dengan diri saya sekarang ni. Kalau saya dah ada semua tu, tak menarik la dunia ni nanti. Mungkin saya akan hanyut dengan dunia. Hurmmm....

ASSALAMUALAIKUM...

Tuesday, December 27, 2011

Permintaan

ASSALAMUALAIKUM...

Baru ja plan nak beli keta murah-murah, tak jadi pulak. You know why??? My father ask me to buy the import one. Ohoho....beliau nak merasa gak keta import ni. Asyik proton dan perodua ja. Huhuhu...

Dia mintak keta nih. :D


Perghhh...nasib bek bukan BMW. Hahaha...kalau beli tak kawin la saya...FOREVER. Ekeke..
Kalau beli keta nih, takleh beli rumah. Takpa, rumah dah ada kan???
InsyaAllah...akanku tunaikan permintaan ayahndaku..

ASSALAMUALAIKUM...

Sunday, December 25, 2011

Kepada Sang Isteri

ASSALAMUALAIKUM...

Sori la tetiba tulis macam ni plak. Sepatutnya surat ini saya tulis 4 tahun lagi, iaitu semasa saya berumur 23 tahun. Sebab apa? Saya dah bertekad mau kawin masa umur 23 nanti. InsyaAllah, calon dah jumpa. Tapi calon simpan dalam hati jer la...ekeke...Harap-harap dia tidak dimiliki lelaki lain dalam tempoh saya sedang belajar nanti. Amin....Wait for me tau~


She is a total stranger right now. I don't know anything about her. And that's good for both of us. Masa dah bertunang nanti baru la kenal kan?? InsyaAllah...right now, I can only pray to Allah. Moga-moga apa yang saya doakan ini tercapai. 

(Ditulis dalam keadaan waras)

ASSALAMUALAIKUM....

Saturday, December 24, 2011

Officially on youtube~


Suka-suki


ASSALAMUALAIKUM...

Lepas balik dari 3 rumah kenduri(kampung, mengkuang dan Baling), saya pergi Lecikang tapi tutup. Sedih bro. Apa boleh buat. Terpaksa buat benda lain. Last2 buat benda ni la...hihi


RASENGAN!!!!!

Racing with myself~
Sori la yer~ asyik model sama ja...xdak orang sudi jadi model..
Muntah hijau

Abaikan yang kanan tu...silap pose.. ;)

Sekali lagi. Sori yerr~ Saya mana pandai posing...

ASSALAMUALAIKUM...


Roadblock

ASSALAMUALAIKUM...

INI CERITA BETUL YA, BUKAN REKAAN

Tadi kan, masa OTW dengan member pi makan Laici Kang, tetiba lepas masuk simpang ada sekatan polis. Punya la berdebar macam nak luruh jantung nih. Padahal takda buat salah pun. Dah terbiasa rasa takut bila jumpa polis kan? Lepas berhenti di tepi jalan, kami pun diarahkan untuk menyerahkan IC dan lesen. 

Polis 1(agak tua) : Hampa nak pi mana nih?
Saya : Pi jalan-jalan ja. (Tamau habaq pi makan lecikang, nanti komfem kena bungkuih kat dia kan??)
Polis 1 : Sekolah lagi ka? Sekolah mana?
Saya : Habih dah sekolah.
Polis 1 : Habih tu belajaq mana?
Saya : Maktab. Maktab perguruan.
Polis 1 : Dekat mana?
Saya : Cheras.
Polis 2 : (menyampuk) Maktab mana?
Saya : (Tak layan)
Polis 1 : Jadi cikgu la ni? Muda gi nak jadi cikgu. Nanti budak-budak buli nanti.
Saya : Hahahaha...(gelak tak ikhlas)
Polis 1 : Umur berapa?
Saya : Tahun depan masuk 20 la.
Polis 1 : Berapa tahun mengaji?
Saya : 4 tahun lagi saya mengajar. Semua 5 tahun setengah.
Polis 1 : Ada elaun?
Saya : Sebulan RM430.
Polis 1 : Awat sikit sangat. Cikgu ni patut depa bagi gaji. Belajaq lama tuh. Lima tahun lebih. 
Saya : Tapi sem depan banyak la sikit. RM4OOO lebih.
Polis 2 : Tu member hang ka? Macam adik-beradik ja?
Kami : Dak aih(geleng kepala).
Polis 2 : Mana satu abang mana satu adik?
Saya : (=.=') 

Lepas tu kami terus beredar...suspen kot. Tiga kali dah kena tahan polis nih. Semua tanya macam ni gak. Hihi...ramah dak saya?


ASSALAMUALAIKUM..

Friday, December 23, 2011

Penakut

ASSALAMUALAIKUM...

Ya Allah, mengapa saya sungguh penakut???? Dah berkali nak mencuba tapi masih tak dapat. :(


I am so afraid to ask.....Komfem nanti menyesal...cuti pun dah nak habis...tak sempat la...
T.T

Kbye

ASSALAMUALAIKUM...

Sabar~


ASSALAMUALAIKUM...
Pernahkah anda ternanti-nanti untuk sesuatu perkara? Komfem pernahkan? Tunggu giliran anda untuk ke bilik air....tunggu giliran ke kaunter bank...tunggu elaun masuk...eh, bukan ternanti-nanti sebegini yang saya maksudkan. Ni ternanti-nanti untuk masa depan. Saya sendiri ada benda yang saya tak sabar untuk berlaku. Meh nak kongsikan.

