Saturday, February 20, 2016

Memulakan perniagaan

ASSALAMUALAIKUM...

Fuh.... berabuk blog ni setelah sekian lama menyepi. Banyak kali dah cuba update dan bila sampai separuh jalan tu jadi blur. Terus close tab. 

So memandangkan sekarang ni saya penganggur, dan tak jumpa kerja yang bersesuaian, saya buat lah beberapa bisnes kecil-kecilan.


1. Polish kereta


Nama dicadangkan oleh seorang member. Siap ada tagline lagi tu. Mesti ada 'hohoooooooooooi hoii....' Sebab harga murah sangat orang jadi tak percaya. Sedih pulak kadang-kadang tu orang sanggup bayar yang RM200 punya padahal hasil sama ja. Takpa la, rezeki orang lain. Jadi sekarang ni Dinkilau dah berehat dari memolish. 

2. Klik-klik fotografi

Ni pun kawan yang sama bagi nama. Biasalah aku terlampau kreatif sampai tak keluar nama yang sesuai dari kepala otak. Haha.. jangan risau nama anak sendiri nanti tak tanya orang aih.

Ada 3 peringkat pengiklanan. Mula-mula tu letak murah sangat rasanya dan ada video. Disebabkan video agak leceh nak buat sekali dengan foto, rasanya lebih baik dihentikan.


Yang kedua punya ok sikit. Simple. 


Yang latest ni dah letak logo sendiri. Hik3...




3. Coming soon...

Dah lama berfikir nak tambah lagi satu. Tapi ilham belum datang... nantikan ye...


ASSALAMUALAIKUM...

Wednesday, November 04, 2015

Seperti dulu...

ASSALAMUALAIKUM....

Kalau dulu, selalu makan nasik kandaq dengan ayah bila malam...
Sekarang, di rumah ja.

Kalau dulu, malas masak ja keluar makan satu famili di luar...
Sekarang, beli di luar makan di rumah.

Kalau dulu, mesti tengok tv ramai-ramai di ruang tamu... 
Sekarang, tv tu kartun dan korea ja.

Kalau dulu, waktu petang pergi stadium joging beberapa round... 
Sekarang, tidur atau tv.

Kalau dulu, selalu teman ayah main badminton, balik pukui 12...
Sekarang, aku pulak main.

Kalau dulu, main sorok-sorok dalam rumah, walaupun rumah sempit...
Sekarang, menyorok jugak tapi dalam bilik. Online jer.

Kalau dulu, nak dapat duit kena kerja. Mengemas, cuci kereta, siram pokok dsb.
Sekarang tunggu awai bulan, duit masyuk, hujung bulan gigit kuku jer. 

Kalau dulu, nak pi mana-mana pun mintak ayah bawak...
Sekarang keluaq cakap kat ayah pun tak dah. 

Kalau dulu malam-malam tidoq lambat sebab main game...
sekarang tidoq lambat tanpa dah tidoq petang.

Kalau dulu ada satu gambaq awek pun kira power dah...
Sekarang ada awek sorang pun syukur dah.

Kalau dulu cuti ja tidoq rumah sepupu atau dia tidoq di rumah...
Sekarang, hujung minggu kalau takdak kat rumah tu kira hebat lah.



Hmmmm... sejujurnya tak dapat move on dengan perubahan ni. Terlalu rindu masa dulu, sehingga kalau dibandingkan rasa bahagia tu makin berkurang. Sampaikan satu tahap nanti hilang terus rasa bahagia. 



ASSALAMUALAIKUM..

Friday, August 28, 2015

Hati letih

ASSALAMUALAIKUM

Kuharap kau cuba memahami
Luahan hati ini
Yang ingin dicintai
Kuharap kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi

Tiada balasan
Yang ada hanyalah alasan
Tiada jawaban
Yang ada hanyalah persoalan

Di manakah kejujuran
Di manakah ketulusan
Di manakah keikhlasan
Di manakah kejujuran

Kerana Tuhan hanya mahukan
Kejujuran, keikhlasan 
cinta

Kuharap 
kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi

Kuharap 
kau cuba memahami
Luahan hati ini
Yang ingin dicintai
Kuharap kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi

Kerana Tuhan hanya mahukan
Kejujuran, keikhlasan 
cinta


Hati, sangat penat. Kadang kala aku fikir, kenapa perlu ada rasa bimbang, rasa rindu, rasa cemburu semua tu. 



21 days and still counting.....


ASSALAMUALAIKUM...

Tuesday, June 16, 2015

Terengganu. Best ker?

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah, akhirnya terbuka hati nak update blog kesayangan ni. Hihi. BTW, cuti ni tak buat apa pun. Sibuk sangat waktu sebelum cuti sampai tak sempat buat perancangan. Tapi, plan nak ke Terengganu dapat jugak terlaksana meskipun ada orang tu cakap nak ikut tapi....

janji orang Melak..eh.. Melayu.