1.       Nak pi SBE(School Based experience).
First time nanti jejak kaki balik ke sekolah. Kali ni sebagai guru plak. Hihi...mesti murid-murid takut ngan saya kan? Grrrrrrrrr........muka garang. Lepas tu nak kenal dengan cikgu-cikgu lain. Nak minta tunjuk ajar dari diorang.
2.       Nak jadi cikgu.
Hihi...sapa yang tak best bila dah boleh kerja. Dah tu orang dok panggil kita cikgu plak. Awwww....sweetnya...==’
Pagi-pagi pi kerja terus masuk kelas mengadap murid-murid. Lepas tu buat apa yang perlu. Waktu rehat komfem bergossip dengan cikgu-cikgu lain. Kalau boring jugak online la beb...hihi
3.       Nak dapat gaji pertama.
Dapat ja gaji pertama kena kasi parents dulu la kan? Dorang mau gak merasa gaji pertama nih. Baru berkat nanti. Lepas tu bwak adik-beradik makan luar. Komfem tak menyimpan langsung kan? Takpa, gaji kedua nanti mula menyimpan la.
4.       Nak beli kereta.
Perghhh....ada kereta sendiri~ Siapa yang tak gembira. Boleh tayang depan aweks kampung. ==’
(AWAS!!! TAK BAIK RIAK TAU). Eh, dak aih, nanti boleh bawak parents pulak pi jalan-jalan. Asyik dorang ja bawak saya.
5.       Nak KAHWIN.
Ni la yang paling tak sabaq!!!! Kadang-kadang terpikir juga siapakah dia???? Kalau la ada mesin masa. Huhu....NAK TAU! NAK TAU! NAK TAU! Grrrrrr.......mustahil la. T.T
6.       Nak ada anak.
Uish, sampai ke sini dah saya fikir. Buget nak dapat 5 orang cukup la. ==’ Dua laki tiga perempuan. Kalau terlajak dapat lebih tu maafkan la ye~ (18SX).

ASSALAMUALAIKUM...

Wednesday, December 21, 2011

Inilah hidup~

ASSALAMUALAIKUM...

Dalam hidup ni, banyak sangat benda yang saya nak. Dan ada antaranya saya dah dapat. Tapi masih banyak lagi benda yang saya nak dan saya belum dapat. Nak tau benda apa saya teringin sangat nih?

MyVi            

Cair kot tengok keta nih. Takdak la sempoi sangat kan? Tapi cukup la masa hidup bujang nih. Kalau bawak nih pakai spek hitam lalu tepi awek-awek. Perghhh....komfem dorang ushar keta dari ushar saya...ekeke


Iphone 4S


Ni memang jadi kegilaan la. Sempoi kot. Game pun grafik mantap. Tapi henfon macam ni hanya untuk orang 'kaya' kay...

Lens


50mm ni. Dari sem lepas teringin, still tak mampu beli. Mana pi abih semua duit elaun? Entahla....dihabiskan tanpa disedari. Harap-harap dapat memiliki gak lens ni tahun depan. InsyaAllah... :D


135LC


Ni sejak zaman dapat lesen moto terus mengimpikan nak dapat moto nih. Hihi...mintak komfem tak dapat punya.Sampai sekarang naik WAVE jerr...tapi still bersyukur la. Banyak pengorbanan WAVE tu pada saya. I love you WAVE!!!!!


*SECRET

Ha, tak jumpa eh, takdak gambar nak upload. Sori. Hihihi...paling teringin la setakat ni. Rasa mustahil plak nak dapat. Tapi takpa, simpan dalam hati ja.


ASSALAMUALAIKUM...




Pokai~

ASSALAMUALAIKUM...

Kfine. Dah pokai. Ingatka cuti ni boleh menyimpan. Beli raket, makan laici kang hari-hari, bayar bil. Perghhh...bukan takat takleh menyimpan. Siap guna duit simpanan lagi tuh. Sedihnya... T.T

Bil wimax sampai tertangguh 3 bulan. Dah takmau guna jadi takmau bayar la. Ekeke...Total RM281.
Masuk bulan ni, jadi RM381 la. Hihi...habis elaun sebulan. Tapi Alhamdulillah, berbaloi gak saya tak bayar nih. Semalam dia telefon. Saya dapat spesel rebate for spesel customer, bayar untuk sebulan ja terus dia langsai yang lebih-lebih tu. Ekeke....Love you WIMAXXX!!! Jimat duit saya~ Boleh beli benda len kan??

Orang kata kalau tiada duit pun jangan kata tiada duit kan? Nanti makin tiada duit jadinya. Ekeke...

ASSALAMUALAIKUM...

Tuesday, December 20, 2011

Penantian

ASSALAMUALAIKUM...

Penantian tu memang satu penyeksaan kan? Dari jam 9 dah online semalam semata-mata nak tunggu result. Tapi hampa. Semua itu dusta belaka. Sampai sekarang belum dapat lagi. Lain kali dah keluar baru la sebar berita tu. Tak payah la umum lagi. Kang dah buat ramai naik angin...grrrrrrrrrr... >___<

Ada satu lagu yang berkaitan dengan penantian ni. Jom layan~

PENANTIAN- Febians



Aku yang masih disini
Bertemankan rindu dalam sepi
Aku yang setia menanti
Menunggu jawapan yang belum pasti
Akan ku temui bilakah direstui nanti

Aku yang kian sendiri
Bertemankan bayangan diri
Aku yang masih lagi mencari
Menatap gambaran lukisan hati
Yang engkau beri tika mula
Aku kenali dulu

Penantian satu penyiksaan
Dalam kebuntuan sebuah kesampaian
Di ulit sepi yang mencengkam
Bagaikan pungguk merindukan
Bulan purnama
Indahnya nun jauh di sana

Cinta ku beraja di hati
Tiada istilah tandus lagi
Hanya takdir yang akan merestui
Pertemuan perpisahan ini
Kita berdoa bersama
Agar bertemu kita semula


Lirik lagu macam takdak kaitan kan? Memang pun...anggap la result tu macam kekasih saya. Kbye

ASSALAMUALAIKUM..

Monday, December 19, 2011

Kenapa suami mesti cikgu

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni saya nak explain kat Mak Cik kenapa Mak Cik kena ambik menantu cikgu? Banyak sebab dia Mak Cik ooi. Ni mesti Mak cik tak pernah dapat menantu cikgu kan? Meh saya habaq sebab apa wahai Mak Cik yang saya hormati.

  1. Banyak cuti. Setiap tahun tu mesti ada cuti panjang. Dah cuti tu boleh la saya bawak anak Mak Cik melancong kan? Mak cik pun boleh ikut sekali. Kita pi Langkawi beli coklat ka...kita pi Cameron beli strawberi.
  2. Gaji tak sikit dan tak banyak. Sedang-sedang saja. Kenapa saya cakap baguih? Ya la, kalau gaji saya banyak bini pun kena gak la banyak. Dah tu mesti ada banyak mertua kan? Kesian kat Mak cik la nanti. Kurang-kurang walau tak banyak boleh la saya huluq sikit-sikit nanti.
  3. Pergi kerja balik awal. Boleh la gak kan saya tolong Mak cik di rumah. Petang-petang tu saya bawak anak Mak cik makan angin kat luar. Mak cik pun mesti la ikut sekali. Mesti la, saya kan menantu kesayangan Mak cik. =='
  4. Boleh mengajaq anak-anak. Ha, Mak cik nanti komfem ramai cucu. InsyaAllah. Nanti dah jadi tanggungjawab saya kan nak ajaq depa. Selalunya anak cikgu ni mesti baik-baik dan pandai-pandai. 
  5. Malam-malam free. Boleh la saya pi masjid kan? Jadi imam kat masjid. Kalau tak dapat pun bilal pun ok kan? Tapi better jadi makmum. Hehe...saya nak jadi menantu yang soleh untuk Mak cik dan suami soleh kepada anak Mak cik. :)

Nah, saya upload lagi gambaq kat Mak Cik nih. Ekekeke....kbai

ASSALAMUALAIKUM...

Blogging

ASSALAMUALAIKUM...

Kadang-kadang saya terpikir jugak. Sampai bila la nak menulis blog nih? Entry baru ada 270 lebih. Gila banyak!!! Terkejut gak la. Lagi banyak daripada Follower. Hihi...tak kisah la. Memang pada mulanya pun nak buat blog ni sebagai diari. 

Soalnya di sini, sampai bila saya mampu menulis? Oh, susah ni nak jawab. Lepas graduate? Lepas beranak empat? Lepas pencen? Entahla....idea pun makin berkurang walaupun entah apa-apa la entry yang saya tulis sebelum nih. 

BTW, rasa tak sabar pulak esok. Sebab apa? Esok gaji kot. Boleh pau ayah sikit, mak sikit, abang sikit, kakak sikit, jadi la banyak. :D Haha...angan-angan ja tuh. Jangan harap la nak dapat duit kan? Kalau dapat nanti kita selebrate kat Leci kang tau~ Eh, lupa lak. Member bek start praktikal hari Selasa ni. Tak dapat dah la nak lepak dengan dia. Takpa, still akan pi walaupun sengsorang. :) Air dia memang murah beb. Teh ais+laici kang+jus oren baru RM4. Kalau kat KL dah jadi RM6.

Eh, lupa plak. Keesokan harinya pula kami dapat result exam. Harap-harap dapat 3.30 keatas~ :D
Amin.... 

ASSALAMUALAIKUM 

Sunday, December 18, 2011

Mertua Idaman

ASSALAMUALAIKUM...

Tajuk yang agak hangat untuk dibicarakan pada kali ini. Tahukah anda apa itu mertua? Siapakah mereka? Mereka ialah parents kepada bakal pasangan anda nanti. Mesti korang pernah bayangkan macam mana mertua korang nanti? JUTAWAN? DERMAWAN? PAHLAWAN? DOKTOR HAIWAN? opppsss....Apa-apa pun, di sini saya nak kongsikan ciri-ciri mertua idaman saya. Dapat macam ni takpa, tak dapat pun takpa. Hihihi..

  1. Mak mertua yang pandai masak. Hihi...kalau macam ni komfem tinggal dengan mertua ja. Tiap-tiap hari dapat makan makanan bertaraf hotel 5 bintang. Aih, menantu yang baik takkan makan free. Bagila duit kat mertua tiap-tiap kali dapat gaji tau~
  2. Bapa mertua yang rajin ke masjid. Komfem dia selalu ajak kita pi masjid sekali dengan dia kan?? Bolehlah eratkan ukhwah di samping merajinkan diri ke rumah Allah. 
  3. Mak mertua yang sudah tidak bekerja. Apa yang bagusnya? Ya la, takyah la susah-susah cari pengasuh untuk anak saya yang ramai tu. 5 orang kot...InsyaAllah...(abaikan angan-angan saya nih). Nanti komfem cucu rapat dengan nenek. Ni yang saya mau nih. Kalau tak larat nanti upah la orang gaji sorang tolong mak mertua. Mak tak kisah kan?? :)
  4. Bapak mertua yang peramah. Maksud saya yang suka ajak saya bersembang. Sembang pasal agama ka, politik pun boleh layan~ Kalau sembang pasai pompuan pun boleh. Ekeke...kot2 la bapak nak tambah lagi satu kan?? :D
  5. Mak mertua yang sporting. Sporting macam mana? Ahli sukan macam Nicol David? Dak aih, beliau mestilah yang suka bergurau atau boleh terima gurauan. Tak mau la yang serius ja 24 jam. Nak senyum pun takut nanti.
  6. Bapak mertua minat sukan. Antaranya sukan badminton dan bola sepak. Petang-petang tu boleh la main badminton dengan dia. Ekeke...malam pulak tonton bola bersama. Ni baru keluarga bahagia~
  7. Mak mertua yang layan Korea. Mesti minat laki korea gak kan? Maknanya pak mertua saya nanti mesti bermuka korea. Boleh la tonton my girlfriend is a gumiho sama-sama.
  8. Bapa mertua yang minat automobil. Terutamanya pasal kereta la. Kalau ada ilmu yang mendalam pasal kereta ni senang la kalau kereta rosak. Tanya ja dia. Just like my father la. Pakar kot.

Dapat mertua yang macam mana pun nanti, saya mesti terima. Hidup kita ni mestilah belajar untuk menerima orang lain. Barulah orang lain dapat terima kita. Saya terima sesiapa ja nanti. Cuma dapatkah mereka menerima saya??? 


ASSALAMUALAIKUM....

Saturday, December 17, 2011

:'(

ASSALAMUALAIKUM..