Moh kite tengok ado apo kat Ganu ni~


RnR apa ntah. Lupa nama. Patin+ulam jantung+bendi+limau ais = RM9. Melayu nak cepat kaya meh.


Atas puncak banjaran Titiwangsa


Masjid tanah merah. Somewhere around that lah.


Gambar panorama first depan kampung Rhu


Pekena Char Kuew Teow utagha tapi orang ganu masak. Overal 3/5


Dari sini sepatutnya boleh nampak jambatan yang menghubungkan Kuala Terengganu dengan bandar lain


Masjid mini 


Terima kasih kepada Abang Epiey. Sanggup menumpangkan si musafir ini dan menaja perjalanannya dari Penang.


My only kakak angkat kununnya. Padahal baru first time jumpa ni. Cantik tak akak tittew?


Mekap hari kedua ni tak mantop sangat. Yang hari ke tiga saya rasa paling cun


Tu dia abang Eri. Baik gila. Paksa duduk rumah dia. Bagi duit belanja lagi adooiii... T_T


Outdoor kat pantai jer.. depan rumah la katakan..

Alhamdulillah, dapat bantu dorang ni meminimakan perbelanjaan perkahwinan. ^_^ Lagi murah lagi berkat. Kenduri semua buat ala kadar ja. Nak kahwin macam dorang lah.


Overall, makanan ganu ermmmm tak boleh lawan penang.
Cara orang Ganu layan tetamu memang terbaik.
Awek Ganu oh my kedua lepas kelantan kot. (gagal jaga mata)
Tempat menarik tak banyak tapi pantai cun melecun


Takat ni ja la kot. 

ASSALAMUALAIKUM



Tuesday, February 03, 2015

Good Job, JPP sekalian!

ASSALAMUALAIKUM...

Isnin lepas, berakhirlah tugas JPP 2014/2015 setelah penyerahan kuasa kepada JPP baharu. Perasaan?

Gembira
Sedih

Tak tahu mana satu mendominasi. Gembira sebab terlepas dari tanggungjawab. Sedih sebab tak puas beraktiviti dengan sahabat-sahabat JPP T_T


Team bonding, penting menjalankan aktiviti ni. Biarpun hanya 6 orang yang ada. 


Jamuan, paling susah nak anjurkan. Ya lah. Susah nak cari masa yang semua orang free.



Konvo? Santai, dan yang paling best, dapat banyak kawan. Secara tak sedar, aktiviti macam ni la yang mengeratkan lagi hubungan antara kami. 




Benchmarking. Ada sahabat bertanya. Perlukah?

Seriusly, banyak yang saya belajar dari IPG-IPG lain. Terima kasih saudara YDP sekalian. Hanif (IPTI), Aripuddin (MIZAN) dan Saifuddin (IPRM) dan KR(IPIK). Kalianlah YDP yang paling banyak share dan memberi sokongan sepanjang saya memegang amanah ni.


dan...


paling banyak berjasa....


Sahabat-sahabat JPP sekalian....


Najaah...Nina... Iqram.... Amir... Jamil... Ayap... urghhh... semua laaaaaa!

Anda memang terbaik!!


Sob....sob... sudah, jangan bersedih...

Perjuangan perlu diteruskan.





Assalamualaikum...


Friday, January 02, 2015

Selamat tinggal, 2014

ASSALAMUALAIKUM...

Sambil menanti tembakan bunga api, sempat mengimbas kembali kesemua perkara yang berlaku pada tahun ini (dah jadi tahun lepas). Ya Allah. Macam-macam. Tapi banyak lagi buruknya dari baiknya. Mungkin tahun terburuk bagi saya sendiri.

Losing my best buddy...


Diberi tanggungjawab yang sangat berat... tak mampu ditanggung sebenarnya... memandangkan diri ini lebih suka memikirkan diri sendiri... suka berjimba sini sana...



3 bulan praktikum, yang sepatutnya menjadikan saya lebih yakin untuk menjadi guru. Tapi sebaliknya pulak yang berlaku. Sama ada silap kos, ataupun silap kerjaya, atau kedua-duanya sekali. Too late sebab tinggal setahun ja lagi. 


Result the worst, untuk 2 sem berturut-turut tahun ni. No komen la. Kecewa tidak terkata. Harapan untuk bangkit pun krik krik krik.


Gagal menyimpan wang, seperti yang dirancangkan. Susahnya sebab tak nampak apa yang bakal berlaku. Rosak tu rosak ni. Kena ada tu kena ada ni. Nak beli tu nak beli ni. 


Krisis keluarga. Adik yang tak sekolah dan sebagainya. Tak tau masa depan keluarga kami macam mana. Rasa macam nak putaq balik ke 10 tahun dulu.





Apa-apa pun, selamat tinggal 2014. Hai 2015. Moga tahun ini menjadikan hidup saya lebih baik dari sebelum ni.



Wassalam.