Sedih. Laptop hang plak tadi masa tengah menaip. Baru ja nak share tips mengorat iaitu cara mengambil hati ibu bapa mertua. Takpalah, disebabkan malas menaip, Dr Jiwang nak share satu lagu ni la. Dr buat sendiri tau memandangkan sekarang ni Dr sedang dilamun ombak rindu. Eh, xdak aih. Saja melawak ja. Ombak rindu pun tak tonton lagi. Tak minat wayang cinta nih.

Di saat ku dilanda kesedihan,
kau datang membawa harapan,
meskipun yang ku pinta,
bukan harapan,
tapi jawapan...

Di saat ku dilanda kesepian,
kau datang dengan senyuman,
memberi kepadaku kekuatan,
untuk meneruskan kehidupan...

Oh, namamu masih menjadi satu misteri,
yang ku tahu kau sedang menanti,
walaupun ini suatu mimpi,
ku anggap ia realiti...
ULANG2X


Pendek ja lagu nih. Hihi...macam sajak ja? Ala, sajak pun boleh. 2-in-1. 
Saja nak habaq nih, mak cik tu senyum dua kali kot kat cek tadi....uih2...ada can nih!! Hihihi...esok lusa pi plak noh...mai la teman, segan nak pi sorang... :D

ASSALAMUALAIKUM..

Friday, December 16, 2011

Keserasian

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni Dr Chenta nak membahaskan satu tajuk iaitu "Perlukah ada keserasian dalam pasangan?"
Semangat berkobar-kobar nak menulis pasal ni lepas tengok My Girlfriend is a Gumiho. Sumpah jeles dengan laki tu. Haha...kat sini pun kita dapat tengok. Adakah dorang serasi? Tak langsung kan? Sorang manusia dan 'sorang' lagi serigala. Tapi apa yang menjayakan hubungan dorang ialah belajar untuk menerima kelemahan orang lain.

Kalau nak bandingkan hubungan 'couple' dengan hubungan suami isteri ni, hubungan 'couple' ni memang susah nak jaga memandangkan tiada pertalian yang sah. Sebab tu Dr cadangkan, siapa yang ada calon tu terus la bawak pergi jumpa parents. Minta restu diorang dan bertunang. Bila ada ikatan pertunangan tu kukuh la sikit. Takut parents tak suka? Aih, bukan dorang yang nak kahwin. Buktikan pilihan korang tu yang terbaik. Sebab tu la kena cari yang soleh dan solehah. InsyaAllah lepaih punya. Tapi jangan cari calon yang bernama Soleh atau Solehah. Ekeke...Soleh bukan pada nama tau! :D
Lepas bertunang tu, korang date la. Sebab masa bertungan ni la kita nak kenal serba sedikit tentang tunang kita ni. Ooopppsss, ada syarat tau. Tapi.....ada SYARATNYA. Nak date mestilah ditemani mahram. Tak kisah la nak bawak naik moto(kalau takda keta la), memang syarak benarkan tapi, laki tu dok depan, ditemani ayahnya dok tengah dan perempuan tu dok belakang. Jangan memandai naik berdua. Kang eksiden mati tak pasai-pasai mati dalam keadaan sedang bermaksiat. 

Berkaitan dengan keserasian pula, kita hanya tau selepas dah berkahwin. Tak mungkin la ada yang serasi memandangkan latar belakang kita yang berbeza dan cara didikan yang tak sama. Masing-masing ada kekurangan diri. Oleh itu, jangan cari kelemahan diri masing-masing sehinggakan apa yang dia buat kita rasa tak senang hati. Cuba cari kelebihan masing-masing yang dapat membuatkan kita bersyukur kerana mempunyai pasangan sepertinya.


“Kini aku sedar rahsia ketetapan Allah terhadap diriku. Jika cita-cita dan keinginanku terkabul, aku akan bersyukur dan gembira dengan nikmat yang ada. Namun jika sebahagiannya tidak tercapai, aku tidak akan kesal dengan nasibku. Aku sedar tiada yang sempurna dan aku terima keadaan ini seadanya.”

InsyaAllah, walaupun Dr ni bukan pakar pun pasal cinta ni. Dr ni cuma jiwang ja pun, bukan romantik dan sebagainya. Hihi...insyaAllah, Dr sendiri akan amalkan kaedah ni. Nak uji berkesan ka tidak. Doakan Dr berjaya ye!! ^_^


ASSALAMUALAIKUM..

Thursday, December 15, 2011

Alhamdulillah

ASSALAMUALAIKUM...

Walaupun tak rasmi lagi, saya tetap bersyukur....Alhamdulillah...


Maknanya Sains 1 LULUS la. Tu ja yang paling penting. Ekekeke....Alhamdulillah, boleh masuk ijazah...


ASSALAMUALAIKUM..

Naruto

ASSALAMUALAIKUM...

Hihi...dah ada header baru~ NARUDIN~ Childish? Memang pun. Saya terima. Tapi tak salah kan jadi childish? Childish pun bertempat la. Memang pompuan tak suka laki childish ni. Tapi sebagai sorang bakal guru, memang kena ada sifat childish demi mendekati murid. Hihi..

Saya minat gila Naruto nih. Sejak mula-mula ditayangkan kat TV3, masa tu tingkatan satu. Kemudian beli komik. Baca balik dari episod satu sebab dah termiss episod mula. Kemudian, saya jangkitkan minat ini kepada abang saya. Dia mula ketagih, hihi...rajin terus beli CD dan komik. Sampai sekarang dok beli komik Naruto.

Masa ni Naruto noob lagi. Punya la nakal. Dibenci satu masyarakat dia. Kesian tak? dah la anak yatim.


Kenapa saya minat sangat Naruto nih? Naruto banyak bagi inspirasi kepada saya sejak saya sekolah dulu. Ada makhluk dalam badan dia yang pernah hancurkan kampung dia dulu. Sebab tu dia dibenci orang lain. Tapi dia masih mampu hidup sampai sekarang. Sebab apa? dia ada kawan-kawan yang boleh diharapkan. :')

Naruto mengajar saya supaya tidak cepat putus asa. Even lawan dia lagi kuat, dia masih mau bertarung demi melindungi orang yang dia sayangi. 

Saya jugak banyak terpengaruh dengan kisah cinta Naruto. Naruto ni suka kat Sakura, tapi Sakura plak suka kat Sasuke yang jauh lebih cool dan macho dari Naruto. Tapi sasuke tak layan. Dia tak minat mana-mana perempuan. Dalam masa yang sama, Hinata ni suka kat Naruto dalam diam dan Naruto plak taktau. Rasanya saya dalam situasi Naruto kot?? Ekeke...bes la kalau macam tu...

Ni masa dia dah 16 tahun. Dah lebih matang. Hensem plak dah. Hihihi..

Ni plak lepas dia dah khatam teknik 'sage'. Kuat gila. Memang teruja gila saya masa dia lawan.

Ni yang paling latest punya. Bila dia dah dapat kawal rubah dalam badan tu. Super power betoi la. Hihi...



Seyesly, cita ni kadang-kadang buat saya mau nangis. Espesialy masa cikgu dia, Jiraiya mati dan masa dia jumpa balik ayah dan mak dia. :')


ASSALAMUALAIKUM..



Wednesday, December 14, 2011

Chenta

ASSALAMUALAIKUM...

Apa khabar anda semua?? Hihi....ayat skema. Ari ni saya selaku Doktor Cinta nak kongsi tips. Macam mana kahwin yang sebetulnya. Tapi tips ni bukannya betoi sangat pun. Dr cuma reka-reka ja. Ekeke....tips ditujukan kepada Encik X. Bukan nama sebenar..

Ok, yang pertama sekali mestilah kenali Allah sedalam-dalamnya dulu, kenali Rasul dan semua yang berkaitan dengan Islam. Tak payah la detail sangat. Belajaq la setakat yang mampu. Jangan sampai taktau apa langsung. Laki ni la yang kena mendidik isteri dan anak-anak. Jadi si suami ni kena la jugak belajaq pasai pompuan, iaitu pasal nifas dan sebagainya. 

Yang kedua pi berkenalan dengan parents si dia. Ala, cari ja kat facebook. Add dulu, then like2 status, dah lama kenai tu baru komen. Bila dah rapat komfem ajak datang raya kat rumah. Lepas tu mesti slalu melawat rumah dia. Masa tu la nak dapatkan green light dari parents dia. Bincang teruih pasai nak menikah. Haha...bertunang dulu beb.

Yang ketiga, baru la kenai si dia. Tanya apa feveret food, feveret cartoon, feveret movie, feveret kaler dan sebagainya. Lepas tu, tanya dia ada adik atau kakak, dan kenalkan pada aku. Hahaha...xkan x boleh kot???
Lepasnya, simpan duit trus.

Dah cukup duit baru ke fasa yang terakhir. Menikah, buat kenduri. Jangan lupa panggil aku jadi cameraman. Aku bagi diskaun kat hang~


ASSALAMUALAIKUM..

Tuesday, December 13, 2011

Sukan

ASSALAMUALAIKUM..

Penat beb. Main futsal. Lenguh habis satu badan. Kaki ni terasa macam dok kejang lagi. Ya la, main tak stretching dulu. Ingat mau jadi keeper, tetiba main defender plak. Lari sini sana. Macam tak sangka team kami yang agak 'cikai' tu boleh mengejutkan kumpulan-kumpulan lain. Menang banyak kali kot. Player bukan jenis kaki bola sangat termasuk saya. Hihi...banyak kot sumbat gol. Terkejut beruk dorang. Ekeke...Uih, dok perasan melebih plak. 

Sekarang ni tengah dok adjust nak cari gelanggang untuk men badminton. Susah la plak. Tetiba kena urus semua ni. Nak kena cari MPSP la....telefon sini sana...main depan rumah kan senang? Tak puas...angin kot. Rumah kan dikelilingi sawah~

ASSALAMUALAIKUM..

Sunday, December 11, 2011

Perancangan

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah...tadi orang kampung saya buat kenduri kahwin. Kakak saya cakap dorang still belajar di maktab. Fine...JELES beb....JELES tak terkata.

Kemudian tadi kami terus berbicara pasal perkahwinan. Saya rasa tak jadi masalah kalau saya kahwin masa belajar nih. GATAL???? Bukan apa, kakak saya sendiri cakap makin lama makin tinggi kos nak kahwin ni. Saya rasa ramai laki akan bujang disebabkan kos yang meningkat dan saya takmau tergolong dalam golongan tu. Hihi.. Tak salah kan kalau nak buat perancangan awal? Sekurang-kurangnya saya boleh bersedia. Takdak la nanti kalut sangat nak cari duit dan buat persiapan mental dan fizikal. Lagipun tahun depan dah masuk 20. Sepupu saya pun kahwin time 20 kot. Ekeke

Takdak masalah kot kalau sponsor sorang sikit. Kakak huluq sikit, abang huluq lebih sikit, parents huluq banyak...saya huluq sikit...ekeke...Lepaih dah....insyaAllah...

Memang target nak kahwin 23 nih...takut alone masa kena posting nanti. Kalau boleh 22 pun boleh kot. Tengok la macam mana nanti...insyaAllah...awainya planning...hihi...kalau boleh calon isteri tu biaqla yang tak kerja lagi. Boleh angkut pi duduk sana skali. Dah sampai sana baru cari kerja....wow~

Dah ada calon ni...nak tengok? Harap2 dia tak marah upload gambaq dia.




ASSALAMUALAIKUM...

Mesin masa

ASSALAMUALAIKUM...

Selalu tak tengok doraemon? Dia datang jumpa Nobita melalui mesin masa yang disambung di meja belajaq Nobita kan? Hihi...kalau pernah tengok episod satu tau la macam mana dorang jumpa. Dulu berangan gak nak ada mesin masa. Rasanya memang mustahil la manusia dapat cipta mesin masa kan. Tapi, kalau ada mesin masa, ada beberapa perkara saya nak buat.

  1. Nak pi ke 10 tahun depan. Nak tengok sapa yang bertuah sangat jadi pilihan saya....ekeke...bertuah la sangat kan?? :P. Nak tengok letak nama anak apa. Lepas tu nak tengok mengajaq kat mana. Harap-harap mengajaq area sini ja. Ekeke...
  2. Nak pi masa baby. Jumpa parents dan habaq kat depa jangan bagi saya main panas. Kalau tak sekarang ni putih macam salji pa. Hehehe...
  3. Nak pi masa tingkatan 4 sebelum nenek meninggal. Sempat la mintak maaf, mintak halal makan minum dan semuanya. :')
  4. Nak pi masa awal sem 3pp. Nak jumpa diri saya sendiri dan halang dia jangan ......................ada la...
  5. Nak pi masa tokwan masih hidup. Dulu meninggal masas 5 tahun. Tak sempat nak bermanja. Langsung tak ingat apa terjadi dulu.
  6. Nak pi masa depan tengok saya beli rumah ka tak. Nak jugak tengok keta apa saya pakai masa tu. Harap-harap dapat la keta idaman~
Hihi...nasib baikla mesin masa tak wujud. Kalau dah tau apa jadi pada masa depan tak menarik dah la hidup ni...

ASSALAMUALAIKUM..

Saturday, December 10, 2011

Cita rasa

ASSALAMUALAIKUM...

Entry kali ni pendek ja. Sakit tangan kot men futsal semalam. Dari jam 10.30 sampai pukul 2 pagi. Gila betoi. First time balik punya lewat. Dah tu kena jadi penjaga gol pulak. Terpaksa menahan rembatan-rembatan kencang member. Hihi..

Cita rasa? cita rasa apa? cita rasa terhadap wanita? Bukan beb...ni cita rasa saya terhadap makanan. Saya ni kan, kalau sekali jatuh cinta pada makanan di satu kedai tu, saya takkan makan di kedai lain kecuali kedai tu tutup. Dah tu mesti pesan benda sama ja. Langsung tak rasa jemu pun. 

Sekarang ni dua kedai dah yang jadi tempat saya melantak dan memenuhi keperluan perut.
Yang di KL iaitu kedai Mek dengan menu Nasi Goreng Ayam dan Bihun Tomyam. The best la yang saya jumpa. Yang kedua kedai dekat dengan rumah di Penaga. Tiap-tiap hari pi kot. Makan lecikang dan nasi lemak bersama kawan baik sambil ushar anak dia. Eh, dak aih. Tu member yang dok ushar. Dah nasihat dia banyak kali dah jangan ushar anak dia. Ushar mak dia dulu. Dapat greenlight dari mak dia baru anak dia pulak. Ekekeke...Betoi la orang pesan kalau minat kat anak mesti ngorat mak dia dulu. Kalau mak dia dah suka tu simpan la duit bebanyak bro then kahwin. Lepas tu jangan lupa ajak saya pulak. Hihi

Ni laici kang. Jangan keliru dengan air cikung. Air cikung macam laici kang tapi tak sedap langsung....


ASSALAMUALAIKUM...


Friday, December 09, 2011

Shooting~

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah, setelah lama berehat dari bershooting, akhirnya hati terbuka juga nak pi bergambar. Tu pun sebab tadi mimpi beli lens. Hihi...

Waktu- Lepas Asar
Tempat- Area Penaga


Gelap~

Sekolah pertamaku... :')

Ni la member pertamaku di sekolah....

Macam kat rumah aku jugak...


Nampak aku tak??? hihi

Ready~

Lompat

flying~

Landing safe~ hihi....1.3m kot parit



ASSALAMUALAIKUM..

Thursday, December 08, 2011

Kelebihan Berkahwin

ASSALAMUALAIKUM...

Entry ni khas untuk Yassin. Tadi dapat ilham lepaih makan  lecikang. Hihi...ketagih kot lecikang depa. Sampai dah terbatuk-batuk pun makan lagi. Nak habaq kata kahwin tu memang bes. Banyak kelebihannya yang saya akan senaraikan. Jom tengok...

  1. Jimat masa. Macam mana boleh dikatakan jimat nih? Ya la, macam masa bujang ni, banyak guna masa untuk mencari calon. Kadang-kadang masa yang boleh guna untuk studi pun kita guna untuk cari calon. Jadi kalau dah kahwin boleh la fokus lagi dalam studi untuk yang masih belajar la.
  2. Tak sunyi. Ya la, sentiasa ja ada orang berdampingan dengan kita. Mesti bes. Sembang sampai lewat pagi. Kalau boleh nak tenung bini sampai 24 jam sehari. 
  3. No more nasik bujang. Dah ada bini nak masak kann? untung lagi kalau siapa dapat bini pandai masak. Aku pun teringin beb....tu kena la cari yang dok berniaga kat kedai makan kan????Ehem3... Rekemen ja beb. Komfem pandai masak.
  4. Boleh la solat berjemaah selalu. Tambah-tambah lagi dah ada anak. Yang bapak tu boleh la jadi Imam. Kalau di masjid dah ada imam tetap. Susah nak jadi imam.
  5. Ada orang kejutkan. X perlu kunci jam dah kan? Bunyi isteri dok memekik lagi berkesan dari ringtone alarm. X caya? tunggu la...
  6. Berjimat. Macam mana boleh berjimat? Hahaha...xdak dah la nak beli pelik-pelik memandangkan ekonomi akan dikawal oleh wanita. Laki dapat berjimat tapi pompuan still kuat shopping kan? Ekeke...

Apa2pun, kahwin memang bes Yassin. X caya tahun depan jom kita kawin sama2...hihi

ASSALAMUALAIKUM..

Kelebihan hidup bujang

ASSALAMUALAIKUM....

Apakah itu bujang? Bujang ni kira tidak berkahwin lagi ataupun tiada pasangan hidup. Bes ka hidup bujang ni....? Jom check it out~


  1. Boleh keluar lepak dengan member selalu. Kalau dah kahwin susah la sikit. Mesti bini nak ikut kan? Kalau tak ikut pun mesti tak bagi kita pi. 
  2. Boleh pekena nasi bujang. RM2 ja beb....jimat....kalau dah kahwin pun makan nasik bujang ni mesti bini dah perabih duit buat shopping kan.
  3. Boleh ngorat sini sana. Ooppsss...not me kay? Kalau dah ada bini komfem la tak pandang pompuan lain kan? Nanti bini jeles. Kot nak tambah lagi satu ka boleh la pandang pompuan lain. Untung dapat bini yang sokong poligami ni. Hihi
  4. Dapat duit raya. Hihi...kalau tak kerja lagi la. Kalau dah kahwin kita plak kena abagi duit raya. Gawat beb....
  5. Boleh tidoq lewat. Boleh la tengok bola sampai lewat pagi, main game, main facebook. Kalau dah kahwin susah dah nak tidoq lewat. Nanti kena marah bini oooiii...queen kontrol la katakan...
Bes kan hidup bujang? Less responsibilities. Cari nafkah untuk diri sendiri ja. Hihihi...


ASSALAMUALAIKUM..

Wednesday, December 07, 2011

TaBiaT

ASSALAMUALAIKUM...

Setiap manusia pasti ada tabiat buruk masing-masing kan? Bukannya apa, kalau dah selalu buat benda tu mesti diri akan jadi terbiasa. Kemudian nak berhenti punya la susah. Kita akan lupakan sendiri. Mengikut pengalaman saya la. Saya dulu ada tabiat buruk gak. Banyak...meh nak senaraikan.

  1. Membuat bunyi 'hhmmmmmm'. Hihi...tabiat ni masa darjah satu kot. Setiap masa mesti terkeluarkan bunyi tersebut. Masa dok diam tu lagi la. Memang langsung tak boleh duduk diam.
  2. Kenyit mata. Hihi...ni masa tingkatan berapa ntah. Bukan kenyit mata kat pompuan tau. Tu kes len. Ni kenyit sepanjang masa. Rasa tak selesa ja kat mata ni. Punya la bingung macam mana mau ubat. Las2 hilang sendiri ja.
  3. Kepak jari bagi bunyi. Ni biasa la kan? Setiap kali lenguh ja trus kepak sampai bunyi. Kalau tak bunyi memang tak puas hati kot. 
  4. Garu kepala. Ekeke...ni tabiat pelik sikit. Pantang dulu kalau tengah menyembang komfem garu kepala. Selalunya kalau depan pompuan pun garu kepala. X reti nak kontrol la katakan....
  5. Tengok cermin. Ni tabiat ni dapat dari Ardie la. Hahaha...nampak ja benda yang boleh pantulkan cahaya terus pandang. Sambil tu tengok la rambut ok ka tak. Ni simptom biasa bagi lelaki.
  6. Blur bila lalu tepi pompuan cun. Eh, ni bukan tabiat. Ni penyakit namonya...haha....

Anda pula bagaimana? Mesti lagi banyak kan??? Hihi

ASSALAMUALAIKUM..

Nothing much happened

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni memang tiada aktiviti pun. Kedai Laici Kang tutup.. T.T
Tak boleh la berbual dengan kawan lama. Hihi...padahal semalam telefon fazze alan sampai 2 jam lebih. Kot skype la. Kalau kot henfon, perghh...beringgit-ringgit la...
Dok bertanya khabar masing-masing ja. 

Pagi tadi pun tak buat apa. Bangun, mandi, dok depan TV tengok Korea. Sedih kot... T.T
Kakak punya pasal la balik bawak virus korea. Hahaha

Petang tadi makan di kedai Mak Tam bagi mengubati kebosanan. Pueh hati kot...haha...ada scene bes tadi...ni baru la tak sedar diri, dah tua perasan baby lagi.

Amboi, yang kecik dok menyusu pun dia join..haha...LOL


ASSALAMUALAIKUM..

Tuesday, December 06, 2011

Luahan Hati

ASSALAMUALAIKUM...

Malam ni saya ingin mengambil kesempatan untuk meluahkan rasa di hati ini. Baca baik-baik.
Dulu, masa suka, semua nampak cantik. Sedikit kecacatan pun takdak. Memang tiap-tiap hari dok terbayang untuk mendapatkannya. Ada sikit masa lapang, terus pikir pasal dia. Memang selalu impikan masa depan dengannya. 

Tapi sayang. Hati saya telah berubah. Sebelum ni memang teringin sangat nak memilikinya. Tapi rasanya takkan mampu kot. :'(
Alhamdulillah, sekarang dah jumpa yang baru...tak la cantik mana. Tapi kalau dah sayang, semua jadi indah. Buruk jadi lawak. Busuk jadi wangi. Murah jadi mahal? Ekeke

Dulu dia ni la calon pilihan hati saya.


Sekarang ni, dah berubah hati...

Yang ni ja la kot mampu...lawa gak kan??? Tunggu ya sayang....I akan memiliki U satu hari nanti~ <3


ASSALAMUALAIKUM...

PaSaR MaLaM

ASSALAMUALAIKUM....

Menjadi kebiasaan pada hari Selasa mesti akan ke pasar malam. Setiap hari mesti ada pasar malam di tempat-tempat berbeza.

AHAD- Teluk Air Tawar
ISNIN- Titi Mukim
SELASA- Penaga
RABU- Kepala Batas
KHAMIS- x ingat..tapi ada
JUMAAT- Lahar Kepar
SABTU- Kepala Batas

Tadi Alhamdulillah dapat gak pergi Pasar Malam Penaga. Dah dekat 3 tahun gak kot tak jejakkan kaki ke sana. Saya ditemani Amin. Pukul 5.30pm dah sampai sana dan terus pekena Laici Kang dulu. Murah kot. RM1.50 berbanding kat Kedai Sahabat RM2. Sambil-sambil tu bergossip la. Bergossip benda-benda baik ja tau....

Dah pukul 6 baru jalan-jalan ke Pasar Malam. Bes cuci mata dengan makanan yang pelbagai. Memang kalau ikutkan nafsu semua benda nak beli. Ikutkan duit dalam dompet, lepaih nak makan laksa ja. Hihi...sedap ooo....RM2.30 sepinggan kalau ada telur. Dulu rasanya RM1.20 ja. Kejap ja naik harga kan??? 
Tapi tak kisahla, memang sedap pun. Mahal tapi memang sangat berpuas hati. Jom la try... ^_^
Woot....woot....dengan syarat hampa kena belanja...haha

ASSALAMUALAIKUM...

Cikgu

ASSALAMUALAIKUM..

Kira punya kira, pejam celik-pejam celik lagi 4 tahun ja nak bergelar 'Cikgu'. Lambat la pulak. Saya dah tak sabar mau jejakkan kaki ke sekolah berpakaian kameja beserta tali leher dan berseluar slack(padahal hari-hari pakai macam ni di maktab) dan dikelilingi murid-murid yang dambakan ilmu. Paling tak sabar masa hari guru nanti. Hehehe...

Yang merisaukan saya nanti mesti saya tiada kawan memandangkan cikgu-cikgu lain lebih berumur. Saya tak pandai bergaul dengan orang yang lebih tua. Terpaksa la berkawan dengan murid-murid kan? Lagi senang...
Bila dah jadi cikgu nanti, kena la tunjuk contoh yang baik. Bukan depan murid ja tapi seluruh masyarakat. 
Takut kalau dapat sekolah yang guru besar garang. Selalunya yang garang ni perempuan la. Sebab tu kena bagi laki yang jadi guru besar. Diorang lebih pandai mengawal emosi. Ekekeke..sungguh aih.

Kat sekolah nanti komfem bebudak dok mintak FB kan? Ni la payahnya budak zaman sekarang. Sikit-sikit FB. Nanti dok post pelik2 kat wall kita naiya oooo....

Malas nak panjangkan cerita. Tunggu 4 tahun lagi saya post lagi. Masa tu tau dah kot jadi macam mana.


ASSALAMUALAIKUM..

Monday, December 05, 2011

Pisang takkan berbuah dua kali

ASSALAMUALAIKUM...

Pepatah Melayu ada sebut, pisang takkan berbuah dua kali. So what? kan bagus kalau berbuah dua kali. Boleh gak makan. Takpun buat la cekodok kan?? nyum3...lama tak makan cekodok. Teringat cekodok arwah tok dulu. Paling top la....



Kali ni saya taknak pisang berbuah dua kali. Jadi saya ambil pendekatan berbeza. Tapi misi ni still rahsia la. Kalau berjaya nanti Alhamdulillah...kalau gagal pun Alhamdulillah...kena la terima kan?

Teringat plak lagu masa kecik-kecik dulu. Lecikang, semangkuk lima kupang....lecikang semangkuk lima kupang...tu ja lirik dia...haha...


ASSALAMUALAIKUM..

Allaboutme

ASSALAMUALAIKUM...

Perghh....pueh hati kot lepaih pekena laici kang dengan cucuq udang. Thanks to Amin sebab nak belanja makan laici kang sampai dua mangkuk. Lepaih makan tadi terus mood hepi. ^_^
Mulut dok makan sambil bersembang...mata xtau ke mana...hohoho....woot...woot...
Pekena lecikang memang bes lagi-lagi lepaih habih mengemas. Mula mengemaih bilik dari semalam, lepaih tu sambung pulak lepaih zohor tadi. Mana tak penat, bilik semak macam pa gih. Dah la buat sorang-sorang, angkat perabot sini sana. Ish3...

Eh, dah keluar topik dah ni. Ni nak share lagi facts about me versi ke infiniti dah nih.

  1. Saya suka kata 'tidak' dari 'ya'. Contoh la bila kawan ajak keluar saya akan kata takmau dan sebagainya tapi saya still pergi jugak. Hehe...X caya try la ajak pi mana-mana...ajak pi bulan ka...bulan madu pun boleh.
  2. Bila bergaduh, saya langsung xkan tegur. Bila sakit hati kat seseorang ka, saya akan pendam sampai bila-bila. Tapi saya takda la jahat sangat sampai nak pi cari bomoh santau. Hihi..
  3. Saya tak suka budak-budak. Hehe..tapi itu dulu la. Lepaih ja abang dapat anak laki, terus sayang kanak-kanak. Bila nampak budak-budak terus nak kacau depa. 
  4. Saya tak suka menulis. Menulis yang saya maksudkan bukannya menyalin. Saya suka menyalin cuma tak suka mengarang. M-A-L-A-S. Penyakit malaih ni taktau mau dari siapa ntah... =.='
  5. I hate debt. Saya tak suka la meminjam barang mahupun duit. Rasa bersalah kalau pinjam dari orang. Kalau terdesak sangat tu baru la nak pinjam. Lepas tu terus cepat-cepat bayar. Baru rasa lega. 
  6. Suka naik motor dari kereta. Bawak kereta ni kena berhati-hati selalu sebab takut terlanggar penunggang motor. Kalau bawak motor senang sikit kan nak kawal.
  7. Saya kaku depan pompuan. Hehehe...sungguh aih. Kalau lalu tepi pompuan rasa nak pitam. Seyes...penyakit ni dari kecik lagi dapat. Womenfobia...

Ada banyak lagi nih. Malas pla nak taip. Nanti la ya...

ASSALAMUALAIKUM...

Lagu Omputeh

ASSALAMUALAIKUM...

Saya jiwang? X minat lagu omputeh? Pleaseee???? Dulu saya minat gila Avril Lavigne...MCR, Westlife dan banyak lagi. Kat sini saya nak kongsi satu lagu Avril. Bes..

I hate you

I used to like you not no more


Listen up I hate you 
hes likes me now... what do I do?
In the gym
hes sittin down
I sit in front of him,I'm turned around
My friends say things like give this to her
She won't care,what would it hurt?


(chorus)
I hate you now go away
It never does make my day
when people say you like me
but really what does it mean
when you sit right behind me or anything


At band
nicco says you like me
I never do believe it
why should I anyway
tomorrow is another day
I'm sittin here wastin away
you come through the door
no limit anymore


(chorus)(2)
I hate you now go away
it never does make my day 
when people say you like me
what does it mean
I hate you
Get over it!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 



Bes kot...try dengaq...

ASSALAMUALAIKUM...